Font size
WorksheetsKUIZ RUKUN NEGARA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Huraikan 3 objektif penggubalan Rukun Negara
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat
Mematuhi satu cara hidup yang demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil
Menjamin cara hidup yang liberal terhadap tradisi2 dan agama setiap kaum
Membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden
Nyatakan dua kepentingan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara
Menjadi asas personaliti seseorang
Membentuk warganegara yang mempunyai pendirian yang teguh
Menjadi panduan perilaku anggota masyarakat sentiasa terpelihara
menjamin perhubungan yg harmoni dalam masyrakat yg berbilang kaum
Prinsip Keempat RN: Kedaulatan Undang-undang . Huraikan 3 kesan ke atas negara jika prinsip di atas tidak diamalkan
Kedaulatan negara tergugat
Pendapatan negara terjejas
Keselamatan rakyat terancam
Rakyat hilang jati diri
Keamanan negara terancam
Nyatakan 3 kepentingan penghayatan dan pengamalan Prinsip Rukun Negara.
Membentuk perpaduan rakyat berbilang kaum
Melahirkan rakyat berjiwa bebas
Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika
Mewujudkan masyarakat yg menghormati undang-undang negara
Mengukuhkan jati diri
Berikan 3 punca semangat Rukun Negara semakin terhakis dalam kalangan rakyat
Kurang mengamalkan prinsip Rukun Negara.
Kurang penghayatan agama / moral.
Pengaruh media sosial
Sikap materialistik / individualistik.
Cabaran/Pengaruh/Kesan globalisasi.
Pembentukan sebuah negara maju tanpa nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan akan membawa kepada pembangunan yang tidak seimbang. Maka prinsip Kesopanan dan Kesusilaan tidak boleh dinafikan kepentingannya. Nyatakan 3 kepentingannya.
Dapat mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Dapat meningkatkan ekonomi negara
Membendung gejala sosial
Meningkatkan imej negara di mata dunia
Dapat mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni
Huraikan 3 kesan kepada negara jika prinsip Kesopanan dan Kesusilaan tidak diamalkan.
Ekonomi negara terjejas
Perpaduan negara terancam
Alam sekitar negara tercemar
Kes jenayah semakin berleluasa
Keruntuhan nilai moral
Salah satu prinsip dalam Rukun Negara ialah ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ yang merujuk kepada pegangan hidup dan penghayatan keagamaan. Prinsip ini jelas menunjukkan bahawa agama penting sebagai panduan hidup. Berikan 3 kepentingan tersebut.
Dapat membendung rasuah
Dapat menjadikan negara yang berpendapatan tinggi
Dapat melahirkan keluarga yang harmoni/bahagia
Dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
Agama dapat mengisi kekosongan jiwa
Pernyataan berikut merujuk kepada objektif/ matlamat yang ingin dicapai melalui pembentukan Rukun Negara. KECUALI?
Pilih satu jawapan sahaja!
Mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama secara adil
Membentuk satu cara yang liberal terhadap tradisi dan kebudayaan malaysia.
Memelihara cara hidup demokratik
Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden
Melahirkan masyarakat yang keterangkuman
Antara objektif Rukun Negara ialah untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan. Pilih pernyataan yang TIDAK menggambarkan objektif ini.
Agama lain perlu menghormati agama Islam
Malaysia mempunyai tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak.
Malaysia mempunyai tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Masyarakat Malaysia bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing.
