WorksheetsTatabahasa Tingkatan 2
Total questions: 100
Worksheet time: 51mins
"Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju
dia
kami
kamu
dikau
Samad rajin belajar ______________ abangnya malas
tetapi
dan
sejak
kecuali
Kerusi itu dibuat _______________ rotan.
dari
daripada
oleh
dengan
Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :
Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.
Tiap-tiap warganegara-warganegara
Tiap-tiap warganegara
Setiap orang warganegara
Tiap warganegara
Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu
sama ada bandar atau desa
sama ada di bandar atau di desa
sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa
sama ada di bandar atau desa
Dia terkejut bila memperdengarkan berita itu.
mendengar berita itu
bila mendengar berita itu
apabila mendengar berita itu
bila memperdengarkan berita itu
Apabila berjanji, kita hendaklah tunai janji itu.
hendaklah tunaikan janji itu
mestilah tunai janji itu
hendaklah menunaikan janji itu
hendaklah tunai janji itu
Harris berasa sangat marah lalu ___________ baju Lokman sehingga tertanggal butangnya.
meragut
manarik
merentap
mencantas
Guru Besar akan merasmikan majlis penyerahan buku kepada pusat sumber sekolah. ________________ akan tiba sebentar lagi.
Dia
Saya
Kita
Beliau
"Bilakah _____________ hendak datang ke kampung saya?" tanya Hannan kepada Ravi dan Adib.
kita
awak
kalian
mereka
"Cikgu, ____________ tidak dapat hadir latihan hoki pada petang ini kerana hendak melawat nenek yang sakit di kampung", kata Aisya dan adiknya kepada Cikgu Salman.
dia
kita
kami
kalian
Pak Samad _______ pokok di belakang rumahnya.
Menebas
Menebang
Memotong
Mencantas
Ayah ________ surat perjanjian itu petang kelmarin.
Melukis
Menandatangani
Memetik
Mewarna
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
ia
dia
mereka
beliau
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
tajam
kasar
tumpul
kesat
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
Garau
Serak
Merdu
Nyaring
Hari Pahlawan disambut untuk ______________ jasa pejuang terdahulu.
ingat
beringat
peringatan
memperingati
Masyarakat majmuk di Malaysia perlulah sentias bertolak ansur supaya negara berada dalam keadaan _______.
harmoni
resah
sedih
bebas
Peribahasa yang berikut membawa maksud bersama-sama menikmati kesenangan dan menghadapi kesusahan kecuali
cubit paha kanan, paha kiri sakit juga
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pelancong asing yang datang ke Malaysia dapat _____ makanan tempatan yang sedap dan murah harganya.
melayani
melanggani
menghargai
menikmati
Haziq dan rakan-rakannya _____ jambatan gantung yang sangat tinggi ketika menjelajah hutan simpan itu.
melalui
menerokai
menghadapi
menyusuri
Peribahasa yang berikut membawa maksud sesuatu yang diusahakan hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, kecuali,
alang-alang mandi, biar basah
genggam bara api biar sampai jadi arang
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan
Perniagaan dalam talian noleh dilakukan di _______ sahaja tanpa melibatkan kos yang banyak.
apa-apa
siapa-siapa
bila-bila
mana-mana
Tanaman tutup bumi sangat penting bagi _______masalah hakisan tanah.
mengatasi
membaiki
memahami
menghadapi
Industri herba tempatan mempunyai potensi yang ________ di Malaysia.
dalam
jauh
cerah
kaya
Perkembangan industri kecil dan sederhana dapat ________ taraf hidup rakyat.
menyakinkan
meningkatkan
menularkan
menghebohkan
Kita perlulah makan makanan yang ______________ supaya tubuh kita dapat berfungsi dengan normal.
segar
masak
berkhasiat
secukup rasa
Harris berasa sangat marah lalu ___________ baju Lokman sehingga tertanggal butangnya.
meragut
manarik
merentap
mencantas
Amat _____________ ketika melalui lantai yang licin namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
terbaring
terjelepok
terjerumus
terpelanting
Guru Besar akan merasmikan majlis penyerahan buku kepada pusat sumber sekolah. ________________ akan tiba sebentar lagi.
Dia
Saya
Kita
Beliau
Asyraf bangun lewat pada pagi tadi. _______________ sepatutnya sampai awal di sekolah kerana ada perhimpunan.
Dia
Saya
Kamu
Kami
"Bilakah _____________ hendak datang ke kampung saya?" tanya Hannan kepada Ravi dan Adib.
kita
awak
kalian
mereka
"Cikgu, ____________ tidak dapat hadir latihan hoki pada petang ini kerana hendak melawat nenek yang sakit di kampung", kata Aisya dan adiknya kepada Cikgu Salman.
dia
kita
kami
kalian
Pak Leman menggunakan galah yang (a) untuk mengait buah kelapa muda itu.
Muiz dan abangnya ____________ menonton televisyen ketika ibu dan ayahnya pulang dari kerja.
mesti
mahu
dapat
sedang
Dua orang pemuda itu ___________ lagi kelihatan mundar-mandir di hadapan rumah Datuk Alias.
masih
mahu
mesti
dapat
Suhana dan rakan-rakannya sering belajar secara berkumpulan supaya mereka _____________ menguasai sesuatu mata pelajaran dengan baik.
mahu
masih
mesti
dapat
Pilih jawapan yang betul di bawah.
Adik menangis sambil memberitahu ibu bahawa dia bukan bersalah dalam kejadian cermin tingkap rumah jiran pecah.
Adik menangis sambil memberitahu ibu bahawa dia tidak bersalah dalam kejadian cermin tingkap rumah jiran pecah.
Pilih jawapan yang betul di bawah.
Tepak sirih itu adalah untuk majlis perkahwinan Kakak Huda esok.
Tepak sirih itu ialah untuk majlis perkahwinan Kakak Huda esok.
Dia terkejut bila memperdengarkan berita itu.
mendengar berita itu
bila mendengar berita itu
apabila mendengar berita itu
bila memperdengarkan berita itu
Barang-barang antik yang mereka temui itu berusia kira-kira 100 tahun.
yang ditemukan oleh mereka itu
yang ditemui oleh mereka itu
yang mereka temukan itu
yang mereka temui itu
Apabila berjanji, kita hendaklah tunai janji itu.
hendaklah tunaikan janji itu
mestilah tunai janji itu
hendaklah menunaikan janji itu
hendaklah tunai janji itu
Apakah maksud " alah bisa tegal biasa"?
orang yang malas tidak akan maju
kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
rajin dan cepat bekerja
Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?
sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan
orang yang malas tidak akan maju
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil
Apakah maksud peribahasa "umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua"?
orang miskin yang mendapat pertolongan
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?
sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan
orang yang malas tidak akan maju
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil
Encik Aryan ______________ keretanya yang kotor dengan sebaldi air untuk dibasuh.
menyiram 浇
menyimbah 溅湿
merendam 浸泡
merenjis 喷洒
____________ waktu cuti sekolah kamu dengan aktiviti yang berfaedah.
Kosongkan
Muatkan
Penuhi
Isikan
Encik Salim mengeluarkan wang ___________ di dalam bank untuk membiayai rawatan anaknya.
taruhan
simpanan
semakan
tabungan
_________ yang berkaitan demam denggi itu akan diadakan di dewan sekolah.
Sajian
Pamerkan
Pameran
Larangan
Kerani itu sedang mencetak penyata gaji _________ Encik Majid.
harian
akhiran
rumusan
tahunan
__________ kejayaan yang dicapai pelajar yang cacat penglihatan itu.
Ikuti
Contohi
Kecapi
Hargai
Ujian Lisan diadakan untuk menguji ________ murid-murid dalam pengucapan lisan.
kepintaran
kemahiran
kefasihan
kecekapan
Setiap pergerakan Carmila sering ________ oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang bersopan santun dan peramah.
diperhatikan
perhatian
memerhatikan
memerhati
Kami mendapat __________ daripada tuan rumah itu untuk melihat keadaan penduduk di kampung ini.
hitam putih
lalat hijau
halwa telinga
lampu hijau
Anak-anak Pak Shazwan _________ kerana rajin mengemas.
berat tulang
ringan tulang
ringan mulut
ayam tambatan
Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .
bekas tangan
tangan terbuka
buah tangan
panjang tangan
Izzamie sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.
kepala angin
kepala batu
keras hati
putih mata
Ibu membeli _____________ payung dan dua ____________ anggur di pasar raya.
sebatang , ikat
sekaki, tandan
sebatang, biji
sekaki , gugus
Encik Rahim memilik 5 _________ sawah di kampung halamannya.
bidang
bentang
kaki
ekar
Encik Rahim memilik 5 _________ sawah di kampung halamannya.
bidang
bentang
kaki
ekar
Pilih antonim bagi perkataan “rapi”
kemas
buruk
kusut
elok
Raziq tidak mempunyai abang , kakak dan adik . Oleh sebab itu dia dianggap __________
anak emas
anak bongsu
anak angkat
anak tunggal
Pada cuti hujung minggu , Encik Azmi membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.
makan hati
makan angin
makan dalam
makan-makan
Ayah _______________ ibu sebentuk cincin semalam
menghadiah
menghadiahi
dihadiahi
hadiahkan
Pada setiap pagi , Alfred ____________ kasut kulitnya sebelum pergi ke pejabat.
mengesat
mengelap
mencuci
menggilap
Senaman _____________ dapat menyihatkan badan ______________ dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
bukan sahaja , bahkan
bukan sahaja , dan
bukan sahaja , namun
bahkan , dan
Pilih 2 kata adjektif waktu yang tepat.
cantik
silam
segera
deras
Tommy tergelincir semasa melalui jalan yang _________ itu .
bengkok
lurus
becak
tajam
Haziq memandu vannya yang ____________ itu dengan berhati-hati.
baharu
usang
uzur
kecil
Pilih 3 kata nama am yang tepat
budak
busuk
penjara
tembok
lama
Ideanya telah ditolak ____________ oleh majikannya .
cepat-cepat
terus-terus
bulat-bulat
betul-betul
Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ___________ bulan hadapan?
atau
lalu
dan
maka
Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
agar
ketika
hingga
dan
Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
agar
lalu
maka
kerana
Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
dan
tetapi
walaupun
manakala
___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya.
Semoga
Sewaktu
Setelah
Supaya
Sekolah saya __________ menganjurkan perkhemahan pasukan beruniform pada bulan hadapan.
akan
telah
pernah
sedang
Encik Seng berasa gembira kerana ketiga-tiga orang anaknya __________ besar dan telah bekerja.
akan
mahu
sudah
sedang
Ayah saya __________ mengajar di salah sebuah sekolah di Selangor selama dua tahun.
belum
telah
sudah
pernah
Kamu semua __________ berhati-hati semasa turun dari bukit ini kerana cerunnya sangat curam.
akan
pasti
boleh
mesti
____________ diizinkan Tuhan, saya ingin mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Palestin.
Jika
Kecuali
Manakala
Sementara
Ibu dan kakak tidak suka ____________ ulam-ulaman seperti petai dan jering.
akan
dengan
kepada
terhadap
Beliau akan menyampaikan ceramah __________ pengurusan masa dan teknik belajar.
daripada
untuk
bagi
tentang
Pelancong asing itu amat terpikat __________ keindahan pemandangan di Pulau Tioman.
terhadap
kepada
akan
dengan
"Saya tidak berani berdepan dengan guru disiplin yang garang _________ singa itu," kata Sunita.
dengan
seperti
pada
tentang
Saravanan dan abangnya selalu membantu ayah mereka di kandang lembu __________ hujung minggu.
di
hingga
pada
dari
Kevin dibesarkan oleh ibu dan bapa angkatnya _________ umurnya dua tahun sehingga sekarang.
hingga
sejak
apabila
kecuali
Nandini mahu meminjam buku, ___________ dia terlupa untuk membawa kad keahlian perpustakaan awam itu.
maka
melainkan
sewaktu
tetapi
"Aku akan terus mengusahakan dusun itu ___________ terdaya," kata Wak Pairan kepada anaknya.
kecuali
jika
selagi
sampai
Bukit batu kapur ____________ khazanah semula jadi yang unik rupa bentuknya.
ialah
adalah
Tumbuhan yang ada di bukit batu kapur sangat _______ berbanding dengan tumbuhan yang ada di hutan dataran rendah yang mengelilinginya _________ segi komposisi spesies tumbuhan.
pelik - daripada
berbeza - dari
pelik - dari
berbeza - daripada
Perkataan TASKA merupakan singkatan daripada perkataan___________?
Taman didikan kanak-kanak
Taman bimbingan kanak-kanak
Taman asuhan kanak-kanak
Taman ambilan kanak-kanak
___________________ sistem pungutan cukai oleh pihak Inggeris ditentang hebat oleh penduduk tempatan.
Perkenalan
Kenalan
Memperkenalkan
Pengenalan
Golongan remaja semakin lupa akan budaya ketimuran yang selama ini menjadi ___________ generasi terdahulu.
kehebatan
kesukaran
kebanggaan
kesenangan
"Kamu boleh mula menjawab sekarang".
Ayat di atas merupakan contoh ayat untuk jenis ayat perintah. Apakah jenis ayat perintah tersebut?
Ayat suruhan
Ayat silaan
Ayat larangan
Ayat permintaan
"Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju.
dia
kami
kamu
dikau
Jika tin itu tidak ditutup rapat, biskut di dalamnya akan ______________ .
tengik
lembik
empuk
lemau
