NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PENTAKSIRAN BM - TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Novel “Kasih Ibu” yang ___________ oleh penulis terkenal itu mendapat sambutan hangat di pasaran.
dibuat
dicetak
digubah
dikarang
Puan Halimah berasa cemas kerana anak perempuannya masih belum pulang ____________ hari sudah senja.
jikalau
malahan
sehingga
sedangkan
Aiman menggunakan __________ joran semasa memancing di tasik itu.
sebilah
selaras
sebatang
sepuntung
“___________, guru-guru di sekolah ini berdoa agar ___________ berjaya dalam Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus nanti,” kata guru besar kepada murid-murid tahun enam.
Kita … anda
Saya … kamu
Kami … kalian
Beliau … mereka
Bapa mengadakan majlis kenduri kesyukuran ___________ menyambut kepulangan abang yang tamat pengajiannya
di luar negara.
bagi
pada
sejak
supaya
Nizam menjadi ______________ apabila terpaksa menggantikan Sazuan secara tiba-tiba sebagai pengacara majlis.
bidan terjun
batu loncatan
ayam tambatan
tulang belakang
Amin __________ nota ringkas berpandukan petikan yang terdapat dalam buku teks.
melakar
mencatat
mengarang
melukis
Beberapa orang ___________ tahun akhir di universiti itu terlibat dalam program khidmat masyarakat yang diadakan di Kampung Berkat.
seniman
sasterawan
mahasiswi
olahragawati
Encik Yazid ___________ sebuah calet di Pantai Seri Tujuh untuk bercuti bersama keluarganya pada minggu
hadapan.
membeli
membayar
menempah
mengambil
Kamal sedang berlatih___________ gambar pemandangan untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan pada
minggu hadapan.
melukis
menekap
menghias
mengecap
Amalina menerima hadiah ___________ Pegawai Pelajaran Daerah kerana menjadi johan dalam pertandingan
bercerita.
dari
kepada
dengan
daripada
Azli dibenarkan oleh ibunya untuk bermain di padang. _________, dia dikehendaki menyiapkan kerja sekolahnya
terlebih dahulu.
Selepas itu
Sebelum itu
Selain itu
Seharusnya
Guru-guru menasihati kami supaya rajin membaca buku untuk menambahkan pengetahuan. Jangan jadi seperti
__________.
Katak di bawah tempurung
Embun di hujung rumput
Melukut di tepi gantang
Kerbau dicucuk hidung
Setiap pagi, Encik Masron ____________ kasut kulitnya sehingga berkilat sebelum ke pejabat.
mengesat
mengecat
mengelap
menggilap
Para penonton ___________ ketika hendak memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir
pertandingan bola sepak.
berasak-asak
berlegar-legar
berkejar-kejar
bertindih-tindih
Osman sentiasa mengingati pesanan ibunya agar makan
dengan __________, lebih-lebih lagi ketika berada dalam majlis jamuan.
cepat
tertib
lembut
gelojoh
Hujah yang disampaikan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu sangat bernas.
Perkataan seerti bagi bernas ialah;
tetap
berisi
penuh
berguna
Syahirah berasa gelisah kerana bapanya belum tiba.
Perkataan berlawan bagi gelisah ialah
yakin
sedih
berani
tenang
Pilih ayat yang betul.
Jalan raya di kawasan perumahan itu bersimpang-siur.
Sebuah bom lama telah dijumpai di kawasan semak itu.
Rosliza mengutusi sepucuk surat kepada sahabat penanya.
Sepasukan lanun telah menyerang kapal di perairan itu.
Gempa bumi itu menyebabkan kemusnahan tempat tinggal dan beribu-ribu nyawa terkorban.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
Di manakah gempa bumi itu berlaku?
Bagaimanakah gempa bumi itu berlaku?
Apakah kesan daripada gempa bumi itu?
Siapakah yang terkorban akibat gempa bumi itu?
