wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 5

Total questions: 40

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Encik Maniam, pelanggan Kedai Ali membayar wang sebanyak RM100 sebagai balasan kepada barang yang dibekalkan oleh Kedai Ali. Kos yang ditanggung oleh Kedai Ali untuk barang itu ialah RM60.

Konsep asas manakah yang teribat?

a)

Pertukaran nilai

b)

Kontrak perniagaan

c)

Keuntungan perniagaan

d)

Memuaskan keperluan dan kehendak

2.

Dialog dibawah ini berkaitan dengan satu bentuk perniagaan.

Encik Selvam: Saya ingin memulakan perniagaan. Bolehkah saya menggunakan nama jenama syarikat anda?

Syarikat Mc-Q : Boleh , tetapi anda dikehendaki membayar sebanyak 8% daripada nilai jualan kepada syarikat saya.

Apakah kelebihan yang dinikmati oleh Encik Selvam?

a)

Keuntungan perniagaan terjamin

b)

Produk sudah dikenali oleh pelanggan

c)

Dapat melakukan inovasi dalam perniagaan

d)

Dapat memulakan perniagaan dengan modal yang sedikit

3.

Maklumat di bawah ini menunjukkan perniagaan perkhidmatan.

KLINIK PAKAR DR.HANJIT DAN RAKAN-RAKAN

Mengapakah perniagaan berkenaan ditubuhkan seagai perkongsian?

a)

Mudah mengumpul modal

b)

Risiko dapat disebarkan

c)

Dapat berkongsi kepakaran

d)

Menanggung liabiliti terhad

4.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis perniagaan.

Nama perniagaan : Pengilang Sos Bagus Sdn Bhd

Bentuk pemilikan : Syarikat sendirian berhad

Aktiviti perniagaan : Pengeluaran selbagai jenis sos

Modal berbayar : RM1.5 juta

Bilangan pekerja tetap : 80 orang

Jumlah jualan pada tahun 2017 : RM10Juta

Bolehkah Pengilang Sos Bagus Sdn Bhd dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz besar?

a)

Tidak, kerana bilangan pekerja tetap hanya 80 orang

b)

Tidak, kerana jualan tahunan perniagaan hanya RM10juta

c)

Ya, kerana modal berbayar perniagaan sebanyak Rm1.5juta

d)

Ya, kerana perniagaan ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad

5.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Adam.

Encik Adam, pengeluar pelbagai jenis perabot berjaya mengeluarkan perabot bermutu tinggi dengan menggunakan bahan batang pokok kelapa sawit. Beliau ingin mengeksport keluarannya ke Eropah tetapi tidak mempunyai maklumat pengimport perabot di Eropah.

Agensi kerajaan manakah yang dapat membantu Encik Adam mengetahui maklumat pengimport perabot di Eropah?

a)

MARA

b)

SIRIM

c)

MARDI

d)

MATRADE

6.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan beberapa pelepasan cukai di Malaysia.

*Taraf perintis

*Elaun pelaburan semula

Mengapakah kerajaan memberi pelepasan cukai berkenaan?

a)

Meningkatkan kuasa beli penduduk

b)

Menggalakkan ekpsort hasil tempatan

c)

Memajukan perniagaan dan ekonomi

d)

Mewujudkan industri berteknologi tinggi

7.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang mewakili visi, misi dan objektif (VMO) organisasi sektor swasta?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Menyediakan perkhidmatan sukarela

c)

Menyediakan produk secara percuma

d)

Mementingkan kecekapan operasi pengeluaran

8.

Semakin ramai kanak-kanak dan remaja di Malaysia meminati makanan segera. Apakah faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan?

a)

Politik dan perundangan

b)

Ekonomi

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi

9.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan.

*Syarikat Genetec Sdn Bhd terlibat dalam pengeluaran produk berteknologi tinggi untuk dieksport.

*Sebahagian besar pendapatan syarikat digunakan untuk pembelian aset bagi mengembangkan lagi operasi pengeluaran.

Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh Syarikat Genetec Sdn. Bhd.?

a)

Taraf perintis

b)

Potongan cukai

c)

Pengecualian cukai

d)

Elaun pelaburan semula

10.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan analisis SWOT

Syarikat Inovest Berhad dapat mengelakkan kenaikan kos pengeluaran apabila kerajaan memperkenalkan undang-undang gaji minimum. Hal ini kerana penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh syarikat telah dapat memperkenalkan teknik pengeluaran baharu yang tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Manakah strategi analisis SWOT yang betul?

a)

Kekuatan - Peluang ( S O)

b)

Kelemahan - Peluang ( W O)

c)

Kekuatan - Ancaman ( S T)

d)

Kelemahan - Ancaman (W T)

11.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan bahagian fungsian jualan?

a)

Menyediakan sebut harga untuk pelanggan

b)

Mengenal pasti sasaran pelanggan perniagaan

c)

Menjalankan penyelidikan untuk mengetahui citarasa pelanggan

d)

Melakukan rundingan dengan pelanggan tentang harga dan diskaun

12.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan bahagian fungsian jualan?

a)

Menyediakan sebut harga untuk pelanggan

b)

Mengenal pasti sasaran pelanggan perniagaan

c)

Menjalankan penyelidikan untuk mengetahui citarasa pelanggan

d)

Melakukan rundingan dengan pelanggan tentang harga dan diskaun

13.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Supersport Sdn. Bhd.

Syarikat Supersport Sdn Bhd ingin bercadang untuk mengeluarkan kasut sukan untuk pasaran tempatan. Syarikat menyewa kilang dengan bayran RM10 000 sebulan. Jumlah gaji pekerja tetap yang dibayar adalah sebanyak RM24 000 sebulan. Kos berubah untuk menghasilkan sepasang kasut adalah RM50. Harga jualan kasut tersebut ialah RM100.

Berapakah pasang kasut yang perlu dijual sepanjang tahun untuk mencapai titik pulang modal (TPM)?

a)

1 200 pasang

b)

2 400 pasang

c)

4 080 pasang

d)

8 160 pasang

14.

Rajah di atas ini berkaitan dengan peringkat pengurusan. Apakah peranan pihak di peringkat Y dalam organisasi?

a)

Mengawal pekerja di bahagian operasi

b)

Mengagihkan sumber -sumber organisasi 

c)

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti khusus

d)

Menentukan hala tuju jangka panjang organisasi

15.

Mengapakah perniagaan yang mengalami kerugian sukar untuk mengembangkan perniagaan dalam jangka masa panjang?

a)

Motivasi pekerja akan terjejas

b)

Imej produk terjejas di mata pengguna

c)

Terpaksa mengurangkan harga jualan barang

d)

Kurang berupaya meningkatkan operasi perniagaan

16.

Pengantara teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang memudahkan komunikasi dalaman?

a)

Internet

b)

Intranet

c)

e-dagang

d)

e-banking

17.

Rajah di atas berkaitan dengan sumber teknologi . Apakah W?

a)

Produk siap

b)

Harta interlek

c)

KIlang dan mesin

d)

Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

18.

Sebuah kilang elektronik mempunyai seramai 1 500 orang pekerja di bahagian operasi yang dibayar gaji antara RM 1 200 dan RM4 000 sebulan. Apakah faedah kepada pekerja yang diwajibkan oleh undang-undang?

a)

Bonus tunai

b)

Caruman PERKESO

c)

Kemudahan perubatan

d)

Kemudahan perumahan

19.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan sumber fizikal kilang pakaian?

a)

Stok pakaian

b)

Pekerja

c)

Rekaan fesyen

d)

Benang

20.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.

*Menggalakkan kreativiti dan inovasi

*Menyediakan program latihan

Bagaimanakah peranan tersebut dapat membantu kemajuan organisasi dalam jangka panjang?

a)

Produktiviti meningkat

b)

Pekerja bertambah mahir

c)

Motivasi pekerja meningkat

d)

Pemantapan budaya profesional

21.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan promosi dalam campuran pemasaran?

a)

Pengiklanan boleh digunakan untuk memujuk pengguna

b)

Promosi jualan dapat meningkatkan jualan dalam jangka pendek

c)

Barang perlu sampai ke tangan pengguna pada masa yang sesuai.

d)

Pembungkusan dan jenama yang baik dapat menarik perhatian pengguna.

22.

Manakah yang merupakan aset semasa ?

a)

Bangunan

b)

Kenderaan

c)

Kelengkapan pejabat

d)

Akaun belum terima

23.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Rahmah.

Puan Rahmah, pemilik Rahmah's Boutique menggaji seramai lima orang tukang jahit berpengalaman. Beliau menggunakan beberapa jenis mesin jahit yang canggih. Semua hasil pakaian dipamerkan di satu bilik pameran yang luas di premis yang sama.

Manakah yang merujuk kepada sumber teknologi Rahmah's Boutique?

a)

Stok pakaian

b)

Bilik pameran yang luas

c)

Mesin jahit yang canggih

d)

Tukang jahit berpengalaman

24.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan sumber pembiayaan bagi sebuah pasar raya yang ditubuhkan sebagai perniagaan milikan tunggal?

a)

syer

b)

pemfaktoran

c)

overdraf bank

d)

modal daripada keuntungan

25.

Prosedur manakah yang betul bagi mendapatkan sumber pembiayaan?

a)

Menyediakan rancangan perniagaan > Mendapatkan khidmat nasihat kewangan > Membuat permohonan > Pembiayaan diluluskan.

b)

Mendapatkan khidmat nasihat kewangan > Membuat permohonan > Menyediakan rancangan perniagaan > Pembiayaan diluluskan.

c)

Menyediakan rancangan perniagaan > Membuat permohonan > Mendapatkan khidmat nasihat kewangan > Pembiayaan diluluskan.

d)

Membuat Permohonan > Menyediakan rancangan perniagaan > Pembiayaan diluluskan > Mendapatkan khidmat nasihat kewangan.

26.

Puan Kelly ingin membuka sebuah restoran makanan segera yang jenamanya sudah terkenal di pasaran tetapi mengalami kekurangan modal sebanyak RM 350 000. Beliau bercadang untuk mendapatkan pinjaman daripada bank tetapi tidak mempunyai sandaran bernilai. Agensi kerajaan manakah yang dapat membantu Puan Kelly mengatasi masalah tersebut?

a)

MARA

b)

TEKUN

c)

Agrobank

d)

Syarikat Jaminan Kredit Malaysia

27.

Manakah yang benar tentang stok bergerak perlahan?

a)

Berisiko tinggi kerana boleh ketinggalan zaman

b)

Mudah dijual kerana biasanya berharga murah

c)

Permintaan oleh pelanggan untuk stok adalah tinggi

d)

Usahawan perlu membuat tempahan yang kerap.

28.

Encik Ali, pemilik Kedai Ali mengeluarkan wang tunai daripada perniagaan untuk membayar yuran pengajian anaknya di kolej.

Apakah dokumen perniagaan yang terlibat?

a)

invois

b)

resit

c)

memo

d)

bil tunai

29.

Apakah kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan ?

a)

Dapat menjamin keuntungan sesuatu projek

b)

Membolehkan perniagaan beroperasi secara sistematik

c)

Dapat meyakinkan pihak berkepentingan

d)

Membantu mengurangkan kesilapan perniagaan.

30.

Encik Shaiful dan 10 orang rakannya ingin menjalankan satu perniagaan usaha sama dan ingin mendaftarkannya sebagai satu pemilikan perniagaan yang mempunyai ciri seperti perniagaan berterusan, perkongsian untung rugi antara rakan kongsi dan liabiliti terhad.

Di bawah akta manakah perniagaan berkenaan didaftarkan?

a)

Akta Syarikat 2016

b)

Akta Perkongsian LIabiliti Terhad 2012

c)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1958

d)

Akta Koperasi 1993

31.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan rancangan perniagaan.

Menyediakan spesifikasi tugas mengikut jawatan.

Apakah bahagian dalam rancangan perniagaan yang melibatkan perkara di atas?

a)

Ringkasan eksekutif

b)

Rancangan pentadbiran

c)

Rancangan kewangan

d)

Rancangan pemasaran

32.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Usaha untuk membina imej baik organisasi

b)

Usaha untuk membangunkan tenaga kerja dalam organisasi

c)

Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan.

d)

Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi.

33.

Manakah yang BUKAN peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan?

a)

Memantapkan budaya profesional

b)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

c)

Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

d)

Menguruskan sumber fizikal yang diperlukan dalam organisasi

34.

Manakah yang akan memastikan pekerja melaksanakan tugas dengan cekap?

a)

Deskripsi tugas yang jelas

b)

Motivasi pekerja yang tinggi

c)

Kelayakan akademik yang tinggi

d)

sistem penggajian yang berkesan

35.

Manakah yang dapat melahirkan kesetiaan pekerja?

a)

Adanya latihan kemahiran

b)

Amalan kerja yang berintegriti

c)

Penawaran kontrak pekerjaan yang menarik

d)

Kerja yang memerlukan tahap kreativiti yang tinggi

36.

Apakah yang perlu disediakan oleh pengurus sumber manusia untuk melindungi kebajikan pekerja?

a)

Sistem kenaikan pangkat

b)

Hadiah dan baucar lawatan

c)

skim kesihatan dan keselamatan

d)

Program latihan dan pembangunan

37.

Bagaimanakah caranya prestasi kerja pasukan dapat dipertingkatkan?

a)

Mengadakan latihan dan kursus secara intensif

b)

Memanjangkan kontrak perkhidmatan pekerja

c)

Menggalakkan persaingan dalam kalangan pekerja

d)

mewujudkan sistem kenaikan pangkat yang mudah

38.

Manakah yang dapat memantapkan budaya profesional di tempat kerja ?

a)

Pemberian gaji yang lumayan

b)

persekitaran kerja yang positif

c)

Motivasi dalam kalangan pekerja yang tinggi

d)

Amalan kerja yang mementingkan kecemerlangan

39.

Manakah tajuk bab 1 perniagaan tingkatan 5?

a)

Pengurusan sumber manusia

b)

Pengurusan sumber teknologi

c)

Pengurusan Sumber Fizikal

d)

Pengurusan Kewangan

40.

Kesemua bab dalam buku teks perniagaan tingkatan lima merangkumi berapa bab?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7