wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tatabahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

"Segala perintah tuanku akan _________ laksanakan," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Melaka.

a)

saya

b)

hamba

c)

patik

d)

kami

2.

" _______________ harus berlatih bersungguh-sungguh untuk menewaskan pasukan dari Kelantan," kata jurulatih kepada kami.

a)

Anda

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

3.

Para petani itu menanam jagung ________ menantikan pokok padi menguning dan sesuai untuk dituai.

a)

selagi

b)

sehingga

c)

sementara

d)

semenjak

4.

Perahu yang kami naiki ____________ apabila dipukul ombak.

a)

beralun-alun

b)

bergoyang-goyang

c)

berolang-aling

d)

berbolak-balik

5.
_____________________ keadaan nenek kamu?
a)
Bagaimanakah
b)
Apakah
c)
Bila
6.
Kucing itu mengiau _________________ adik terpijiak ekornya.
a)
lalu
b)
apabila
c)
jika
7.
Mak Cik Rina hanya menggunakan beberapa ________________ bawang putih untuk masakannya itu. 
a)
biji
b)
ulas
c)
buah
8.
Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah  rambutan itu.
a)
lembut
b)
tinggi
c)
panjang
9.

Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.

a)

telapak - diserahkan mereka

b)

tepak - telah diserahkan oleh mereka

c)

tampak - telah mereka menyerahkan

10.

Beng Hock yakin _______ Ramzi tidak akan berasa dengki atas kemenangannya dalam undian sebagai ketua kelas Tahun Lima Zamrud.

a)

yang

b)

bahawa

c)

untuk

11.

Murid _______ sering mendapat tempat pertama di dalam kelas itu tidak pernah bersikap hidung tinggi.

a)

untuk

b)

bahawa

c)

yang

12.

Jambatan yang ________ itu akan dilebarkan oleh pekerja Majlis Daerah Batu Pahat untuk kemudahan penduduk Kampung Parit Raja.

a)

patah

b)

senget

c)

sempit

d)

pendek

13.

Nelayan itu membuang ________ yang tersangkut pada pukatnya kerana hidupan laut ini tidak boleh dimakan.

a)

bari-bari

b)

abuk-abuk

c)

sibur-sibur

d)

ampai-ampai

14.

Selepas menanak nasi, Maria _________________ air kopi untuk bapanya.

a)

menjerang

b)

membancuh

c)

membuat

d)

merenih

15.

Bangunan______________ itu menjadi mercu tanda di Teluk Intan.

a)

tegak

b)

lurus

c)

condong

d)

senget