wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM: AYAT MAJMUK PANCANGAN 2

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Ayat majmuk pancangan ialah...

a)

Dua ayat atau lebih yang sama tarafnya dan digabungkan menjadi satu ayat dengan kata hububg tertentu.

b)

Dua atau lebih ayat yang tidak sama taraf dihubungkan dengan kata hubung yang sesuai.

c)

Dua atau lebih ayat yang tidak sama taraf . Ayat utama atau ayat induk dipancangkan dengan ayat kecil menggunakan kata hubung tertentu.

2.

Ayat majmuk pancangan terdiri daripada 3 jenis iaitu ayat relatif,

a)

ayat komplemen dan ayat keterangan

b)

ayat tanya dan ayat penyata

c)

ayat songsang dan ayat biasa.

3.

Ayat relatif menggunakan kata hubung....

a)

yang

b)

bahawa

c)

untuk

4.

Ayat komplemen menggunakan kata hubung ....

a)

yang

b)

bahawa, untuk

c)

kerana, lantaran

5.

Ayat majmuk pancangan keterangan menggunakan pelbagai jenis kata hubung yang berkaitan, antaranya ialah ...

a)

kerana, lantaran

b)

yang, dan

c)

bahawa , untuk

6.

Pilih ayat majmuk pancangan relatif .

a)

Pasukan yang berjersi biru itu pasukan Selangor

b)

Ali rajin belajar kerana ingin berjaya dalam hidup.

c)

Tatkala dalam kesusahan, ramai datang membantu.

7.

Berikut ayatmajmuk pancangan komplemen kecuali ...

a)

Bahawa riadah dapat menjaga kesihatan adalah benar.

b)

Untuk kami menang perlawanan itu amat sukar

c)

Bayi itu menangis kerana lapar.

8.

Pilih ayat majmuk pancangan komplemen yang betul.

a)

Saya amat yakin bahawa pasukan sekolah kita akan berjaya.

b)

Pak Aidil memarahi anaknya kerana selalu cuai.

c)

Jarinya luka hingga berdarah.

9.

Pilih ayat majmuk pancangan komplemen yang betul.

a)

Hadirah menyedari bahawa dia akan berjaya.

b)

Walaupun latihan itu berat, Iqmal Faris tetap gigih menjalaninya.

c)

Demi ibu tercinta, dia sanggup menetap di kampung.

10.

Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk pancangan keterangan (musabab).

a)

Bayi itu menangis kerana lapar.

b)

Irfan sanggup tidur lewat demi kejayaan dalam peperiksaan.

c)

Aishah dan Fathiah berharap agar pandemik ini segera berakhir.

11.

Berikut ayat majmuk keterangan akibat kecuali...

a)

Jari Abiyah luka sehingga berdarah.

b)

Aiman tidur lewat malam sehingga kesiangan.

c)

Pasukan dia menang lantaran semangat juang yang tinggi.

12.

Berikut ayat majmuk keterangan syarat, kecuali...

a)

Jika berpeluang, saya akan ke sini lagi.

b)

Andai kata awak sudi, saya ingin menjadikan awak suami saya.

c)

Semenjak kejadian itu, dia tidak beani memanjat pokok kelapa lagi.

13.

Pilih ayat majmuk pancangan keterangan (waktu).

a)

Semenjak kejadian itu, Farhanis tidak berani lagi ponteng kelas.

b)

Andai kata awak sudi, keluarga saya akan datang melamar awak.

c)

Semoga dia berjaya dalam peperiksaan tahun ini.

14.

Berikut ayat majmuk pancangan keterangan (harapan)...kecuali

a)

Saya sangat berharap agar usahanya mendapat ganjaran.

b)

Semoga dia selamat pergi dan selamat kembali.

c)

Demi negara tercinta, saya sanggup berkorban nyawa.

15.

Berikut ayat majmuk pancangan keterangan (pertentangan) kecuali...

a)

Walaupun latihan itu berat, Farah Ain tetap gigih menjalaninya.

b)

Kami terpaksa berpindah sedangkan hati kami ingin terus tinggal di situ.

c)

Penduduk Kampung Kandang, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

16.

Pilih ayat majmuk pancangan keterangan (cara) .

a)

Zainudin menendang bola itu dengan sekuat-kuat hatinya.

b)

Asrama itu disediakan untuk para pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.

c)

Johan berasa gembira kerana dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan..