Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Akaun Kawalan

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan Akaun Kawalan Disediakan?

a)

Untuk menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan

b)

Untuk mengawal aliran masuk dan aliran keluar tunai perniagaan

c)

Untuk menyemak ketepatan catatan dalam Akaun belum terima dan Akaun belum bayar

d)

Untuk mengemaskini catatan urus niaga dalam Akaun belum terima dan Akaun belum bayar

2.

Antara yang berikut, manakah sumber rujukan Akaun Kawalan Belum Bayar?

(pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Jurnal am

b)

Jurnal belian

c)

Lejar Subsidiari

d)

Buku tunai runcit

3.

Diskaun diterima yang dicatat dalam Akaun Kawalan Belum Bayar diperolehi daripada........

a)

Jurnal belian

b)

Buku tunai

c)

Jurnal pulangan belian

d)

Buku tunai runcit

4.

Pernyataan manakah yang menerangkan sebab Akaun Kawalan Belum Bayar berbaki debit?

a)

Perniagaan terkurang bayar kepada pembekal

b)

Pembekal terlebih bayar kepada perniagaan

c)

Perniagaan memulangkan barang selepas akaun dijelaskan

d)

Perniagaan memulangkan barang sebelum akaun dijelaskan

5.

Antara yang berikut yang manakah tidak dicatatkan dalam akaun kawalan?

a)

Belian Kredit

b)

Diskaun diterima

c)

Jualan Tunai

6.

Butiran manakah terdapat dalam Akaun Kawalan Belum Bayar?

a)

Pulangan masuk

b)

Diskaun diterima

c)

Hutang lapuk

d)

Jualan

7.

Apakah sumber rujukan bagi butir diskaun diberi dibatalkan?

a)

Jurnal Belian

b)

Jurnal Pulangan Belian

c)

Jurnal Am

d)

Buku Tunai

8.

Jurnal manakah yang merupakan sumber maklumat bagi Akaun Kawalan Belum Terima?


I Jurnal Am

II Jurnal Jualan

III Jurnal Belian

IV Jurnal Pulangan Belian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah yang menyebabkan Akaun Kawalan Belum Terima berbaki kredit?

a)

Perniagaan terlebih bayar kepada Akaun Belum Terima

b)

Akaun Belum Terima terkurang bayar kepada perniagaan

c)

Akaun Belum Terima memulangkan barang selepas akaun dijelaskan

d)

Akaun Belum Terima memulangkan barang sebelum akaun dijelaskan

10.

Catatan kontra dalam Akaun Kawalan akan

a)

Mengurangkan baki hutang antara pemilik dengan Akaun Belum Bayar perniagaan

b)

Mengurangkan baki hutang antara Akaun Belum Terima dengan Akaun Belum Bayar perniagaan

c)

Menambah baki hutang antara pemilik dengan Akaun Belum Terima perniagaan

d)

Menambahkan baki hutang antara Akaun Belum Terima dengan Akaun Belum Bayar perniagaan

11.

Akaun Kawalan Belum Terima diklasifikasikan sebagai?

a)

Aset

b)

Liabiliti

c)

Ekuiti

12.

Pulangan jualan akan direkodkan didalam Akaun Kawalan Belum Terima dibahagian?

a)

Debit kerana meningkatkan hutang

b)

Debit kerana mengurangkan hutang

c)

Kredit kerana meningkatkan hutang

d)

Kredit kerana mengurangkan hutang

13.

Antara butir-butir yang berikut, manakah yang dicatatkan dalam Akaun Kawalan Belum Bayar?

I Angkutan keluar

II Pulangan keluar

III Diskaun diterima

IV Belian (tunai)

a)

II dan III

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

14.

Antara item berikut, yang manakah tidak dicatatkan dalam Akaun Kawalan Belum Terima ?

a)

Diskaun diterima

b)

Bayaran cek kepada Akaun Belum Bayar

c)

Belian tunai

d)

Pulangan keluar

15.

Antara berikut, yang manakah ialah sumber maklumat bagi catatan dalam Akaun Kawalan Belum Terima?

I Jurnal jualan

II Jurnal pulangan jualan

III Buku tunai

IV Jurnal am

a)

I dan II

b)

III sahaja

c)

I, II dan III

d)

Semua