wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENYALAHGUNAAN BAHAN PJPK T4

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Berikan definisi jerat dadah.

a)

Pemburu yang memasang jerat untuk menangkap haiwan liar.

b)

Jerangkap samar untuk memiliki dadah.

c)

Keadaan individu yang diperdaya oleh individu lain bagi menagih dadah.

d)

Keadaan seseorang yang hidup dalam kemewahan hasil jualan dadah.

2.

Apakah yang anda faham tentang keldai dadah?

a)

Binatang ternakan untuk menghasilkan dadah.

b)

Penjualan dadah secara terbuka di luar dan dalam negara.

c)

Urusan jual beli dadah yang disembunyikan melalui binatang keldai.

d)

Orang yang diperdaya untuk menjual dadah tanpa pengetahuan mereka sendiri.

3.

Semasa di lapangan terbang, ada seorang pemuda yang mencurigakan meminta bantuan anda untuk memegang beg miliknya. Apakah tindakan anda?

a)

Memberi bantuan secara ikhlas.

b)

Memberi alasan dan beredar dari kawasan tersebut serta maklumkan kepada anggota keselamatan yang bertugas.

c)

Mengambil beg tersebut dan memberi kepada ahli keluarga supaya menjaga beg tersebut.

d)

Memanggil rakan anda untuk membantu pemuda tersebut bersama-sama.

4.

Pilih badan kerajaan yang menjalankan aktiviti pencegahan dadah.

a)

Polis dan Kastam.

b)

Tentera Laut dan Darat.

c)

Bomba dan Pertahanan Awam.

d)

Imigresen.

5.

Berikut merupakan situasi berisiko yang membawa kepada jerat dadah kecuali..........

a)

Tawaran kerja bergaji lumayan di luar negara.

b)

Tawaran pulangan lumayan dengan tugasan yang mudah.

c)

Tawaran wang dengan membantu membawa barang milik orang lain.

d)

Tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara,

6.

Berikut merupakan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anda berada di lapangan terbang atau kawasan terbuka kecuali.......

a)

Tidak meninggalkan barangan peribadi di tempat awam.

b)

Berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang lain.

c)

Menerima tawaran gaji lumayan sebagai ganjaran dengan pantas tanpa berfikir apa-apa.

d)

Maklumkan kepada polis sekiranya terdapat unsur paksaan dalam situasi meminta pertolongan.

7.

Berikut merupakan implikasi jerat dadah kepada diri kecuali......

a)

Individu terlibat dengan jenayah.

b)

Dapat hidup senang dengan masa singkat.

c)

Hidup dalam khayalan.

d)

Kesihatan terjejas.

8.

Berikut adalah implikasi jerat dadah KECUALI

a)

Kehilangan tenaga kerja afektif dan bermotivasi.

b)

Penularan wabak Covid-19

c)

Tanggungjawab terhadap keluarga terabai.

d)

Ahli keluarga hidup dalam ketakutan,

9.

Apakah tindakan untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan jerat dadah?

a)

Selidik latar belakang rakan baru yang dikenali.

b)

Sentiasa bersikap positif terhadap semua orang.

c)

Sentiasa bantu membantu orang lain tanpa memberi alasan.

d)

Melaporkan kepada pihak polis terhadap kes jenayah.

10.

TAKTIK INI DIGUNAKAN OLEH KURIEER UNTUK MENGURANGKAN RISIKO DITANGKAP IAITU MENYEMBUNYIKAN DI DALAM KENDERAAN ATAU BAGASI PAKAIAN, MENGIKAT PADA BADAN ATAU MENELANNYA.


PENYATAAN INI MERUJUK KEPADA KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH

a)

KELDAI DADAH

b)

PENAGIH DADAH TEGAR

c)

PENYALAHGUNAAN DADAH

d)

HAIWAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYELUDUP DADAH