wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU- MORFOLOGI

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Berikan satu penjodoh bilangan dalam ayat ini.

Ayah Puteri membeli beberapa naskhah buku baharu semalam.

a)

membeli

b)

baharu

c)

naskhah

2.

Pilih penjodoh bilangan dalam ayat ini. Syafikah telah memetik beberapa kuntum bunga melor di halaman rumahnya.

a)

beberapa

b)

kuntum

c)

di halaman

3.

Pilih penjodoh bilangan dalam ayat. Farhana telah menghadiahkan sebuah buku cerita kepada Farhan.

a)

Farhana

b)

sebuah

c)

kepada

4.

Pilih kata kerja transitif dalam ayat ini. Puan Rasyidah sanggup menggadaikan kalung emasnya untuk membeli telefon bimbit baharu.

a)

emas

b)

menggadaikan

c)

kalung

5.

Pilih kata kerja transitif dalam ayat ini. Liverpool telah berusaha sehabis baik untuk mempertahankan rekod kemenangan mereka dalam perlawanan bola semalam.

a)

mempertahankan

b)

perlawanan

c)

mereka

6.

Pilih kata kerja tak transitif dalam ayat ini. Sejak ditinggalkan oleh suaminya, Salmi bergantung hidup dengan menjual nasi lemak.

a)

ditinggalkan

b)

menjual

c)

dengan

7.

Pilih kata kerja tak transitif dalam ayat ini. Cikgu Safina menegaskan kepada anak muridnya supaya sentiasa berdisiplin.

a)

sentiasa

b)

menegaskan

c)

berdisiplin

8.

Pilih kata ganda dalam ayat ini. Sempena hari jadi Siti Qarynn, ayah menghiasi ruang tamu dengan belon-belon yang cantik.

a)

ruang tamu

b)

belon-belon

c)

cantik

9.

Pilih kata ganda dalam ayat ini. Puan Aminah telah menyediakan kuih-muih untuk jamuan sekolah anaknya.

a)

Puan Aminah

b)

jamuan sekolah

c)

kuih-muih

10.

Pilih kata ganda dalam ayat ini. Tanpa kerjasama daripada seluruh rakyat, cita-cita kerajaan hendak melahirkan masyarakat madani pasti menjadi sukar.

a)

cita-cita

b)

kerjasama

c)

masyarakat madani.

11.

Pilih kata ganda dalam ayat ini. Farisha membeli kuih onde-onde di warung Mak Limah.

a)

Mak Limah

b)

di warung

c)

onde-onde

12.

Pilih kata imbuhan awalan dalam ayat ini. India dan China membawa pengaruh besar kepada budaya tempatan.

a)

membawa

b)

pengaruh

c)

tempatan

13.

Pilih kata imbuhan awalan dalam ayat ini. Kerajaan cuba untuk mengawal harga tepung jagung, kerosin dan minyak masak demi maslahat rakyat yang berpendapatan rendah.

a)

maslahat

b)

mengawal

c)

kerosin

14.

Pilih kata imbuhan akhiran dalam ayat ini. Roti merupakan makanan ruji bagi masyarakat Barat.

a)

merupakan

b)

makanan

c)

ruji

15.

Pilih kata imbuhan akhiran dalam ayat ini. Jumlah kes jangkitan virus Covid-19 di Malaysia semakin meningkat akibat kecuaian rakyat.

a)

jangkitan

b)

kecuaian

c)

semakin

16.

Pilih kata hubung dalam ayat ini. Atika dan Sharifah sedang membersihkan kawasan rumah sewa mereka yang kotor itu.

a)

dan

b)

sedang

c)

itu

17.

Pilih kata hubung dalam ayat ini. Enisya berazam ingin membeli sebuah kereta mewah tetapi dilarang oleh suaminya.

a)

tidak

b)

tetapi

c)

sebuah

18.

Pilih kata hubung dalam ayat ini. Azlinah tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Faridah kerana kurang sihat sejak semalam.

a)

tidak

b)

kerana

c)

semalam

19.

Pilih kata hubung dalam ayat ini. Danial terpaksa membeli tiket bas yang mahal itu.

a)

yang

b)

mahal

c)

itu

20.

Pilih kata kerja dalam ayat ini. Masyarakat perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu demi kesihatan yang baik.

a)

bersenam

b)

masyarakat

c)

sekurang-kurangnya

21.

Pilih kata kerja dalam ayat ini. Ibu bapa perlu memupuk amalan menabung dalam jiwa anak-anak.

a)

ibu bapa

b)

memupuk

c)

jiwa

22.

Pilih kata majmuk dalam ayat ini. Kunci utama dalam sesebuah masyarakat yang berjaya ialah kerjasama antara satu sama lain.

a)

kunci utama

b)

kerjasama

c)

antara satu sama lain

23.

Pilih kata majmuk dalam ayat ini. Hazirah menggubah sejambak bunga orkid di dalam pasu itu untuk dijadikan sebagai latar belakang dinding ruang tamu.

a)

sejambak bunga

b)

latar belakang

c)

pasu itu

24.

Pilih kata pinjaman dalam ayat ini. Rakyat ingin melihat transformasi negara kita dengan pemilihan kerajaan yang baharu ini.

a)

rakyat

b)

transformasi

c)

baharu

25.

Pilih kata pinjaman dalam ayat ini. Komputer boleh mengembangkan daya kreatif seseorang itu hingga ke satu peringkat yang hampir tiada hadnya.

a)

kreatif

b)

komputer

c)

hadnya

26.

Pilih kata adjektif dalam ayat ini. Siti tidak jadi untuk membeli pakaian itu setelah melihat harganya yang mahal itu.

a)

untuk

b)

harga

c)

mahal

27.

Pilih kata adjektif dalam ayat ini. Raja Shahirah merupakan seorang gadis cantik yang sangat ramah.

a)

gadis

b)

ramah

c)

sangat

28.

Pilih kata sendi nama dalam ayat ini. Baju kemeja baru itu akan dihadiahkannya kepada Cikgu Azireah sempena Hari Guru.

a)

dihadiahkannya

b)

kemeja

c)

kepada

29.

Pilih kata bantu dalam ayat ini. Pemenang bagi pertandingan Tilawah al-Quran tahun ini akan diumumkan sebentar lagi.

a)

akan

b)

diumumkan

c)

sebentar

30.

Pilih kata penguat dalam ayat ini. Kerjasama antara kerajaan dengan masyarakat majmuk amat penting bagi meningkatkan kemajuan negara ini.

a)

antara

b)

dengan

c)

amat