NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsKATA GANDA TINGKATAN 1
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Name
Class
Date
1.
Menara pemerhati polis hanya _________pada pelihatan pemandu kerana diselubungi kabus yang tebal pada waktu pagi.
a)
dekat-dekat
b)
balam-balam
c)
datang-datang
d)
bayang-bayang
2.
Hang Tuah mengelak ke kanan apabila musuhnya melemparkan __________ ke arahnya.
a)
bebola
b)
bebaling
c)
bebalang
d)
bebawang
3.
Suasana di pasar raya itu ____________ selepas dua das tembakan kedengaran itu.
a)
huru-hara
b)
gundah-gulana
c)
inggang-inggung
d)
tunggang-langgang
4.
Pada setiap hari Jumaat, umat Islam _________ ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
a)
berburu-buru
b)
berbolak-balik
c)
berbunyi-bunyi
d)
berbondang-bondang
5.
Wasiat datuk Ali masih ___________ di telinganya.
a)
menderu-deru
b)
berdesir-desir
c)
berderau-derau
d)
mendesing-desing
6.
Tubuh keluarga Nasuha semuanya ___________ belaka.
a)
sihat-sihat
b)
muat-muat
c)
molek-molek
d)
montok-montok
7.
Perbuatan membuang __________ di hadapan orang ialah perbuatan yang tidak beradab.
a)
jejurai
b)
gegetar
c)
gegelang
d)
gegelema
8.
____________ tawa bayi itu kedengaran apabila ibu mengeletek ketiaknya.
a)
Derak-derik
b)
Debak-debuk
c)
Dekuh-dekah
d)
Dekuk-dekak
9.
Dato' Salim yang telah berkelana ke Mesir selama 16 tahun kini berhasrat untuk kembali ke __________.
a)
asal-usul
b)
kait-paut
c)
piat-piut
d)
jana-bijana
10.
Roslan mendapat dua ekor __________ ketika mencandat di Pulau Kapas.
a)
deduit
b)
cecumi
c)
bebarat
d)
bebarau
11.
Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
a)
kisi-kisi
b)
orang-orang
c)
tupai-tupai
d)
layang-layang
12.
Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
a)
teresak-esak
b)
terkebil-kebil
c)
terbahak-bahak
d)
tersuka-suka
13.
Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.
a)
berkelip-kelip
b)
berpinar-pinar
c)
berderet-deret
d)
berliku-liku
14.
Sereena membalut hadiah itu ___________.
a)
kemas-kemas
b)
ketat-ketat
c)
kuat-kuat
d)
erat-erat
15.
Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas
a)
tercungap-cungap
b)
terbahak-bahak
c)
teresak-esak
d)
tersipu-sipu
Reset
