Worksheets9.7 BM T4 : KEMAHIRAN MEMBACA (ANALISIS KARYA SASTERA)
Total questions: 15
Worksheet time: 3hrs 30mins
Di sebuah istana, ada seorang laksamana yang bernama Awang Kerdil. Awang Kerdil seorang yang setia dan sayang akan Sultan Mulia Alam. Walaupun badannya kerdil tetapi dia sangat berani dan bijak. Pada suatu hari, Awang Kerdil diarahkan untuk mengiringi puteri raja. Sewaktu di pertengahan jalan, mereka dihalang oleh gergasi. Pengawal-pengawal lain lari kecuali Awang Kerdil. Gergasi itu menangkap Awang Kerdil. Dengan pantas, Awang Kerdil menikam mata gergasi dengan kerisnya. Kisah kehebatan Awang Kerdil ini tersebar ke seluruh negeri.
Bagaimanakah Awang Kerdil menumpaskan gergasi tersebut?
Awang Kerdil menikam perut gergasi dengan kerisnya.
Awang Kerdil menikam tangan gergasi dengan kerisnya.
Awang Kerdil menikam mata gergasi dengan kerisnya.
Awang Kerdil menikam hati gergasi dengan kerisnya.
Pak Kaduk ada seekor ayam sabung yang handal berlawan. Pada suatu hari, raja ingin mengadakan pertandingan menyabung ayam. Pak Kaduk berasa teruja dan tidak sabar untuk menyertainya. Sebelum menyabung, raja mengajak Pak Kaduk untuk bertukar ayam dan menawarkan hadiah lumayan sekiranya dia menang. Tanpa berlengah Pak Kaduk terus bersetuju. Akhirnya, ayam Pak Kaduk menang. Pak Kaduk melompat riang. Namun, dia terlupa bahawa ayamnya sudah menjadi milik raja.
Apakah tawaran yang dibuat oleh raja kepada Pak Kaduk?
Raja menawarkan hadiah lumayan seperti sebidang tanah.
Raja menganugerahi Pak Kaduk pingat kebesaran jika menang.
Raja mengajak Pak Kaduk untuk bertukar ayam sabung.
Raja ingin menghadiahkan seekor ayam kepada Pak Kaduk.
Suatu hari, Raja Indera Mulia telah murka apabila barang perhiasannya hilang. Baginda kemudiannya menitahkan Pak Belalang untuk meniliknya. Pak Belalang mohon perkenan agar Raja Indera Mulia memberikannya sedikit masa. Setelah pulang ke rumah, dia menceritakan perkara ini kepada anaknya, Belalang. Suatu hari, ketika Belalang ke hutan, dia ternampak sebuah gua lalu masuk ke dalamnya. Dia terkejut apabila melihat banyak harta di dalam gua itu. Dia pulang dan menceritakan perkara itu kepada bapanya. Akhirnya, Pak Belalang memaklumkan pihak istana bahawa dia telah menjumpai harta kepunyaan Raja Indera Mulia yang hilang.
Siapakah yang menemui harta kepunyaan Raja Indera Mulia yang hilang?
Anak Pak Belalang
Raja Belalang
Raja Indera Mulia
Pak Belalang
Alkisah sebuah kerajaan duyung di dasar laut. Mereka diperintah oleh seorang raja yang mempunyai enam orang puteri. Suatu hari, ketika Puteri Duyung keluar bersiar-siar, tiba-tiba laut bergelora. Sebuah kapal telah dilambung ombak. Seorang putera raja jatuh ke laut dan hampir lemas. Puteri Duyung menyelamatkan putera itu dan membawanya ke pesisir pantai. Puteri Duyung jatuh cinta akan putera raja itu. Namun begitu, cintanya pasti mendapat tentangan daripada bapanya, Raja Duyung.
Mengapakah putera raja jatuh ke dalam laut dan hampir lemas?
Kapal yang dinaiki menyelamatkan Puteri Duyung yang lemas.
Kapal yang dinaiki telah karam ke dasar laut.
Kapal yang dinaiki dilambung ombak akibat laut yang bergelora.
Kapal yang dinaiki cuba menangkap Puteri Duyung.
Suatu hari, Aladdin mencari kelawar di dalam gua. Sewaktu berjalan tersepak sebuah teko kecil. Dia menggosok-gosok teko itu untuk membersihkannya. Tiba-tiba, muncul seekor jin. Jin itu bertanyakan tentang hajat Aladdin. Aladdin meminta untuk menjadi kaya. Kini, Aladdin menjadi seorang dermawan kerana rajin membantu orang yang miskin.
Di manakah jin itu tinggal?
Jin itu tinggal di dalam botol kaca.
Jin itu tinggal di dalam teko kecil.
Jin itu tinggal di dalam gua yang gelap.
Jin itu tinggal di dalam bilik kebal.
Di sebuah istana, ada seorang laksamana yang bernama Awang Kerdil. Awang Kerdil seorang yang setia dan sayang akan Sultan Mulia Alam. Walaupun badannya kerdil tetapi dia sangat berani dan bijak. Pada suatu hari, Awang Kerdil diarahkan untuk mengiringi puteri raja. Sewaktu di pertengahan jalan, mereka dihalang oleh gergasi. Pengawal-pengawal lain lari kecuali Awang Kerdil. Gergasi itu menangkap Awang Kerdil. Dengan pantas, Awang Kerdil menikam mata gergasi dengan kerisnya. Kisah kehebatan Awang Kerdil ini tersebar ke seluruh negeri.
Siapakah yang mengiringi puteri raja?
Awang Salim
Awang Keri
Awang Kerdil
Awang Mulia
Pada zaman dahulu, di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk seorang yang lurus dan baik hati. Pak Kaduk ada seekor ayam sabung yang handal berlawan. Pada suatu hari, raja ingin mengadakan pertandingan menyabung ayam. Pak Kaduk berasa teruja dan tidak sabar untuk menyertainya. Sebelum menyabung, raja mengajak Pak Kaduk untuk menukar ayam dan menawarkan hadiah lumayan sekiranya dia menang. Tanpa berlegah Pak Kaduk terus bersetuju. Akhirnya, ayam Pak Kaduk menang sabung, Pak Kaduk melompat riang dan dia terlupa bahawa ayamnya sudah menjadi milik raja. Malang sungguh nasib Pak Kaduk.
Siapakah yang menang dalam pertandingan tersebut?
Mak Siti
Raja
Pak Kaduk
Awang Kerdil
Suatu hari, Raja Indera Mulia telah murka apabila barang perhiasannya hilang. Baginda kemudiannya menitahkan Pak Belalang untuk meniliknya. Pak Belalang mohon perkenan agar Raja Indera Mulia memberikannya sedikit masa. Setelah pulang ke rumah, dia menceritakan perkara ini kepada anaknya, Belalang. Suatu hari, ketika Belalang ke hutan, dia ternampak sebuah gua lalu masuk ke dalamnya. Dia terkejut apabila melihat banyak harta di dalam gua itu. Dia pulang dan menceritakan perkara itu kepada bapanya. Akhirnya, Pak Belalang memaklumkan pihak istana bahawa dia telah menjumpai harta kepunyaan Raja Indera Mulia yang hilang.
Mengapakah Raja Indera Mulia murka?
Raja Indera Mulia murka kerana puteri bongsunya dilarikan penjahat.
Raja Indera Mulia murka kerana Pak Belalang mengingkari titahnya.
Raja Indera Mulia murka kerana barang perhiasannya hilang.
Raja Indera Mulia murka kerana istana telah ditawan musuh.
Alkisah sebuah kerajaan duyung di dasar laut. Mereka diperintah oleh seorang raja yang mempunyai enam orang puteri. Suatu hari, ketika Puteri Duyung keluar bersiar-siar, tiba-tiba laut bergelora. Sebuah kapal telah dilambung ombak. Seorang putera raja jatuh ke laut dan hampir lemas. Puteri Duyung menyelamatkan putera itu dan membawanya ke pesisir pantai. Puteri Duyung jatuh cinta akan putera raja itu. Namun begitu, cintanya pasti mendapat tentangan daripada bapanya, Raja Duyung.
Berapakah orang puteri Raja Duyung?
Empat
Enam
Lapan
Satu
Suatu hari, Aladdin mencari kelawar di dalam gua. Sewaktu berjalan tersepak sebuah teko kecil. Dia menggosok-gosok teko itu untuk membersihkannya. Tiba-tiba, muncul seekor jin. Jin itu bertanyakan tentang hajat Aladdin. Aladdin meminta untuk menjadi kaya. Kini, Aladdin menjadi seorang dermawan kerana rajin membantu orang yang miskin.
Aladdin ingin menjadi kaya.
Aladdin ingin tinggal di dalam gua.
Aladdin ingin berkahwin dengan puteri.
Aladdin tidak mahu menjadi kaya.
Di sebuah istana, ada seorang laksamana yang bernama Awang Kerdil. Awang Kerdil seorang yang setia dan sayang akan Sultan Mulia Alam. Walaupun badannya kerdil tetapi dia sangat berani dan bijak. Pada suatu hari, Awang Kerdil diarahkan untuk mengiringi puteri raja. Sewaktu di pertengahan jalan, mereka dihalang oleh gergasi. Pengawal-pengawal lain lari kecuali Awang Kerdil. Gergasi itu menangkap Awang Kerdil. Dengan pantas, Awang Kerdil menikam mata gergasi dengan kerisnya. Kisah kehebatan Awang Kerdil ini tersebar ke seluruh negeri.
Berdasarkan cerpen ini, apakah pengajaran yang diperoleh?
Kita perlulah berkawan dengan gergasi agar semua orang menjadi takut kepada kita.
Kita perlulah bersyukur dengan setiap kejadian dan ciptaan Tuhan.
Kita perlulah bersabar dalam menjalankan tugasan yang diberikan.
Kita perlulah berani bertindak demi menjalankan amanah yang diberikan.
Pada zaman dahulu, di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk seorang yang lurus dan baik hati. Pak Kaduk ada seekor ayam sabung yang handal berlawan. Pada suatu hari, raja ingin mengadakan pertandingan menyabung ayam. Pak Kaduk berasa teruja dan tidak sabar untuk menyertainya. Sebelum menyabung, raja mengajak Pak Kaduk untuk menukar ayam dan menawarkan hadiah lumayan sekiranya dia menang. Tanpa berlegah Pak Kaduk terus bersetuju. Akhirnya, ayam Pak Kaduk menang sabung, Pak Kaduk melompat riang dan dia terlupa bahawa ayamnya sudah menjadi milik raja. Malang sungguh nasib Pak Kaduk.
Berdasarkan cerpen ini, apakah pengajaran yang diperoleh?
Kita perlulah berani berdepan dengan masalah supaya boleh menempuhi hidup dengan mudah.
Kita perlulah mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang tinggi agar dihormati oleh masyarakat.
Kita perlulah berfikir secara rasional sebelum membuat sesuatu keputusan agar tidak mudah diperdaya.
Kita perlulah bersikap setia kepada pemimpin serta sanggup berkorban harta dan nyawa.
Suatu hari, Raja Indera Mulia telah murka apabila barang perhiasannya hilang. Baginda kemudiannya menitahkan Pak Belalang untuk meniliknya. Pak Belalang mohon perkenan agar Raja Indera Mulia memberikannya sedikit masa. Setelah pulang ke rumah, dia menceritakan perkara ini kepada anaknya, Belalang. Suatu hari, ketika Belalang ke hutan, dia ternampak sebuah gua lalu masuk ke dalamnya. Dia terkejut apabila melihat banyak harta di dalam gua itu. Dia pulang dan menceritakan perkara itu kepada bapanya. Akhirnya, Pak Belalang memaklumkan pihak istana bahawa dia telah menjumpai harta kepunyaan Raja Indera Mulia yang hilang.
Berdasarkan cerpen ini, apakah pengajaran yang diperoleh?
Kita perlulah mempunyai kekuatan fizikal agar dihormati oleh masyarakat.
Kita perlulah bertindak bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Kita perlulah menjadi seorang yang berharta agar disayangi masyarakat.
Kita perlulah bersikap ikhlas dalam membantu golongan yang memerlukan.
Alkisah sebuah kerajaan duyung di dasar laut. Mereka diperintah oleh seorang raja yang mempunyai enam orang puteri. Suatu hari, ketika Puteri Duyung keluar bersiar-siar, tiba-tiba laut bergelora. Sebuah kapal telah dilambung ombak. Seorang putera raja jatuh ke laut dan hampir lemas. Puteri Duyung menyelamatkan putera itu dan membawanya ke pesisir pantai. Puteri Duyung jatuh cinta akan putera raja itu. Namun begitu, cintanya pasti mendapat tentangan daripada bapanya, Raja Duyung.
Berdasarkan cerpen ini, apakah pengajaran yang diperoleh?
Kita perlulah bersikap jujur dalam menyatakan sesuatu perkara dengan orang lain.
Kita perlulah bekerjasama dengan pihak pemimpin agar negara dalam keadaan harmoni.
Kita perlulah bersikap prihatin dalam membantu orang yang dalam kesusahan.
Kita perlulah saling membantu agar dapat menyelesaikan tugasan dengan cepat.
Suatu hari, Aladdin mencari kelawar di dalam gua. Sewaktu berjalan tersepak sebuah teko kecil. Dia menggosok-gosok teko itu untuk membersihkannya. Tiba-tiba, muncul seekor jin. Jin itu bertanyakan tentang hajat Aladdin. Aladdin meminta untuk menjadi kaya. Kini, Aladdin menjadi seorang dermawan kerana rajin membantu orang yang miskin.
Berdasarkan cerpen ini, apakah pengajaran yang diperoleh?
Kita perlulah saling menghormati antara satu sama lain agar hidup aman harmoni.
Kita perlulah bersikap ikhlas agar hubungan sesama manusia lebih baik.
Kita perlulah mempunyai semangat patriotisme agar negara sentiasa dalam keadaan aman.
Kita hendaklah bersikap baik hati dalam membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
