NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU - KATA BILANGAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
________ buah rumah tenggelam dalam banjir itu.
Beramai-ramai
Berpuluh-puluh
Berkotak-kotak
Berjuta-juta
Gadis bertudung itu akan menunggu teksi di situ ________ pagi.
tiap-tiap
setengah
beberapa
sekalian
_________ daripada kek itu akan dibahagikan kepada kawan-kawan Alia.
Setiap
Seluruh
Dua pertiga
Sesetengah
Setiap pagi, jalan raya sesak kerana orang ramai menuju ke tempat kerja ________.
sendiri
tiap-tiap
beribu-ribu
masing-masing
Chong memberikan makanan kepada ________ anak ikan emas itu.
para
separuh
kelima-lima
dua pertiga
________ pelajar dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan bersih.
Semua
Seluruh
Sekalian
Sebahagian
Hampir ________ pengunjung menghadiri pameran automobil yang berlangsung sejak seminggu lalu.
semua
sekalian
sebilangan
sepuluh ribu
Bulan April mempunyai ________ hari.
tiga
tiga belas
tiga puluh
tiga ratus
Setelah diberikan _________ biji buah manggis, budak itu pun beredar dari situ.
beberapa
kedua
seluruh
pelbagai
Regu badminton negara telah berjaya mendapat tempat yang ________ dalam pertandingan badminton peringkat dunia.
ketiga-tiga
akhir
pertama
satu
Apabila Cikgu Karim masuk ke dalam kelas, murid-murid pun mengeluarkan buku Bahasa Melayu _________.
setiap
sebahagian
tiap-tiap
masing-masing
_________ daripada kawasan tanah di kawasan pedalaman telah dimajukan oleh kerajaan.
Tiga suku
Sedikit
Semua
Seluruh
_________ orang warga asing yang tinggal di rumah itu telah ditahan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.
Seorang
Beberapa
Seratus
Sebilangan
__________ kemudahah awam telah disediakan oleh pihak kerajaan, namun sesetengah orang tidak pandai untuk menghargainya.
Semua
Kesemua
Pelbagai
Banyak
Dalam pertandingan itu, Hisham hanya mampu menduduki tempat yang ke _________.
kedua
akhir
pertama
tiga
