Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INT2 SMKT PSPT T6 PAM

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan membina negara maju dan sejahtera?

[boleh pilih lebih daripada satu]

a)

Mensejahterakan dan membahagiakan hidup rakyat

b)

Memantapkan asas ekonomi negara

c)

Memastikan keamanan hidup rakyat

d)

Meningkatkan keupayaan Sains dan Teknologi

2.

Manakah antara berikut merupakan langkah untuk membangunkan modal insan?

[boleh pilih lebih dari satu]

a)

Meningkatkan Pendidikan berkualiti

b)

Meningkatkan kemahiran

c)

Tingkat kepakaran

d)

Meningkatkan nilai kerja

3.

Apakah alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang?

[boleh pilih lebih dari satu]

a)

Mengawal keamanan hidup masyarakat agar sentiasa aman dan harmoni

b)

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat

c)

Menjamin institusi kehakiman yang berwibawa serta bebas campur tangan luar atau pihak lain

d)

Mencipta masyarakat yang adil

4.

Antara berikut, yang manakah matlamat yang hendak dicapai melalui dasar pandang ke Timur?

a)

Perubahan struktur

b)

Perubahan sikap

c)

Mempunyai budaya kerja seperti rakyat Korea Selatan dan Jepun

d)

Hubungan antara institusi

5.

Pilih padanan yang betul

a)

[ Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib, tidak menyeleweng dan tidak menerima rasuah ] [ Sikap cekap ]

b)

[ Berani dan cepat membuat keputusan ] [ Sikap Amanah ]

c)

[Mempunyai sifat luhur dan murni dan jujur kepada diri sendiri, rakan serta organisasi ] [ Sikap bersih ]

d)

[ Menghadapi krisis dengan tenang ] [Sikap cekap ]

6.

Antara berikut, yang manakah merupakan rasional dasar kependudukan ke arah 70 juta?

[boleh pilih lebih dari satu]

a)

Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi bagi pembangunan negara

b)

Mewujudkan asas permintaan dan pasaran bagi keluaran tempatan

c)

Meningkatkan mutu dan daya pengeluaran ekonomi

d)

Mewujudkan persaingan dalam pasaran dan meninggikan daya dan mutu pengeluaran eksport

7.

Antara berikut, pilih sasaran pelan integriti nasional yang paling tepat

a)

Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan

b)

Menambah birokrasi dalam sektor awam

c)

Melahirkan keluarga yang saling hormat-menghormati

d)

Memudahkan pelanggan berurusan dengan sektor kerajaan.

8.

Antara berikut, yang manakah boleh menjejaskan integriti

[boleh pilih lebih dari satu]

a)

Faktor persekitaran

b)

Faktor Individu

c)

Faktor budaya

d)

Faktor ekonomi

9.

Pilih pernaytaan yang benar tentang strategi Pelan Antirasuah Nasional

[boleh pilih lebih dari satu]

a)

Menegakkan kedaulatan undang-undang

b)

memantapkan integriti dalam perniagaan

c)

Memperkukuh kecekapan perkhidmatan awam

d)

Memupuk tadbir urus baik dalam entiti korporat

10.

Yang manakah benar tentang Rancangan Lima Tahun Malaysia

a)

Rancangan Malaysia Kesembilan dilaksanakan pada separuh Wawasan 2020

b)

Rancangan Lima Tahun merupakan startegi mencapai Dasar Pembangunan Nasional

c)

Rancangan Malaysia Kedua berlangsung semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

d)

Rancangan Malaysia membantu kerajaan membentuk dasar-dasar Awam

11.

Yang manakah benar tentang dasar pelaksanaan Dasar Penswastaan

[boleh lebih dari satu]

a)

mengurangkan beban kewangan kerajaan

b)

mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan

c)

menjadikan produktiviti beradaya saing antara sektor swasta

d)

menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu kepada rakyat

12.

· Menghapuskan sifat permusuhan antara Sektor Awam dan Sektor Swasta

· Menggalakkan perkongsian maklumat


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Dasar Penswastaan

b)

Dasar Pensyarikatan Malaysia

c)

Dasar Pembangunan Nasional

d)

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

13.

· Memulihara dan menggunakan sumber asli secara mampan

· Meningkatkan sekuriti makanan


Pernyataan di atas merujuk kepada objektif

a)

Dasar Pertanian Negara Ketiga

b)

Dasar Perindustrian Negara Ketiga

c)

Dasar sains dan Teknologi Negara

d)

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

14.

Yang manakah tindakan yang menjurus kepada usaha mencapai hasrat Dasar penggalakan Pelancongan.

[boleh pilih lebih dari satu]

a)

Mempertahankan warisan Negara

b)

Pemberian hak kawasan bebas cukai

c)

Menyediakan kuota kemasukan dan tempoh lawatan

d)

Menjual produk pelancongan di pasaran antarabangsa

15.

Matlamat Dasar Wanita Negara adalah

[boleh pilih lebih dari satu]

a)

memastikan wanita hak dan kemudahan perkhidmatan yang sama dengan kaum lelaki

b)

meningkatkan penyertaan wanita dalam pembangunan negara

c)

membantu kaum wanita mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka

d)

menjamin perkongsian pemilikan sumber dan maklumat dengan kaum lelaki

16.

Ciri Kebudayaan Kebangsaan yang telah diputuskan dalm Kongress Kebudayan Kebangsaan 1971 ialah

[boleh lebih dari satu]

a)

budaya Melayu menjadi teras

b)

agama Islam sebagai unsur utama

c)

budaya lain yang difikirkan sesuai dimasukkan

d)

unsur kebudayaan asing disisihkan

17.

Pilih keterangan yang benar tentang hala-cara Baru dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar.

[boleh lebih dari satu]

a)

pelaksanaan rancangan berkelompok

b)

pemberian subsidi baka dan baja

c)

penggabungan kampung-kampung kecil

d)

pengawalan harga hasil pertanian

18.

Yang manakah benar tentang prinsip Dasar Belia Negara

a)

memenuhi keperluan daya intelek

b)

memupuk semangat perpaduan dan kesukarelawan

c)

mendedahkan belia kepada persaingan

d)

menggalakkan penyertaan belia dalam perancangan negara

19.

Antara langkah yang diambil untuk mencapai Dasar Kependudukan Negara ialah

[boleh pilih lebih dari satu]

a)

menggalakkan perkahwinan pada usia muda

b)

pemberian insentif kepada keluarga besar

c)

peningkatan khidmat kesihatan

d)

membenarkan pemastautinan pekerja asing

20.

Yang manakah merupakan teras utama Bidang Ekonomi utama Negara(NKEA)

[boleh pilih lebih dari satu]

a)

Minyak Sawit

b)

Pelancongan

c)

Perindustrian

d)

Satelit