wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Novel Jendela Menghadap Jalan

Total questions: 22

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan nama watak yang terdapat dalam Novel Jendela Menghadap Jalan,KECUALI...

a)

Lili

b)

Datuk Abdul Rahim

c)

Geetha

d)

Haziq dan Rafiq

e)

Hajah Aisyah Tan Abdullah

2.

Apakah tema Novel Jendela Menghadap Jalan.

a)

Kesabaran seorang gadih menempuh pelbagai dugaan dan cabaran hidup.

b)

Ketabahan seorang gadis menempuh pelbagai dugaan dan cabaran hidup.

c)

Kecekalan seorang gadis menempuh pelbagai dugaan dan cabaran hidup.

d)

Keprihatinan seorang gadis terhadap isu sekeliling.

3.

Siapakah watak yang kurang yakin dengan ubat tradisional yang disediakan oleh datuk?

a)

Haji Abdul Rahman

b)

Hajah Aisyah Tan Abdullah

c)

Abang Rashid

d)

Anak William

4.

Anak Remaja Berumur Belasan Tahun

-Menduduki PMR

-Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah

-Memulas Tangan Lalu Menculik Lili

-Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukannya Di Leher Lili

-Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik

Siapakah watak yang dimaksudkan?

a)

Haziq dan Hafiz

b)

Raziq dan Rizqi

c)

Rafiq dan Haziq

d)

Geetha dan Danel

5.

Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. Latar yang terdapat dalam petikan ialah..?

a)

Masyarakat yang prihatin terhadap isu sekeliling

b)

Masyarakat yang tidak bertanggungjawab

c)

Masyarakat yang suka berprasangka buruk tentang orang lain.

d)

Masyarakat yang baik hati dan penyayang

6.

Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. Latar yang terdapat dalam petikan ialah..?

a)

Masyarakat yang prihatin terhadap isu sekeliling

b)

Masyarakat yang tidak bertanggungjawab

c)

Masyarakat yang suka berprasangka buruk tentang orang lain.

d)

Masyarakat yang baik hati dan penyayang

7.

Nenek memberitahu Lili bahawa orang Kampung suka bermuka-Muka. Mereka juga suka mengumpat walaupun melalui jendela. Masyarakat yang digambarkan ialah masyarakat yang..?

a)

Masyarakat yang hidup berjiran

b)

Suka mengambil tahu hal keluarga orang lain

c)

Masyarakat yang saling memahami

d)

Masyarakat yang hidup berjiran

8.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah..?

a)

Kedai Runcit Letchumi, Kedai Runcit Ah Kwan dan Kedai Runcit Lili

b)

Balai Raya, Pekan Saratok dan Dungun

c)

Daerah asal ibu Lili, Pekan Sejahtera dan Masjid Aman Jaya

d)

Pekan Sentosa, Masjid dan Bendang

9.

Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit. Latar masa yang terdapat dalam petikan ialah..?

a)

Pukul 7 pagi

b)

Waktu pagi

c)

Menjelang waktu Isyak

d)

Waktu tengah hari

10.

Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah..?

a)

Nilai Tanggungjawab

b)

Nilai jati diri

c)

Nilai kerjasama

d)

Nilai kerajinan

11.

Pernyataan manakah yang menggambarkan mengenai nilai baik hati?

a)

Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.

b)

Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

c)

Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya

d)

Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.

12.

berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan, KECUALI

a)

Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.

b)

Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.

c)

Kita hendaklah hidup dalam harmoni supaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.

d)

Kita hendaklah bersikap setia terhadap pasangan kita supaya hidup aman harmoni

13.

Lili berbincang dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk. Teknik penulisan yang terdapat dalam petikan ialah..?

a)

Teknik Monolog

b)

Teknik imbas kembali

c)

Teknik dialog

d)

Teknik pemerian

14.

Nyatakan contoh teknik penulisan saspens?

a)

Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.

b)

Pembaca tertanya-tanya tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.

c)

Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.

d)

Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.

15.

Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati. Jelaskan plot yang terdapat dalam petikan?

a)

Perkembangan

b)

Penutup

c)

Permulaan

d)

Konflik

16.

Jelaskan contoh konflik terhadap diri sendiri?

a)

Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.

b)

Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.

c)

Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.

d)

Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya

17.

• Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.

Pernyataan ini merujuk kepada teknik plot?

a)

Permulaan

b)

Perkembangan

c)

Konflik

d)

Klimaks/Kemuncak

18.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam Novel Jendela Menghadap Jalan,KECUALI..

a)

Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.

b)

Persoalan tentang kepentingan mempunyai simpanan. Lili dan Danel menyimpan duit yang ada bagi membantu datuk Lili mengusahakan perubatan tradisional. Malahan mereka juga turut berniaga kuih-muih yang dibuat oleh nenek Lili

c)

Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.

d)

Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.

19.

* Percaya perubatan moden

*Akrab dengan datuk

*Menulis artikel tentang buah pisang di tenom sabah

*Sering membantu nenek memasak

*Memasak menggunakan pisang


Ciri-ciri ini merujuk pada watak?

a)

Geetha

b)

William

c)

Danel

d)

Haziq dan Rafiq

20.

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.


Pernyataan ini merujuk pada bab.... dalam Novel Jendela Menghadap Jalan.

a)

Bab 9

b)

Bab 19

c)

Bab 29

d)

Bab 39

21.

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin ...................atau .....................


Pilih pernyataan yang sesuai dengan tempat kosong.

a)

membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.

b)

membina surau atau masjid.

c)

membina fasiliti kesihatan untuk kesejahteraan rakyat.

d)

membina deretan rumah kedai atau klinik kesihatan.

22.

Siapakah nama penulis Novel Jendela Menghadap Jalan?

a)

Ahmad Zahid

b)

Khairuddin Ayip

c)

Ruhaini Matdarin

d)

Khairul Azhar