wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Bab 4 Tingkatan 4 Siri 2

Total questions: 10

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud bahagian fungsian?

a)

Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi

b)

Bahagian yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi

c)

Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk bahagian tersebut

d)

Sebahagian dalam organisasi perniagaan yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut

2.

Pernyataan manakah yang merupakan aspek penting yang ditunjukkan oleh carta organisasi?

a)

Pembahagian kuasa

b)

Pengasingan kuasa

c)

Pembahagian kerja

d)

Pengkhususan kerja

3.

Maklumat berikut menunjukkan suatu peringkat dalam pengurusan.


Encik Goh bertanggungjawab ke atas semua operasi dan aktiviti dalam sesebuah organisasi. Semua aktiviti yang dijalankan dalam organisasi perlu dilaporkan kepada dia.


Apakah peringkat pengurusan bagi Encik Goh?

a)

Pengurusan atasan

b)

Pengurusan bawahan

c)

Pengurusan sederhana

d)

Pengurusan pertengahan

4.

Pernyataan manakah yang merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

b)

Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi

c)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

d)

Merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi

5.

Pernyataan manakah yang tepat tentang tujuan bahagian fungsian sumber manusia?

a)

Menjawab pertanyaan pelanggan

b)

Memastikan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran mencukupi

c)

Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang berkemahiran

d)

Menyediakan pakar untuk memberikan maklumat mengikut kehendak pelanggan

6.

Hubungan dan interaksi dengan organisasi luar terdiri daripada .........................

4 lines
7.

Bahagian fungsian yang manakah terdapat dalam organisasi perniagaan?

a)

Kewangan

b)

Pengiraan kewangan

c)

Perancangan kewangan

d)

Perakaunan dan kewangan

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan dokumen yang digunakan oleh sebuah bahagian fungsian.


* Invois belian

* Nota kredit

* Keratan cek

* Resit diterima


Apakah bahagian fungsian yang menggunakan dokumen di atas?

a)

Perakaunan

b)

Kewangan

c)

Pembelian

d)

Pembiayaan

9.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan bahagian fungsian kewangan?

a)

Mengawal kewangan setiap bahagian

b)

Menyimpan data atau maklumat tentang kewangan organisasi

c)

Mencipta perisian untuk digunakan dalam urusan kewangan

d)

Memperkenalkan sistem baharu untuk pengurusan kewangan

10.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kawalan selepas?

a)

Memastikan bahan mentah yang dipesan mempunyai kuantiti yang betul

b)

Memastikan pekerja mempunyai kemahiran dalam mengoperasikan mesin

c)

Memastikan peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran dapat berfungsi yang baik

d)

Memastikan produk yang siap dihasilkan diperiksa terdahulu sebelum dihantar ke pasaran untuk dijual