Font size
WorksheetsBAB 6 SEJARAH TINGKATAN 4
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Berdasarkan gambar berikut,siapakah tokoh tersebut?
Adam Weishaupt
Friedrich Engels
Karl Marx
Martin Luther
Berikan maksud "Komunisme"?
Pemerintahan beraja berkuasa mutlak
Kerajaan atau entiti lain harus hidup secara berasingan dari agama
Sistem organisasi sosial dan ekonomi dimana salah satu kekayaan dikongsi bersama
Orang yang menganut fahaman komunis
Terdapat dua buah negara di Asia yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis, iaitu (ms 146)
[pilih 2 jawapan]
Indonesia
Vietnam
Kemboja
China
Apakah persamaan kedua-dua parti di atas
Menentang penjajahan Barat
Menuntut kemerdekaan daripada kuasa raja
Menggalakkan penubuhan persatuan
Menyebarkan pengaruh komunis
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) tidak mendapat sambutan orang Melayu? (ms 146)
Menggunakan kekerasan untuk meraih sokongan
Corak perjuangan tidak tersusun
Kerjasama rakyat dan kerajaan British
Bantuan kerajaan asing sukar diperolehi
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) bertambah kuat semasa pendudukan Jepun? (ms 147)
[Pilih 2 jawapan]
Mendapat bantuan kewangan
Memiliki kemudahan pengangkutan
Mendapat sokongan penduduk tempatan
Memperolehi bekalan senjata daripada British
Mengapakah darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada Jun 1948? (ms 148)
Propaganda parti berhaluan kiri
Permogokan pekerja kilang
Pembunuhan pengurus ladang
Pemusnahan landasan keretapi
Special Constables (SC) telah ditubuhkan pada tahun 1948. Apakah tujuan Special Constables (SC) ditubuhkan (ms 153)
Memburu pasukan komunis
Mengadakan sekatan jalanraya
Mengawal kawasan ladang dan lombong
Membantu pasukan keselamatan
X yang dimaksudkan merujuk kepada (ms 155)
Sarawak Rangers
Menentang tentera Jepun
Pasukan tentera Bersekutu
Pasukan askar Komanwel
Rajah berikut menunjukkan peranan Min Yuen kepada Parti Komunis Malaya (PKM). Apakah X ? (ms 157)
Melatih anggota baharu
Membekalkan senjata
Mendapatkan maklumat
Mengatur strategi perjuangan
Mengapakah tindakan tersebut diambil oleh British? (ms 156)
Membasmi ancaman komunis
Melicinkan proses pilihanraya
Memudahkan bancian penduduk
Mengenalpasti golongan dewasa
Mengapakah kerajaan menawarkan tawaran pengampunan beramai-ramai kepada pengganas komunis? (ms 158)
Meningkatkan keselamatan negara
Mengurangkan kesengsaraan di hutan
Mengelakkan mereka kembali ke negara asal
Menerima desakan daripada pemimpin tempatan
Maklumat berikut adalah langkah yang diambil untuk membanteras komunis. Maklumat tersebut boleh dikaitkan dengan.. (ms 157)
Pengisytiharan darurat
Rancangan Briggs
Perang saraf
Min Yuen
Rajah berikut menunjukkan usaha British untuk menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu. Apakah x (ms 159)
Menawarkan hadiah
Menubuhkan pasukan polis
Mewujudkan "kampung baru"
Memperkenalkan kad pengenalan
Kerajaan memperkenalkan konsep "kawasan hitam" dan "kawasan putih". Apakah yang dimaksudkan "kawasan putih"? (ms 160)
Pelaksanaan perintah berkurung
Petempatan pelbagai kaum
Penguatkuasaan kawalan pergerakan
Bebas daripada ancaman komunis
Apakah syarat yang dikemukakan oleh pihak kerajaan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) dalam Rundingan Baling pada 28 Disember 1955? (ms 160)
Kewarganegaraan ahli PKM
Kubu pertahanan dimusnahkan
Hasil rampasan dikembalikan
Perletakan senjata
Maklumat berikut merupakan kesan darurat daripada aspek ekonomi. Mengapakah kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak? (ms 162)
Mengukuhkan sistem pertahanan
Membangunkan kawasan luar bandar
Pembangunan kampung baru
Meningkatkan sumber makanan
Rancangan Kampung Baru didominasi oleh kaum tertentu. Apakah kesan keadaan tersebut? (ms 163)
Perpaduan kaum bertambah erat
Pertambahan bilangan kampung baru
Pembangunan luar bandar diabaikan
Merenggangkan hubungan antara kaum
Bagaimanakah Sir Harold Briggs menyelesaikan masalah tersebut? (ms 157)
Mengisytiharkan darurat
Melancarkan perang saraf
Memperkenalkan tawaran pengampunan
Melaksanakan kawasan penempatan semula
Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk supaya menyokong usaha perang saraf tersebut? (ms 159)
Mewujudkan Kampung Baru
Memperkenalkan kad pengenalan
Membawa masuk tentera Komanwel
Melonggarkan syarat kewarganegaraan
Mengapakah keadaan sedemikian berlaku? (ms 162)
Menamatkan konfrontasi
Membendung rusuhan kaum
Menghapuskan kegiatan lanun
Membanteras ancaman komunis
Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Komunisme adalah fahaman (ms 146)
menjadikan ekonomi sebagai milik negara
menentang penjajahan kuasa barat
menentang raja berkuasa mutlak
membela rakyat yang tertindas
Antara berikut, yang manakah merupakan bentuk kerjasama yang diberikan oleh British kepada PKM semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu?
I. Bantuan kemanusiaan
II. Penubuhan MPAJA
III. Bekalan senjata
IV. Latihan tentera
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kesan persidangan berikut terhadap perjuangan PKM di Tanah Melayu?
Melancarkan perjuangan bersenjata
Memperoleh bantuan daripada pelbagai pihak
Mewujudkan pemerintahan tentera
Membolot hasil negara
Apakah tindakan komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu?
I. Merosakkan ladang getah
II. Memutuskan bekalan air
III. Merosakkan jalan raya
IV. Menyerang lombong bijih timah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Komunis telah mengancam keselamatan rakyat dengan
Mengalihkan landasan kereta api
Mmembakar harta benda penduduk
Menyerang pasukan polis
Merosakkan pokok getah
Apakah peraturan yang terkandung dalam Undang-undang Darurat 1948?
I. Membakar rumah kediaman
II. Menggeledah rumah kediaman
III. Menahan individu yang disyaki
IV. Membunuh individu yang disyaki
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan dengan kempen yang diadakan pada tahun 1950-an.
Menanamkan sikap tolak ansur
Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar
Memupuk kerjasama menentang komunis
Mewujudkan sistem pendidikan yang seragam
Gambar berikut berkaitan kepada rundingan antara pihak kerajaan dengan PKM. Apakah syarat yang dikemukakan oleh pihak kerajaan kepada PKM dalam rundingan tersebut?
Peletakkan senjata diisytiharkan dan penyerahan diri
Hasil rampasan dikembalikan
Kubu pertahanan dimusnahkan
Kewarganegaraan ahli dilucutkan
Antara berikut, yang manakah langkah yang diambil oleh pihak British untuk mewujudkan kerjasama antara kaum?
Melaksanakan jus soli
Mengadakan rundingan
Perikatan ditubuhkan
Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Manakah antara berikut faktor yang menyebabkan harga barang makanan dan keperluan harian melambung tinggi?
I. Harta benda yang musnah
II. Kawasan ladang dan lombong diserang komunis
III. Pengeluaran makanan terjejas
IV. Perbelanjaan kerajaan meningkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada zaman pendudukan Jepun, PKM telah bertindak membentuk
Parti Kuomintang (KMT)
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU)
Siapakah yang menguasai Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah?
British
Chin Peng
Parti Komunis Malaya
Pertubuhan Komunis Antarabangsa
Apakah tindakan komunis yang menggugat
keamanan dan kestabilan negara
Melumpuhkan ekonomi
Merosakkan infrastruktur
Membunuh pemimpin tempatan
Mendesak supaya menyokong komunis
Maklumat berikut berkaitan serangan komunis terhadap pasukan keselamatan.
Tarikh: 28 Mei 1954 Lokasi: Kedah
Apakah tindakan komunis di lokasi tersebut?
A Menyerang kenderaan polis
Membunuh Ketua Polis Kedah
Menyerang Balai Polis Chuan Seng
Menyerang hendap pasukan askar Melayu
Apakah tindakan British dalam penguatkuasaan Undang-Undang Darurat bagi menangani ancaman komunis?
Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu komunis
Memperkasa pasukan keselamatan seperti polis, tentera dan pasukan sukarelawan
Membenarkan penubuhan parti-parti politik berfahaman radikal seperti PETA dan PKMM
Menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa sebarang perbicaraan
Apakah tugas Senoi Praaq sebagai sebuah pasukan keselamatan?
Membanteras gerila komunis di dalam hutan
Membuat rondaan di pinggir hutan dan menjaga kubu
Mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan
Mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan komunis
Maklumat berikut berkaitan pasukan keselamatan.
• Diketuai oleh Guy C. Madoc
• Menjadi sebahagian daripada pasukan polis
Apakah pasukan keselamatan tersebut?
Home Guard
Cawangan Khas
Sarawak Rangers
Special Constables
Mengapakah rundingan Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin PKM gagal semasa pertemuan di Baling, Kedah?
Tunku Abdul Rahman membubarkan PKM
PKM mendesak kerajaan meletakkan senjata
Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat PKM
Meminta kerajaan memberi kemerdekaan kepada PKM
Bagaimanakah kerajaan menarik minat orang Cina menyertai parti berhaluan kanan?
Menyediakan sekolah khas kepada orang Cina
Memberi bantuan kepada orang Cina
Menubuhkan UMNO
Menubuhkan MCA
