wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Imbuhan

Total questions: 57

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Manisah berasa gembira kerana berjaya __________ berat badannya sebanyak lima kilogram.

a)

kekurangan

b)

dikurangkan

c)

pengurangan

d)

mengurangkan

2.

Beliau bukan sahaja dermawan malahan sangat __________ masyarakat setempat.

a)

segani

b)

segankan

c)

disegani

d)

keseganan

3.

Ayah _________ kereta dengan berhati-hati ketika melalui jalan yang sibuk itu.

a)

pemanduan

b)

memandu

c)

panduan

d)

pemandu

4.

___________ itu sedang diperiksa oleh Doktor Lee.

a)

Pesakit

b)

Kesakitan

c)

Penyakit

d)

Disakiti

5.

Pihak polis sedang melakukan __________ di tempat persembunyian penjenayah itu.

a)

intipan

b)

pengintip

c)

mengintip

d)

berintip

6.

Sultan ___________ sepersalinan pakaian kepada hulubalang.

a)

menganugerahkan

b)

memberikan

c)

menghulurkan

d)

menunjukkan

7.

Kanak-kanak __________ di padang dengan gembira.

a)

mainan

b)

bermain

c)

permainan

d)

dimainkan

8.

Ayah __________ seutas rantai mutiara kepada ibu.

a)

menghadiahkan

b)

menghadiahi

c)

menghadiah

d)

dihadiah

9.

__________ dari Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa selama tiga jam.

a)

Berjalan

b)

Perjalanan

c)

Dijalankan

d)

Menjalankan

10.

Nelayan itu ___________ jalanya yang koyak.

a)

menjahit

b)

membasuh

c)

menggosok

d)

menyirat

11.

Sila __________ kawasan ini.

a)

mengosong

b)

kosongkan

c)

dikosong

d)

kosonh

12.

Poskad itu saya ____________ kepada kakak yang tinggal di luar negara.

a)

kirimkam

b)

bacakan

c)

hantarkan

d)

serahkan

13.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu telah _________.

a)

alihan

b)

dialihkan

c)

peralihan

d)

mengalihkan

14.

Tidak __________ adik kotak yang berat itu.

a)

mengangkat

b)

diangkatkan

c)

terangkat

d)

berangkat

15.

"Tolong _________ ibu air," pinta Puan Rahmah kepada anaknya.

a)

ambilkan

b)

serahkan

c)

hantarkan

d)

kirimkan

16.

Murni membersihkan kelas dengan menggunakan _________.

a)

menyapu

b)

penyapu

c)

sapuan

d)

sapukan

17.

Bola __________ ke gawang gol dengan kencang.

a)

ditumbuk

b)

dilayang

c)

disepak

d)

dihantar

18.

Hasmila _________ di Universiti Putra Malaysia.

a)

diajar

b)

belajar

c)

pelajaran

d)

mempelajari

19.

Haikal __________ lukah di tali air untuk mendapatkan ikan puyu dan ikan haruan.

a)

penahanan

b)

menahan

c)

tertahan

d)

ditahan

20.

Lukisan __________ jalanan itu sungguh cantik dan kelihatan hidup.

a)

dilukis

b)

pelukis

c)

terlukis

d)

melukis

21.

Pengunjung yang bercuti di Pulau Tioman tidak akan melepaskan peluang untuk __________ di lautnya yang biru itu.

a)

perenang

b)

berenang

c)

merenangi

d)

merenangkan

22.

Encik Khairul segera mendapatkan __________ awal apabila beliau disahkan menghidap diabetes.

a)

jururawat

b)

merawat

c)

rawatan

d)

dirawat

23.

Encik Robert tidak dapat meneruskan _________ silap mata itu kerana masalah kesihatan.

a)

tunjukkan

b)

ditunjukkan

c)

pertunjukan

d)

menunjukkan

24.

Setiap hari, Amirul dan adiknya _________ basikl ke sekolah.

a)

tunggang

b)

penunggang

c)

menunggang

d)

ditunggang

25.

Setelah air mendidih, ibu __________ ketupat itu ke dalam periuk satu per satu.

a)

masukkan

b)

memasuki

c)

kemasukan

d)

memasukkan

26.

Jika cuaca baik, para nelayan pasti akan memperoleh hasil __________ yang banyak.

a)

menangkap

b)

tertangkap

c)

tangkapan

d)

ditangkap

27.

Wang __________ derma kilat itu akan diberikan kepada keluarga yang ditimpa bencana.

a)

dikutip

b)

kutipan

c)

mengutip

d)

pengutipan

28.

Kes __________ yang berlaku di pasar raya itu melibatkan kerugian beratus-ratus ribu ringgit.

a)

rompakan

b)

merompak

c)

perompak

d)

dirompak

29.

Kaki adik luka akibat __________ paku di belakang rumah.

a)

dipijak

b)

pijakan

c)

terpijak

d)

memijak

30.

Ayah __________ sepasang subang kepada kakak bersempena dengan ulang tahun kelahiran kakak.

a)

dibeli

b)

terbeli

c)

membeli

d)

membelikan

31.

Kami tidak melepaskan peluang mendaki Gunung Kinabalu semasa ___________ ke Sabah.

a)

kunjungan

b)

dikunjungi

c)

berkunjung

d)

mengunjungi

32.

Para penduduk sedang _________ jalan di Kampung Senai secara gotong-royong.

a)

pelebaran

b)

dilebarkan

c)

memperlebar

d)

memperlebarkan

33.

Pantai itu kotor kerana sikap para pengunjung yang _________ sampah di merata-rata tempat.

a)

membuang

b)

pembuang

c)

terbuang

d)

dibuang

34.

Pemuda yang panjang tangan itu tidak _________ bahawa mata-mata pasar raya sedang memerhatikan gerak-gerinya.

a)

disedari

b)

tersedar

c)

menyedari

d)

menyedarkan

35.

Penyajak itu mendeklamasikan sajaknya dengan __________ oleh alunan gesekan biola yang mengasyikkan.

a)

pengiring

b)

pengiringan

c)

diiringi

d)

mengiringi

36.

Jumlah spesies harimau Sumatera yang terdapat di Asia Tenggara semakin ___________.

a)

terkecil

b)

mengecil

c)

pengecilan

d)

mengecilkan

37.

Hasrat Pak Seman untuk membuka sebuah bengkel __________ khat akhirnya tercapai.

a)

diukir

b)

ukiran

c)

berukir

d)

terukir

38.

Para pekerja sedang __________ parit di kawasan itu bagi mengelakkan banjir kilat berlaku.

a)

mendalami

b)

diperdalam

c)

memperdalam

d)

memperdalamkan

39.

Pihak polis akan ____________ gerakan bagi menjejaki kumpulan penculik yang semakin aktif itu.

a)

menghebatkan

b)

memperhebat

c)

menghebati

d)

memperhebatkan

40.

Cikgu Ramli ___________ teknik mudaj menyelesaikan masalah Matematik kepada murid-muridnya.

a)

dilihatkan

b)

terlihatkan

c)

memperlihat

d)

memperlihatkan

41.

__________ murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah dalam peperiksaan UPSR yang lalu agak membanggakan.

a)

Pencapaian

b)

Mencapai

c)

Dicapai

d)

Capaian

42.

Kelima-lima orang murid yang nakal itu dikenakan tindakan __________ atas kesalahan membuli dan memeras ugut.

a)

tatacara

b)

tatasusila

c)

tatatertib

d)

tatabahasa

43.

Kuih yang tidak _________ di atas meja itu dihinggapi lalat.

a)

bertutup

b)

penutup

c)

menutup

d)

penutupan

44.

Siew Bee ___________ ibunya sepasang kebaya nyonya yang cantik.

a)

dihadiahkan

b)

menghadiahkan

c)

menghadiahi

d)

hadiahkan

45.

Aktiviti gotong-royong bukan sahaja meringankan beban kerja malah dapat __________ perpaduan masyarakat.

a)

dieratkan

b)

pengerat

c)

keeratan

d)

mengeratkan

46.

Pasukan bantuan __________ akan dihantar ke tempat kejadian bot karam itu secepat mungkin.

a)

ditambah

b)

tambahan

c)

menambah

d)

penambahan

47.

Bas pekerja itu tersadai di tepi jalan kerana mengalami ___________ enjin.

a)

dirosakkan

b)

kerosakan

c)

merosakkan

d)

perosak

48.

Aizat dimarahi ibunya kerana __________ lantai rumah yang baru sahaja selesai dibersihkan.

a)

mengotori

b)

dikotorkan

c)

kekotoran

d)

mengotorkan

49.

Kedua-dua orang tuanya baru sahaja selesai __________ haji pada tahun ini.

a)

bekerja

b)

dikerjakan

c)

mengerjakan

d)

pekerjaan

50.

Saya telah ___________ datuk dan nenek di kampung semasa cuti pertengahan tahun yang lalu.

a)

dikunjungi

b)

berkunjung

c)

kunjungan

d)

mengunjungi

51.

Kilang-kilang di kawasan itu __________ asap yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

a)

melepaskan

b)

dilepaskan

c)

pelepasan

d)

kelepasan

52.

___________ atlet itu disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar.

a)

Pulangan

b)

Memulangkan

c)

Pemulangan

d)

Kepulangan

53.

Jasa dan __________ anggota keselamatan negara sentiasa dihargai.

a)

dikorbankan

b)

terkorban

c)

mengorbankan

d)

pengorbanan

54.

Pemain yang tercedera itu terpaksa __________ keluar padang.

a)

dipapah

b)

papahan

c)

memapah

d)

berpapah

55.

Gunakanlah ___________ awam yang disediakan dengan sebaik-baiknya.

a)

pemudahan

b)

mempermudah

c)

permudah

d)

kemudahan

56.

Razif ___________ semasa pulang dari sekolah.

a)

dihujani

b)

kehujanan

c)

menghujani

d)

menghujankan

57.

__________ tentang isu itu akan disiarkan secara langsung di televisyen pada malam ini.

a)

Dibahaskan

b)

Pembahas

c)

Perbahasan

d)

Bahasan