wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang sesuai


1. Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat ____________ kerana hujan turun dengan lebatnya

a)

berteduh

b)

bernaung

c)

bermalam

d)

bersembunyi

2.

Pilih jawapan yang sesuai


2. Polis dan tentera bersiap sedia untuk mengawal keadaan yang semakin ____________ itu

a)

getir

b)

keruh

c)

bising

d)

genting

3.

Pilih jawapan yang sesuai


soalan ketiga berdasarkan gambar berikut


Mereka ___________ Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan

a)

melukiskan

b)

mewarnakan

c)

mengibarkan

d)

menggantungkan

4.

Pilih jawapan yang sesuai


4. Pasar Raya Super Jimat akan membuat _______________ harga barangan secara besar-besaran sempena Hari Krismas.

a)

turunan

b)

menurun

c)

keturunan

d)

penurunan

5.

Pilih jawapan yang sesuai


5. Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber telah ditubuhkan _____________________ membanteras jenayah penipuan atas talian yang semakin berleluasa.

a)

bagi

b)

pada

c)

oleh

d)

tentang

6.

Pilih jawapan yang sesuai


6. Pokok-pokok padi yang ________________ ditiup angin itu telah menimbulkan suasana yang nyaman.

a)

berkibar-kibar

b)

berlambai-lambai

c)

bergoyang-goyang

d)

berlenggok-lenggok

7.

Pilih jawapan yang sesuai


7. Akibat sikapnya yang ________________ batas, Syahir tidak dibenarkan pergi ke mana-mana tanpa persetujuan bapanya.

a)

terlampau

b)

melampau

c)

melampaui

d)

melampau-lampau

8.

Pilih jawapan yang sesuai


8. Buku yang memuatkan pelbagai kisah kejayaan ____________ terkemuka itu mendapat sambutan daripada ahli perniagaan.

a)

wartawan

b)

usahawan

c)

karyawan

d)

budayawan

9.

Pilih jawapan yang sesuai


9. Pelbagai jenis bahan bacaan terdapat di perpustakaan, ________________ para murid tidak memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.

a)

walaupun

b)

malahan

c)

bahkan

d)

namun

10.

Pilih jawapan yang sesuai


10. Pasukan _________________ dari Malaysia telah berlepas ke Indonesia untuk membantu mangsa tsunami.

a)

negarawan

b)

setiakawan

c)

sukarelawan

d)

cendekiawan

11.

Pilih jawapan yang sesuai


11. Mereka sudah berusaha dengan _______________ dalam perlawanan itu tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila kalah dengan juara bertahan itu.

a)

seelok-eloknya

b)

sebaik-baiknya

c)

setidak-tidaknya

d)

sekurang-kurangnya

12.

Pilih jawapan yang sesuai


12. Doktor telah menjalankan ______________ terhadap kanak-kanak itu untuk mengetahui penyakit yang dihidapinya.

a)

penyelidikan

b)

pemeriksaan

c)

pengkajian

d)

penelitian

13.

Pilih jawapan yang sesuai


13. Kaunter itu ditutup pada waktu rehat dan ______________ pertanyaan tidak akan dilayan.

a)

segala

b)

beberapa

c)

seluruh

d)

sekalian

14.

Pilih jawapan yang sesuai

14. Puan Zara ______________ kanak-kanak itu seperti anaknya sendiri.

a)

pelakuan

b)

kelakuan

c)

melakukan

d)

memperlakukan

15.

Pilih jawapan yang sesuai


15. ____________kah yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti?" tanya Cikgu Umie kepada Mira

a)

"Apa

b)

"Bila

c)

"Mana

d)

"Siapa

16.

Pilih jawapan yang sesuai


16. Semua warga sekolah bersedih atas persaraan Pengetua itu kerana ____________________ seorang yang ramah dan baik hati.

a)

dia

b)

kalian

c)

beliau

d)

baginda

17.

Pilih jawapan yang sesuai


17. Pekerja-pekerja kilang itu tidak mahu bersurai __________________ mereka tidak menerima tunggakan gaji daripada majikan.

a)

selagi

b)

malahan

c)

walaupun

d)

tambahan

18.

Pilih jawapan yang sesuai


18. Wajah Pak Rahmat ___________________ apabila melihat hasil tangkapan yang diperolehnya pada petang itu.

a)

berseri-seri

b)

berkilau-kilau

c)

berpinar-pinar

d)

bercahaya-cahaya

19.

Pilih jawapan yang sesuai


19. Sempena promosi hujung tahun, pelbagai _________________ komputer dijual dengan harga yang murah di kedai itu.

a)

beralat

b)

dialatkan

c)

peralatan

d)

memperalatkan

20.

Pilih jawapan yang sesuai

20. "Kalian boleh bersurai sekiranya tiada ______________ soalan," kata Cikgu Zakuan.

a)

apa

b)

siapa

c)

apa-apa

d)

mana-mana

21.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan taip jawapan yang betul pada ruang jawapan di bawah. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


21. Puan Norila telah membuat temu janji dengan Cikgu Nadia untuk berbincang tentang masalah pelajaran anaknya di sekolah.

(a)  

22.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan taip jawapan yang betul pada ruang jawapan di bawah. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


22. Rizalman diberi tanggungjawab menyediakan pakaian untuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

(a)  

23.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan taip jawapan yang betul pada ruang jawapan di bawah. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


23. Pihak berkuasa telah berjaya menyelesaikan beberapa kes-kes pecah rumah dan samun di kawasan perumahan itu.

(a)  

24.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan taip jawapan yang betul pada ruang jawapan di bawah. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


24. Buku rujukan itu sudah saya pulangkan ke pustakawan pada hari semalam.

(a)  

25.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan taip jawapan yang betul pada ruang jawapan di bawah. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


25. Kebanyakan para pelanggan sangat berpuas hati dengan kelazatan makanan di Restoran Fashira.

(a)  

26.

26. Lihat gambar berikut dengan telitinya. Berdasarkan pasangan gambar tersebut, taip satu peribahasa yang sesuai.

(a)  

27.

27. Lihat gambar berikut dengan telitinya. Berdasarkan pasangan gambar tersebut, taip satu peribahasa yang sesuai.

(a)  

28.

28. Berdasarkan pantun di dalam gambar, maksud sungguh hitam dipandang lawa ialah

a)

orang jahat berubah menjadi baik.

b)

tidak memandang rendah kepada seseorang yang mempunyai kekurangan.

c)

orang yang kurang cerdik kadang-kadang bijak juga

d)

walaupun mempunyai kekurangan seseorang itu tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.

29.

29. Berdasarkan pantun di dalam gambar, Antara yang berikut merupakan bentuk-bentuk sajak di atas, kecuali

a)

mempunyai lima rangkap

b)

berbentuk tidak terikat atau bebas

c)

mempunyai antara lapan hingga sebelas suku kata

d)

bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama

30.

30. Berdasarkan pantun di dalam gambar, Dalam rangkap keempat. Apakah faktor seseorang itu mengalami kegagalan?

a)

Banyak berbual daripada bekerja

b)

Tidak mahu berusaha dan berikhtiar

c)

Hanya melakukan sesuatu pekerjaan selepas disuruh

d)

Banyak tidur daripada membuat sesuatu perkara yang berfaedah