wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEO T3 : BAB 10

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah benar tentang hutan di Malaysia?

a)

Sumber yang akan pupus

b)

Berkeluasan 18.56 ribu hektar

c)

Kawasan yang didiami oleh pelbagai fauna sahaja.

d)

Dilitupi lebih kurang 56.5% daripada keluasan tanah

2.

Apakah faktor peningkatan sumber hutan di Malaysia?

I. Jumlah taburan hujan yang tinggi

II. Panas dan lembap sepanjang tahun

III. Mempunyai waktu siang yang panjang

IV. Kerpasan turun dalam bentuk salji pada musim sejuk

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi hutan kepada masyarakat setempat?

I. Sumber bahan makanan

II. Membina tempat tinggal

III. Sebagai laluan kenderaan

IV. Tempat plelupusan sampah

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

Pengurusan sumber hutan secara terancang adalah perlu untuk

a)

mengelakkan pencemaran

b)

menghasilkan sumber tanih

c)

mengekalkan keseimbangan ekosistem

d)

mewujudkan kawasan untuk tadahan air

5.

Rajah di atas menunjukkan sebah taman negara di Malaysia. Apakah kepentingan tempat tersebut?

a)

Tempat tinggal penduduk

b)

Menjadi pusat ekopelancongan

c)

Tempat pemprosesan bahan mentah

d)

Menjadi tempat menghalang hakisan tanah

6.

Antara berikut, yang manakah usaha-usaha dalam pemeliharaan sumber hutan?

I. Penghutanan semula

II. Penubuhan ladang hutan

III. Mewartakan taman negara

IV. Mewartakan hutan simpan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Maklumat di bawah merujuk kepada tempat-tempat di Malaysia.


Tasik Bera (Pahang)

Sungai Pulai (Johor)


Tempat-tempat berikut merujuk kepada

a)

geopark

b)

taman negara

c)

tapak ramsar

d)

pembangunan lestari

8.

Apakah peranan geopark dalam memelihara dan memulihara sumber hutan?

a)

Menjaga tanah lembap

b)

Melindungi hidupan liar

c)

Mementingkan pembangunan suatu kawasan secara lestari

d)

Menangani isu-isu antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar

9.

Apakah peranan badan kerajaan di atas dalam pengurusan hutan di Malaysia?

a)

Pemuliharaan rizab hutan

b)

Melaksanakan pengurusan hasil hutan

c)

Mengekalkan integriti dalam kawasan perlindungan

d)

Membangunkan teknologi untuk memulihara sumber hutan

10.

WWF berperanan menghentikan kemusnahan persekitaran alam semula jadi dengan

I. memulihara hidupan liar

II. merancang pelaksanaan dasar

III. menjalankan kempen kesedaran awam

IV. memelihara kepelbagaian biologi dunia

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

11.

Apakah agensi yang berperanan memberi kesedaran alam sekitar melalui pendidikan?

a)

Sahabat Alam Malaysia

b)

Malaysian Nature Society

c)

Global Environment Centre

d)

The Wildlife Trade Monitoring Network

12.

Apakah hutan paling luas di Malaysia?

a)

Hutan Gunung

b)

Hutan Pantai

c)

Hutan Paya Air Masin

d)

Hutan Hujan Tropika

13.

Apakah kepentingan pengurusan sumber hutan kepada negara?


I Sumber bahan mentah

II Menggalakkan ekopelancongan

III Meningkatkan taraf hidup

IV Pembukaan bandar baharu


a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Apakah tujuan pemeliharaan Tapak Ramsar?


I Memulihara kawasan tanah lembap

II Menjadi kawasan ekopelancongan

III Menggalakkan pembangunan lestari

IV Menjalankan penghutanan semula

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Kawasan X adalah lokasi Tapak Ramsar di Malaysia. Apakah kawasan X ?

a)

Gemas di Negeri Sembilan

b)

Kemaman di Terengganu

c)

Pulau Sipadan di Sabah

d)

Tanjung Piai di Johor

16.

Kawasan yang manakah merupakan pusat ekopelancongan yang terkenal di Sarawak?

a)

Taman Negara Niah

b)

Taman Negara Kinabalu

c)

Taman Negeri Royal Belum

d)

Taman Negara Endau-Rompin

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan peranan PERHILITAN ?


I Menjalankan penghutanan semula

II Menguatkuasakan undang-undang

III Menjalankan pendidikan hutan

IV Menggalakkan penyertaan masyarakat menjaga hutan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Apakah kesan program pembangunan lestari yang dijalankan di Malaysia?


I Pertambahan spesies tumbuhan

II Pencemaran udara berkurangan

III Kualiti persekitaran bertambah baik

IV Mewujudkan pusat ekopelancongan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah langkah-langkah pemuliharaan yang dikaitkan dengan Geopark?


I Pemuliharaan biologi

II Pembangunan secara lestari

III Kerjasama antarabangsa

IV Pembinaan hotel bertaraf antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah agensi yang berperanan melaksanakan pengurusan hutan seperti dalam maklumat di bawah :


  1. Membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk pemuliharaan sumber hutan
  2. Meningkatkan kesedaran terhadap peranan alam sekitar dan pemuliharaan hutan.
a)

WWF

b)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

c)

Sahabat Alam Malaysia (SAM)

d)

Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM)

21.

Apakah tujuan diwujudkan tapak ramsar sebagai salah satu usaha pemeliharaan sumber hutan?

a)

Penghutanan semula pokok bakau

b)

Tarikan aktiviti ekopelancongan

c)

Meningkatkan industri kayu arang

d)

Mengawal pengeluaran hutan bakau

22.

Antara berikut, yang makah benar tentang peranan agensi tersebut?

a)

Mewartakan taman negara

b)

Menanam semula pokok bakau

c)

Mewujudkan pusat konservasi

d)

Mengeluarkan lesen pembalakan

23.

Apakah fungsi agensi tersebut dalam pengurusan sumber hutan di Malaysia?

a)

Memelihara kepelbagaian biologi

b)

Menjamin sumber bekalan kayu

c)

Meningkatkan kegiatan ekopelancongan

d)

Melindungi kawasan tanah lembap

24.

Apakah peranan tapak Ramsar?

a)

menjaga tanah lembap

b)

melindungi habitat haiwan

c)

mengelakkan dari kepupusan hidupan liar

25.

Nyatakan 1 kawasan Geopark di Malaysia

a)

Taman Negara Bako

b)

Taman Wetland

c)

Langkawi Geopark

26.

apakah maksud “Ex-situ” yang terdapat dalam buku teks anda?

a)

gagasan pembangunan moden yang paling proaktif dan

praktikal

b)

kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh

digunakan oleh semua pihak

c)

program pengurusan sumber genetik tumbuhan di luar

kawasan asal

27.

berikut merupakan badan kerajaan badan bukan kerajaan,kecuali.........

a)

WWF

b)

Global Environtment Centre(GEC)

c)

Sarawak Forestry Corporation

28.

Apakah usaha pemeliharaan sumber hutan?

a)

Penghutanan semula

b)

Menjalankan pembangunan lestari

c)

Pembenihan hidro

29.

Apakah kesan yang timbul jika keseimbangan ekosistem terganggu?

a)

Rantaian makanan terjejas

b)

Kematian hidupan liar

c)

Penemuan spesies baharu

d)

Sumber fosil berkurangan

30.

PEGAGA DIJADIKAN SEBAGAI PENYEMBUH KEPADA PENYAKIT DARAH TINGGI TERGOLONG DI DALAM KEGUNAAN ?

a)

SUMBER MAKANAN

b)

SUMBER PERUBATAN

c)

SUMBER KAYU KAYAN

31.

Apakah maksud pemeliharaan hutan?

a)

usaha-usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus sumber hutan agar tidak musnah.

b)

usaha-usaha membaik pulih sumber hutan yang telah diganggu supaya kembali kepada keadaan asal.

32.

Apakah peranan yang berkaitan dengan lokasi dalam foto di bawah?

a)

Melindungi kepelbagaian biologi

b)

Melaksanakan pengurusan hasil hutan

c)

Menggalakkan pemburuan hidupan liar

d)

Melaksankan pembangunan secara lestari

33.

Apakah agensi kerajaan yang dikaitkan dengan peranan dalam rajah di bawah?


-Berdiskusi tentang perkara berkaitan polisi dan pengurusan di Malaysia.

a)

Majlis Tanah Negara

b)

Sahabat Alam Malaysia

c)

Malaysia Nature Society

d)

jabatan Perhutanan Negara

34.

Apakah usaha yang dikaitkan dengan lokasi berikut?


- Pulau Kukup (Johor)

-Kuching Wetlands National Park (Sarawak)

a)

Geopark

b)

Tapak Ramsar

c)

Hutan simpan

d)

Taman Negara

35.

Apakah badan bukan kerajaan yang berperanan dalam menguruskan perdagangan yang mampan melibatkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan tanpa memberi kesan terhadap ekologi?

a)

GEC

b)

MNS

c)

WWF

d)

TRAFFIC

36.

Apakah agensi yang dikaitkan dengan peranan berikut:


Melibatkan penglibatan masyarakat mengenai keperluan dan kepentingan konservasi biodiversiti.

a)

JAS

b)

SAM

c)

FRIM

d)

PERHILITAN

37.

Berikut adalah contoh hasil hutan,kecuali..........

a)

gaharu

b)

buah-buahan

c)

biji timah

d)

rotan

38.

Spesis tumbuhan dalam gambar terdapat dalam hutan ...

a)

pantai

b)

paya air masin

c)

hutan hujan tropika

d)

paya air tawar

39.

Antara yang berikut, kawasan yang manakah merupakan pusat ekopelancongan yang terkenal di Sarawak?

a)

Taman Negara Niah

b)

Taman Negara Kinabalu

c)

Taman Negeri Royal Belum

d)

Taman Negara Endau-Rompin

40.

Apakah kawasan X?


Tapak Ramsar : X

a)

Gemas di Negeri Sembilan

b)

Kemaman di Terengganu

c)

Pulau Sipandan di Sabah

d)

Tanjung Piai di Johor

41.

Berikut merupakan tempat-tempat yang terdapat di Malaysia.


> Taman Negara Bako

> Taman Negara Endau-Rompin


Apakah kepentingan tempat-tempat di atas?

a)

Menjadi pusat ekopelancongan

b)

Tempat pemprosesan bahan mentah

c)

Tempat pengekalan keseimbangan ekosistem

d)

Tempat yang membekalkan keperluan kepada masyarakat setempat

42.

Apakah maksud “Ex-situ”?

a)

Tapak lembap yang dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971.

b)

Kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh

digunakan oleh semua pihak.

c)

Program pengurusan sumber genetik tumbuhan di luar

kawasan asal.

d)

Kawasan yang dilindungi oleh kerajaan supaya biodiversiti semula jadi kawasan berkenaan dipelihara dan dikekalkan.

43.

3 fungsi hutan kepada masyarakat setempat penting sebagai

a)

sumber bahan makanan

b)

menyediakan pelbagai peralatan

c)

sumber pendapatan

d)

sumber pemerdagangan hidupan liar

44.

Pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi seperti hutan lipur, air terjun dan melihat kepelbagaian flora dan fauna. Yang manakah contoh kawasan ekopelancongan

a)

Zoo Negara

b)

Taman Negeri Royal Belum

c)

Muzium Negara

d)

Pusat Atom Negara

45.

Sumber hutan dapat membekalkan bahan mentah. Apakah kegunaan batang nibung?

a)

Tikar dan bakul

b)

Tiang rumah dan cerucuk kelong

c)

Perabot, kraf tangan

d)

Perabot, papan lapis, kayu gergaji, bahan binaan

46.

Berikut adalah usaha pemuliharaan Geopark kecuali

a)

biologi, geologi dan budaya

b)

bersepadu antara warisan budaya dengan alam semula jadi

c)

Penggunaan sumber warisan secara lestari tanpa memusnahkannya

d)

menjadikannya sebagai pusat ekopelancongan

47.

Apakah maksud pembangunan lestari?

a)

Merupakan satu kawasan atau tempat yang dilindungi oleh kerajaan supaya biodiversiti semula jadi kawasan berkenaan dipelihara dan dikekalkan.

b)

Pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa hadapan tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka orang lain

c)

Pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa ini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri

d)

Program pengurusan sumber genetik tumbuhan di luar kawasan asal seperti di ladang, taman botani dan taman pertanian

48.

Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta strategi berkaitan biodiversiti dan perhutanan melalui:

(a) pengurusan hutan secara berkekalan

(b) penyelidikan dan pembangunan perhutanan


Tugas di atas adalah tanggungjawab

a)

Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM)

b)

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

c)

Sahabat Alam Malaysia (SAM)

d)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

49.

Apakah tanggungjawab Malaysian Nature Society (MNS)?

a)

Berperanan mendidik masyarakat umum mengenai keperluan pembangunan lestari

b)

Berperanan menguruskan perdagangan yang mampan melibatkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar tanpa merosakkan integriti sistem ekologi

c)

Melindungi dan memelihara kepelbagaian biologi yang kaya secara berkesan

d)

Menggalakkan perlindungan dan penggunaan lestari hutan serta tanah lembap

50.

Antara berikut, yang manakah ciri hutan Khatulistiwa di Malaysia?

a)

Akar banir

b)

Daun kecil

c)

Malar hijau

d)

Tiga lapisan