wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 9 T5: Dasar Luar Malaysia

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan utama Malaysia melaksanakan dasar luar?

a)

Memastikan negara aman

b)

Memastikan hubungan dengan negara lain sentiasa erat

c)

Memenuhi keperluan dan kepentingan negara

d)

Berusaha setanding dengan negara lain

2.

▪ P’an-p’an ▪ Langkasuka ▪ Chih-t’u

Bagaimanakah cara kerajaan-kerajaan awal di atas menjalin hubungan dengan negara China?

a)

Menghantar warkah

b)

Menghantar utusan

c)

Membayar ufti

d)

Menghantar wakil pembesar

3.

▪ China ▪ Ryukyu ▪ Siam

Apakah bentuk hubungan antara Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan-kerajaan di atas?

a)

Hubungan ekonomi

b)

Hubungan perdagangan

c)

Hubungan politik

d)

Hubungan diplomatik

4.

Mengapakah hubungan luar sangat penting kepada Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15?

a)

Mengekalkan penguasaan terhadap aktiviti perdagangan di Selat Melaka.

b)

Memastikan Melaka kekal sebagai kuasa besar dalam Kepulauan Melayu.

c)

Menjadikan Melaka sebuah kerajaan termashyur.

d)

Mengelakkan Melaka dikuasai oleh kuasa asing.

5.

"Menggubal dasar luar serta menjaga kepentingan nasional Malaysia"

Penyataan berikut ialah peranan bagi

a)

Kementerian Luar Negara

b)

Wisma Putra

c)

Jabatan Perdana Menteri

d)

Kementerian Pertahanan

6.

Bagaimanakah hubungan Malaysia dengan negara-negara Arab terjalin?

a)

Melalui ikatan keagamaan

b)

Melalui ikatan perdagangan

c)

Melalui ikatan diplomatik

d)

Melalui ikatan nasional

7.

Berikut ialah negara yang menjalin hubungan dengan Malaysia melalui ikatan sejarah dan budaya serantau

a)

Thailand

b)

Turki

c)

Belanda

d)

Indonesia

8.

Apakah kepentingan Malaysia menjaga hubungan baik dengan negara luar?

a)

Mengukuhkan ekonomi negara

b)

Menjamin kedudukan Malaysia di mata dunia

c)

Memelihara keamanan sejagat

d)

Menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar negara

9.

Gambar di atas ialah logo Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). Apakah matlamat penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

a)

Mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia

b)

Mengukuhkan ekonomi negara anggota

c)

Memelihara nasib negara bergolak

d)

Mewujudkan kerjasama ekonomi

10.

WHO (World Health Organization) ialah pertubuhan untuk menyelesaikan isu berkaitan

a)

Ekonomi

b)

Politik

c)

Kesihatan

d)

Pendidikan

11.

"Menjaga dan melindungi golongan pelarian serta golongan yang tidak bernegara"

Pertubuhan yang bertanggungjawab ke atas perkara berikut ialah

a)

FOA

b)

UNCHR

c)

WHO

d)

UNESCO

12.

Hasil penglibatan aktif Malaysia dengan UNESCO, Gunung Mulu dan Taman Kinabalu telah diiktiraf sebagai

a)

Tempat pelancongan utama dunia

b)

Kawasan larangan teroka

c)

Rizab kerajaan

d)

Tapak Warisan Dunia

13.

Mengapa Malaysia mengambil langkah membenarkan pelarian tinggal sementara di negara ini?

a)

Tidak pernah menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951

b)

Telah mengadakan perjanjian dengan negara lain

c)

Mengadakan usahasama membantu pelarian

d)

Menandatangani memorandum Pelarian Antarabangsa

14.

*Congo

*Namibia

*Bosnia dan Herzegovina

Malaysia telah terlibat dengan negara-negara di atas melalui

a)

Hubungan politik

b)

Misi pengaman PBB

c)

Kerjasama ekonomi

d)

Hubungan perdagangan

15.

Apakah tugas pasukan pengaman Malaysia?

a)

Menjaga sempadan negara bergolak

b)

Memberi bantuan senjata kepada tentera asing

c)

Mengawasi gencatan senjata

d)

Mengawal perairan daripada dicerobohi

16.

Mengapa Malaysia terlibat dalam konflik di Timor Leste?

a)

Menjadi Pegawai Pemerhati PBB

b)

Menjadi perantara dengan Indonesia

c)

Mengawal pencerobohan kuasa asing

d)

Membekalkan makanan kepada pelarian

17.

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

Tokoh di atas bergiat aktif dalam agensi PBB sebaga

a)

Peguam dan pendakwa raya

b)

Doktor Perubatan dan aktivis kemanusiaan

c)

Pegawai Tadbir Diplomatik

d)

Menteri Luar Negeri

18.

Logo Komanwel

Bagaimana pertubuhan Komanwel diwujudkan?

a)

Gabungan negara-negara Asia

b)

Negara bekas tanah jajahan dan naungan British yang merdeka

c)

Negara-negara rantau Asia Tenggara

d)

Negara-negara pro Barat

19.

Apakah tujuan Rancangan Colombo ditubuhkan?

a)

Menangani masalah kemiskinan dalam kalangan anggota Komanwel

b)

Mewujudkan kerjasama ekonomi antara negara anggota

c)

Memberi bantuan kewangan kepada negara-negara yang mundur

d)

Menjadi perantara antara negara membangun dengan negara maju

20.

Apakah isu penting yang menjadi perhatian Komanwel?

a)

Isu pencemaran

b)

Dasar Apartied

c)

Masalah pelarian

d)

Perebutan negara

21.

Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998

Tujuan utama penyertaan Malaysia dalam Sukan Komanwel ialah

a)

Meningkatkan semangat para atlet Malaysia

b)

Membuka mata dunia keupayaan sukan Malaysia

c)

Meningkatkan kemajuan sukan negara

d)

Mengeratkan hubungan antara negara anggota

22.

Kesan pengamalan dasar berkecuali membolehkan Malaysia

a)

Meningkatkan kedudukan ekonomi negara

b)

Mewujudkan kerjasama dengan negara Eropah

c)

Menjalinkan hubungan dengan negara China

d)

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara Arab

23.

Apakah manfaat yang diterima Malaysia selepas menandatangani Perjanjian Pertahanan Lima Negara pada 15 April hingga 16 April 1971?

a)

Memperoleh bantuan teknikal dan latihan ketenteraan

b)

Memperoleh dana untuk membangunkan negara

c)

Mendapat tenaga mahir dalam perindustrian

d)

Mendapat pelepasan cukai

24.

"Malaysia mendesak agar harga barangan dapat dikawal"

Desakan Malaysia ini disuarakan melalui

a)

Perjanjian Lima Negara

b)

Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan

c)

Perjanjian Malaysia-Britain

d)

Majlis Timah Antarabangsa

25.

Tujuan utama MAPHILINDO diwujudkan ialah

a)

Meningkatkan hubungan Malaysia, Filipina dan Indonesia

b)

Menjalin kerjasama ekonomi negara serantau

c)

Menyelesaikan isu pembentukan Malaysia

d)

Menggalakkan persahabatan tiga negara

26.

Berikut ialah hasil kerjasama ekonomi antara negara-negara ASEAN kecuali

a)

Pengeluaran baja urea di Indonesia

b)

Penghasilan serbuk soda di Thailand

c)

Pengeluaran padi baka baru di Kedah

d)

Penciptaan teknologi membajak di Kemboja

27.

Apakah manfaat yang diperoleh Malaysia apabila menganggotai Pergerakan Negara-Negara Tanpa Pihak (NAM)?

a)

Malaysia boleh menjalin hubungan dengan negara lain secara terbuka

b)

Malaysia lebih menguasai hubungan serantau

c)

Malaysia manjadi ketua dalam hubungan perdagangan negara anggota

d)

Malaysia bebas menyelesaikan masalah antara negara anggota

28.

Pergerakan Negara-Negara Tanpa Pihak (NAM)

Apakah isu yang diperjuangkan Malaysia semasa menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM pada tahun 2003?

a)

Isu pencemaran

b)

Isu pelarian

c)

Isu Palestin

d)

Isu bencana alam

29.

Malaysia dan negara anggota NAM telah berjaya menangani masalah Bosnia dan Herzegovina dengan cara

a)

Membebaskan negara tersebut dari Serbia

b)

Menggantung keahlian Yugoslavia

c)

Memerdekakan Bosnia dan Herzegonia

d)

Mendapatkan bantuan daripada pertubuhan dunia

30.

Pengisytiharan Lusaka

Apakah hasil pengisytiharan di atas?

a)

Membantu negara miskin

b)

Mengadakan gencata senjata di negara bergolak

c)

Memberi taraf penduduk sementara kepada pelarian

d)

Mengawal penggunaan senjata nuklear

31.

Bagaimanakah tercetusnya idea penubuhan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam kalangan negara-negara Islam?

a)

Serangan ganas puak Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa

b)

Pencabulan hak orang Islam di India

c)

Perebutan Kashmir antara India dan Pakistan

d)

Perang Saudara di Sudan

32.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Tokoh di atas pernah menjawat jawatan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebagai

a)

Pengerusi

b)

Setiausaha Agung

c)

Jurucakap utama

d)

Penasihat

33.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Gambar di atas menunjukkan hasil usaha Malaysia Bersama OIC membangunkan bidang pendidikan. Apakah usaha yang ditunjukkan melalui pembinaan universiti ini?

a)

Menyediakan kemudahan asas dalam pendidikan peringkat tinggi

b)

Memberi biasiswa kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di universiti ini

c)

Menawarkan kursus Bahasa Arab kepada semua pelajar

d)

Memberi pengiktirafan peringkat global kepada pelajar yang belajar di universiti ini

34.

Apakah kepentingan hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka abad ke 15 ?

a)

Menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan

b)

Memantapkan sistem pentadbiran

c)

Mendapatkan pengiktirafan dari negara luar

d)

Menjamin kemakmuran melalui hubungan perdagangan dengan negara lain

35.

Apakah faktor penggubalan dasar luar Malaysia ?

a)

Kekuatan tentera

b)

Keperluan nasional

c)

Kesaksamaan budaya

d)

Kedudukan strategi

36.

Malaysia turut terlibat dalam misi pemerhati di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara yang menghadapi konflik. Apakah misi yang disertai oleh Malaysia dari tahun 1999 hingga tahun 2002?

a)

United Nations Observer Mission in Liberia (UNOMIL)

b)

United Nations Advance Mission In Cambodia (UNAMIC)

c)

United Nations Transitional Administration in East Timor (UNTAET)

d)

United Nations Operation in Mozambique (ONUMOZ)

37.

Pada tahun 1989, Malaysia pernah dipilih menjadi tuan rumah bagi suatu persidangan. Apakah persidangan yang dimaksudkan?

a)

Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel

b)

Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN

c)

Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN

d)

Sidang Kemuncak NAM

38.

Salah satu cabaran bagi mengukuhkan dasar

luar Malaysia ialah wujudnya dominasi negara

maju menentukan harga komoditi utama.

Bagaimanakah Malaysia menangani cabaran

tersebut?

a)

Mengetatkan keselamatan sempadan

b)

Menyertai Majlis Timah Antarabangsa (ITC)

c)

Memperkukuh aset ketenteraan negara

d)

Memutuskan hubungan diplomatik

39.

Apakah tujuan penubuhan ASEAN pada 8 Ogos 1967 ?

a)

Meningkatkan semangat setia kawan dan Keserantauan

b)

Menjalinkan kerjasama pertahanan

c)

Menyelesaikan konflik serantau

d)

Menangani masalah kemiskinan

40.

Kerjasama ekonomi ASEAN bermula sejak tahun 1970. Bagaimanakah kerjasama ekonomi dilaksanakan antara negara ASEAN?

a)

Penubuhan ZOPFAN

b)

Tabung Kebudayaan ASEAN

c)

Projek Industri ASEAN

d)

Penubuhan SEAMEO