wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Lahirnya Sebuah Negara Baharu

Total questions: 27

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Rakyat hidup sengsara semasa pendudukan Jepun. Bilakah Jepun menduduki Tanah Air kita?

a)

1942 - 1945

b)

1842 - 1845

c)

1946 - 1948

d)

1942 - 1947

2.

Malayan Union juga adalah satu bentuk penjajahan.


Siapakah yang memimpin orang Melayu untuk membantah pelaksanaan Malayan Union?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

b)

Tun Abdul Razak

c)

Dato' Onn Ja'afar

d)

Dato' Panglima Bukit Gantang

3.

Siapakah yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London?

a)

Tun Abdul Razak bin Hussein

b)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

c)

Tun Dr. Ismail

d)

Dato' Haji Abdul Wahab bin Haji Aziz

4.

Pada tahun 1948, Malayan Union telah dibubarkan dan digantikan dengan __________________________.

a)

Kemerdekaan Negara

b)

Persekutuan Malaysia

c)

Raja Berpelembagaan

d)

Persekutuan Tanah Melayu

5.

Presiden MCA pertama ialah ______________.

a)

Tun Tan Siew Sin

b)

Tun H.S Lee

c)

Tun Tan Cheng Lock

d)

Tun Dr. Ismail

6.

Mengapakah pemimpin negara kita memilih kaedah rundingan untuk mendapat kemerdekaan?

a)

Takut kepada pihak British.

b)

Mengelak daripada berlakunya peperangan.

c)

Menonjolkan kekuasaan pemimpin.

d)

Menunjukkan sikap toleransi pemimpin.

e)

Merupakan kaedah yang paling aman dan selamat.

7.

Apakah tujuan Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956?

a)

Mencapai persetujuan untuk kemerdekaan Tanah Melayu.

b)

Membuat rundingan dengan pihak British tentang tarikh kemerdekaan.

c)

Berbincang tentang pemulihan ekonomi Tanah Melayu.

d)

Merancang untuk menstabilkan politik dalam negara.

8.

Berikut merupakan ciri-ciri pemimpin terdahulu dalam memerdekakan negara.

a)

Menghargai

b)

Kerjasama

c)

Sepakat

d)

Bersyukur

e)

Toleransi

9.

Ahli Rombongan London 1956 terdiri daripada ____________________.

a)

Empat orang wakil Raja-raja Melayu.

b)

Empat orang wakil pegawai kerajaan.

c)

Empat orang wakil parti politik.

d)

Empat orang wakil Parti Perikatan.

10.

Hasil daripada rundingan kemerdekaan, pihak British bersetuju bahawa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada tarikh _________________.

a)

30 Ogos 1957.

b)

31 Ogos 1957.

c)

16 September 1963.

d)

13 Mei 1969.

11.

Setelah pulang dari London, Tunku Abdul Rahman telah membuat pengisytiharan kemerdekaan di Padang Banda Hilir, Melaka. Mengapakah Melaka dipilih oleh Tunku untuk mengisytiharkan tarikh kemerdekaan?

a)

Melaka merupakan bandar pelancongan.

b)

Melaka mempunyai tempat yang menarik.

c)

Melaka mempunyai bilangan penduduk yang sedikit.

d)

Melaka dilihat sebagai permulaan bagi sejarah Tanah Melayu.

12.

Tepat pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Di manakah peristiwa ini berlaku?

a)

Padang Kelab Selangor.

b)

Stadium Merdeka.

c)

Muzium Negara.

d)

Tugu Negara.

13.

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu telah berlangsung di __________________.

a)

Stadium Bukit Jalil.

b)

Stadium Larkin.

c)

Stadium Merdeka.

d)

Stadium Darul Aman.

14.

Berikut yang manakah merupakan acara-acara dalam menyambut Bulan Kemerdekaan.

a)

Perarakan Kemerdekaan.

b)

Mengibarkan bendera pada bangunan dan tempat kediaman.

c)

Dendangan lagu kebangsaan dan lagu patriotik di radio.

d)

Larian kemerdekaan.

15.
Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka?
a)
7 kali
b)
5 kali
c)
3 kali
d)
sekali
16.

Lagu 'Tanggal 31' telah dinyanyikan oleh ____________.

a)

Dato' Seri Siti Nurhaliza.

b)

Dato' M. Nasir.

c)

Sudirman Haji Arshad.

d)

Tan Sri P. Ramlee

17.

Beliau merupakan Presiden MIC pada tahun 1955. Siapakah beliau?

a)

Tun V.T Sambanthan

b)

Tun Samy Vellu

c)

Tan Sri Ramalingam

d)

Dato' S. Nalakarupan

18.

Maklumat berikut merupakan sumbangan pemimpin negara kita.


  • Mengetuai rombongan kemerdekaan
  • Menubuhkan Parti Perikatan


Siapakah pemimpin yang dimaksudkan?

a)

Dato' Onn bin Ja'afar

b)

Dato' Panglima Bukit Gantang

c)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

d)

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein

19.

Nilaikan pengorbanan tokoh negara semasa memperjuangkan kemerdekaan negara melalui rundingan dan rombongan kemerdekaan.

a)

Mementingkan keamanan.

b)

Mengelakkan pertumpahan darah.

c)

Kasih sayang.

d)

Keberanian.

20.

Siapakah tokoh kemerdekaan di atas ?

a)

Tun Abdul Razak bin Hussein

b)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

c)

Tun Dr Ismail bin Dato' Abdul Rahman

21.

Apakah gelaran yang diberikan kepada tokoh di atas ?

a)

Bapa Pembangunan

b)

Bapa Kemerdekaan

c)

Menteri Kesihatan yang pertama

22.

Pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bertempat di

a)

Stadium Negara

b)

Stadium Nasional

c)

Stadium Merdeka

23.

Parti UMNO, MCA dan MIC telah bergabung untuk menuntut kemerdekaan dengan membentuk Parti Perikatan.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Parti Perikatan telah mendapat kemenangan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Pada tahun 1955, Pilihanraya Majlis Perundingan Persekutuan diadakan. Apakah tujuan utama pilihanraya tersebut diadakan?

a)

Untuk memlilih pemimpin kerajaan secara sah.

b)

Kerana diarah oleh Kerajaan British.

c)

Meraih sokongan dan simpati.

d)

Untuk melihat rakyat berpecah belah.

26.

British cuba menghapuskan kedaulatan sultan-sultan melalui dasar Malayan Union.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Rombongan Kemerdekan pergi ke London untuk berunding dengan pihak British bagi mendapatkan kemerdekaan.

a)
b)