Font size
WorksheetsSejarah T5 Bab 6
Total questions: 50
Worksheet time: 37mins
Malaysia terpaksa menghadapi cabaran dalaman yang tidak dapat dielakkan setelah pembentukan Malaysia.
Mengapakah situasi tersebut terpaksa dilalui oleh negara kita?
Kewujudan pelbagai kaum
Penentangan pembesar tempatan
Pertindihan kuasa pusat dan negeri
Kemasukan pendatang haram
Antara berikut, yang manakah cabaran yang terpaksa dihadap?
(Pilih dua jawapan)
Persaingan politik
Ancaman komunis
Penentangan British
Serangan Sulu
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah?
Kepelbagaian etnik
Amalan pertanian sara diri
Bencana alam yang sering berlaku
Kekurangan hasil bumi
Apakah tindakan kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi penduduk di Sarawak dan Sabah pada peringkat awal pembentukan Malaysia?
Meningkatkan bantuan sara hidup
Mempelbagaikan pertanian komersial
menggalakkan kemasukkan pelabur asing
Mewujudkan jawatan baru di sektor kerajaan
Mengapakah usaha untuk memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sarawak dan Sabah menjadi cabaran yang besar kepada negara?
Ketidakstabilan politik
ketiadaan teknologi
kurang tenaga kerja mahir
keluasan negeri yang besar
1966 - Pengistiharan Darurat
Mengapakah perisytiharan tersebut dibuat di Sarawak?
Krisis politik
Ancaman komunis
Bencana alam
Rusuhan kaum
Jarak yang jauh antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah merupakan antara cabaran selepas pembentukan Malaysia.
Apakah cabaran yang dimaksudkan?
Kemudahan pengangkutan terhad
Pengurusan pentadbiran
Kawalan keselamatan
Integrasi nasional
Cabaran yang dihadapi oleh Sarawak dan Sabah ialah
* Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
* Memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan
* X
Apakah cabaran pembangunan X?
Memupuk integrasi nasional
Memajukan sistem pendidikan
Menjalinkan kestabilan politik
menawarkan peluang pekerjaan
Dari sudut ekonomi, mengapakah Singapura tidak berpuashati terhadap Kerajaan Persekutuan?
Menolak cukai yang ditetapkan
Pembatalan pemberian pinjaman
Peruntukan pembangunan rendah
Menjejaskan kemajuan pelabuhan
Masalah perkauman merupakan satu faktor pemisahan Singapura dengan Malaysia.
Apakah perkara yang menjadi tuntutan Singapura?
Kerakyatan jus soli
Hak sama rata semua kaum
Kedudukan yang sama semua agama
Sistem pendidikan yang seragam
Pada 7 Ogos 1965 persetujuan dicapai dalam hal pemisahan Singapura daripada Malaysia.
Apakah Dua punca pemisahan tersebut?
Konflik PAP dengan perikatan
Tidak puas hati cukai tambahan
pembangunan Singapura diabaikan
Tidak mendapat pinjaman kewangan
Ancaman komunis di Sarawak wujud sejak pendudukan Jepun.
Namakan organisasi yang bertanggungjawab melakukan ancaman tersebut?
Paerti Komunis Malaya (PKM)
Partai Komunis Indonesia (PKI)
Clandestine Communisit Organisation (CCO)
Perjuang Tanah Air (PETA)
Gerakan komunis di Sarawak telah menyusup masuk ke dalam gerakan politik di Sarawak.
Apakah tujuan penyusupan tersebut dilakukan?
Menamatkan Dinasti Brooke
Membentuk Persekutuan Borneo
Mengambil alih pentadbiran parti
Menentang pembentukan Malaysia
Maklumat berikut merupakan cabang gerakan komunis di Sarawak.
# Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU)
Apakah matlamat penubuhan pasukan tersebut?
Mendesak persamaan hak
Menguasai pentadbiran negeri
Menubuhkan Republik Sarawak
Menggabungkan Sarawak dan Indonesia
Maklumat berikut berkaitan kaedah memenangi hati rakyat bagi menangani ancaman komunis di Tanah Melayu dan Sarawak.
Tanah Melayu = Rancangan Briggs
Sarawak = X
Apakah X ?
Operasi Rajang
Operasi Hammer
Operasi Jala Raja
Operasi Sri Aman
Maklumat berikut merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh pemimpin komunis, Bong Kee Chok.
12 Okt 1973 : Menulis surat kepada Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub, Ketua Menteri Sarawak
Apakah tujuan beliau berbuat demikian?
Membuat permohonan maaf
Meminta diberi pengiktirafan
Menyampaikan amaran serangan
Menyatakan hasrat untuk berunding
Berikut adalah beberapa operasi yang dilancarkan di negeri Sarawak.
# Operasi Jala Raja
# Operasi Ngayau
# Operasi Sri Aman
Apakah tujuan operasi tersebut dilancarkan?
Menahan pencerobohan luar
Membanteras ancaman komunis
Memulihkan kepercayaan rakyat
Menuntut kemerdekaan wilayah
Maklumat berikut adalah operasi yang dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman di Sarawak.
# Operasi Harapan
Apakah tindakan yang diambil di bawah operasi tersebut?
Pembukaan Kampung Baru
Kempen memenangi hati
Pengisytiharan kawasan putih
Tawaran penganpunan
Berikut adalah operasi yang dilancarka oleh Tun Abdul Razak di Sarawak pada 1972.
# Operasi Letter Box
Apakah kesan daripada operasi tersebut?
Penyampaian maklumat kerajaan cepat
Meningkatkan sistem perhubungan negeri
Mendapatkan maklumat tentang komunis
Menyekat pergerakan komunis dalam bandar
Berikut adalah dua peristiwa kejam Parti Komunis Malaya.
# Pembunuhan Tan Sri Abdul Rahman Hashim
# Menembak mati Tan Sri Khoo Chong Kang
Siapakah tokoh-tokoh tersebut?
Pengurus ladang
Ahli Parlimen British
Wakil rakyat
Pegawai Kanan Polis
Ancaman komunis di Semenanjung Malaysia memasuki fasa kedua iaitu pada bulan Mei 1969 hingga Disember 1978.
Apakah dua tindakan yang telah dilakukan oleh pengganas komunis tersebut.
Memusnahkan rumah ibadat
Menculik orang kenamaan
Mengebom Tugu Negara
Membunuh pegawai kanan polis
Antara usaha yang dilaksanakan bagi melindungi rakyat daripada ancaman komunis ialah melalui Strategi Counterinsurgency (COIN).
Apakah langkah yang dilakukan melalui strategi tersebut?
Menangkap tanpa perbicaraan
Penampatan semula penduduk
Memenangi hati dan fikiran rakyat
menyerah diri tanpa sebarang hukuman
Gambar menunjukkan pengeboman Tugu Negara oleh Parti Komunis Malaya.
Apakah tindakan susulan pasukan keselamatan negara kita?
Mengadakan rundingan Baling
Perjanjian kerjasama sempadan
Mengharamkan pertubuhan radikal
Memperkuatkan perkhidmatan perisikan
Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah ancaman komunis yang mendirikan khemah di luar sempadan negara, khususnya di Thailand?
Membina pagar sempadan
Menghalang kemasukan orang asing
melancarkan serangan di luar sempadan
Memutuskan hubungan diplomatik dengan negara jiran
Setelah pembentukan Malaysia, rancangan pembangunan lima tahun diteruskan melalui Rancangan Malaysia Pertama.
Apakah dua isu berkaitan ekonomi yang wujud dalam perlaksanaan rancangan pembangunan tersebut?
Kejatuhan harga bahan mentah
Kejatuhan nilai mata wang negara
Kekurangan buruh ladang yang meruncing
Kebergantungan eksport getah dan bijih timah
Salah satu isu yang wujud dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia Pertama ialah masalah kesihatan dan sosial.
Apakah langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut?
Menambahkan bilangan doktor di pedalaman
Memperkenalkan subjek Pendidikan Sivik
Mewajibkan pemberian imunisasi kepada kanak-kanak
Memperkenalkan program Perancang Keluarga
Dalam Rancangan Malaysia Pertama, apakah langkah diambil untuk mengatasi isu peluang kerja terhad dan pengangguran?
Memberi tumpuan kepada industri berat
Menggalakkan kemasukkan pelabur luar
Mengurangkan pengambilan buruh asing
Membina sekolah vokasional dan sekolah teknik
Apakah dua tindakan yang diambil selepas Perjanjian Kerjasama Sempadan Memerangi Komunis 1976 antara Thailand dan Malaysia?
Membina pagar
Bantuan ketenteraan
Menutup sempadan
Operasi bersama
Muzium tentera yang manakah merakamkan perjuangan dan kelengkapan tentera negara kita?
Muzium Tentera Melayu Kuala Kangsar
Muzium Polis Diraja Kuala Lumpur
Muzium Tentera Bukit Aman
Muzium Tentera Darat Port Dickson
Maklumat berikut adalah isu pembangunan ekonomi negara.
Terlalu bergantung kepada eksport getah dan bijih timah.
Apakah tindakan kerajaan mengatasi isu tersebut?
Mengeluarkan produk industri tempatan
Menggiatkan tanaman kelapa sawit dan koko
Meningkatkan penggunaan teknologi
Menggiatkan tanaman komersial
Maklumat berikut adalah tindakan yang dibuat oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Pertama.
# Melancarkan program pembangunan negara bersepadu
Apakah isu ekonomi yang membawa tindakan tersebut diambil?
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
Taraf hidup rakyat berbeza
Peluang pekerjaan terhad
Masalah kesihatan dan sosial
Bagaimanakah kerajaan mengatasi kadar pengangguran yang meningkat dalam tahun 1970-an?
Penubuhan pusat latihan vokasional dan teknikal
Menawarkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam
Menyekat kemasukan pekerja luar negara
Memberikan kenakan gaji yang bersesuaian
Pasangan yang manakah betul tentang isu dan usaha mengatasi dalam pembangunan ekonomi negara 1970-an?
Kejatuhan harga bahan mentah = Meluaskan peluang pekerjaan
Taraf hidup berbeza = Menyusun semula masyarakat
Keperluan asas dan hak kehamilan = Memperkenalkan Program Perancang Keluarga
Peluang pekerjaan terhad = Membina sekolah latihan khas
Apakah faktor peristiwa rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969?
Mempersoalkan perlembagaan negara
Tuntutan "Malaysian Malaya"
Ketidakseimbangan ekonomi
Hasutan musuh luar
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah peristiwa 13 Mei 1969?
(Pilih dua jawapan)
Membubarkan parlimen
Mengadakan pilihan raya
Pengisytiharaan darurat
Berita media ditapis
Berikut adalah majlis yang diberikan kuasa untuk memerintah negara dari 16 Mei 1969 hingga Februari 1971.
# MAGERAN #
Apakah tanggungjawab majlis tersebut?
Memperkenalkan dasar ekonomi negara
Menyusun strategi ketenteraan negara
Memastikan pentadbiran negara licin
Mengendalikan pilihan raya yang adil
Apakah tindakan pemimpin masyarakat dan politik negeri Perak untuk menjaga keamanan?
Menubuhkan Home Guard
Mengadakan demonstrasi aman
Mengedarkan risalah keamanan
Membentuk Jawatankuasa Muhibah
Maklumat berikut merujuk kepada tindakan yang dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi masalah peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
# Parlimen ditangguhkan
# Bina pusat perlindungan mangsa rusuhan
# Penguatkuasaan perintah berkurung
Apakah tindakan yang dimaksudkan?
Mengisytiharkan darurat
Membentuk MAGERAN
Menggubal perlembagaan baru
Mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein.
Apakah dua tugas utama MAGERAN?
Mengadakan pilihan raya
Membentuk perpaduan kaum
Melicinkan pentadbiran negara
Menggubal perlembagaan negeri
Jabatan Penerangan berusaha menyekat berita palsu selepas peristiwa rusuhan kaum.
Apakah usaha tersebut?
Menubuhkan jabatan percetakan
Menggantung penerbitan akhbar
Menutup syarikat percetakan
Membentuk pasukan risikan
Apakah peranan Sultan Perak, Sultan Idris Iskandar Shah II semasa peristiwa rusuhan kaum yang berlaku di negara kita?
Mencadangkan pengisytiharan darurat
Menggubal Akta Keselamatan Dalam Negeri
Memanggil persidangan Majlis Raja-Raja
Menasihati rakyat menjaga keamanan
Senarai berikut merupakan isu yang menjadi cabaran selepas penubuhan Malaysia.
# Kempen Malaysian Malaysia menuntut hak sama rata
# Tuntutan menaikkan kadar faedah pinjaman Kerajaan Persekutuan
# Rusuhan kaum
Bagaimanakah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menangani isu tersebut?
Mengadakan referendum
Membawa kes ke mahkamah
Mengusulkan pemisahan Singapura
Membentuk Jawatankuasa Antara Kerajaan
Langkah berikut dijalankan oleh kerajaan Malaysia menangani ancaman dalam negeri.
# Operasi Hammer
# Operasi Jala Raja
# Operasi Sri Aman
# RASCOM dibentuk
Apakah kejayaan langkah tersebut?
Konfrontasi ditamatkan
Rusuhan kaum dibendung
Ancaman komunis dibanteras
Kegiatan penyeludupan dikekang
Majlis berikut ditubuhkan berikutan rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969.
# Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Apakah cabaran yang dihadapi oleh majlis tersebut untuk memulihkan semula ketenteraman negara?
Ketidakseimbangan ekonomi
Kekurangan sumber kewangan
Kelemahan sistem pemerintahan
Kekurangan pasukan keselamatan
Pilih jawapan yang betul berkaitan dengan buku berikut.
# Strategy For Action by Tun Abdul Razak#
Menggesa mengekalan kedaulatan
Menggesa membangunkan negara
Menggesa menyatupadukan bangsa
Menggesa menguasai kemahiran ICT
Apakah faktor yang menyebabkan rusuhan kaum berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964?
Tuntatan persamaan hak semua kaum
Tuntutan pemisahan dengan Tanah Melayu
Tuntutan penyegerakan pembukaan pasaran
Tuntutan pengurangan kadar faedah pinjaman
Tindakan berikut dilakukan oleh kerajaan untuk menangani ancaman komunis.
26 Mac 1972 : Pembentuk RASCOM di Sarawak
Antara berikut, bahagian manakah terlibat dengan RASCOM ?
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Tokoh berikut pernah berkhidmat di negara kita.
# Christopher B. Carney
Apakah peranan beliau ketika itu?
Membaik pulih Tugu Negara
Membina Muzium Tentera Laut
Mengesahkan Perjanjian Kerjasama Sempadan
Memperkenalkan Strategy Counterinsurgency
Jawatankuasa berikut telah ditubuhkan oleh pemimpin masyarakat dan politik negeri Perak.
# Jawatankuasa Muhibah
Apakah tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut untuk mengekalkan hubungan kaum di negara kita?
Mengadakan demostrasi
Menghantar telegram
Mengadakan kempen
Menulis surat
Antara berikut, tokoh mana yang pernah dipilih mempengerusikan MAGERAN?
Muhammad Ghazali Shafie
Tun Abdul Razak Hussein
Mohamad Salleh Ismail
Haniff Omar
