NEW
Font size
WorksheetsBM Kata Majmuk Tahun 6
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pihak polis sedang menjalankan ______________ bagi memastikan punca pertelingkahan penduduk di kawasan itu.
uji minda
kaji selidik
soal siasat
temu ramah
Sebagai ________________ Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlulah menjaga sensitiviti kaum di negara kita.
olahraga
setiausaha
kakitangan
warganegara
"Jangan ada sesiapa yang ______________ pada saat-saat akhir," kata Tuk Ketua sebelum mengakhiri mesyuarat penduduk Kampung Melati.
bulat hati
tarik diri
kecil hati
makan hati
Syafiqah mengeluarkan semangkuk gulai dari ________________ untuk dipanaskan.
peti besi
peti surat
peti sejuk
peti undi
Encik Iman dan Puan Intan menerima ucapan tahniah atas kelahiran ______________________ pertama mereka.
cahaya mata
cahaya muka
cahaya permata
cahaya bintang
Kita harus menjalankan ___________________ yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas.
sukarela
kerjasama
setiausaha
tanggungjawab
Beberapa orang __________________ syarikat itu telah dipecat kerana terlibat dengan rasuah.
tandatangan
cenderamata
jawatankuasa
kakitangan
Para pelancong mengagumi keunikan ______________ Menara Kuala Lumpur.
reka letak
reka bentuk
susun atur
daya usaha
Kejayaan Luqman menjuarai pertandingan robotik pada peringkat negeri semalam telah ________________ rakan-rakannya.
menambat hati
mendabik dada
membuka mata
mengambil hati
Aktiviti pasukan pengakap amat menekankan aspek disiplin dan ____________________ dalam pasukan.
setia kawan
tunjuk ajar
daya saing
janji temu
