wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan ________.

a)

bahu

b)

kaki

c)

leher

d)

pinggang

2.

Berikan dua contoh aktiviti yang dapat membina kekuatan otot.

a)

mendagu dan tekan tubi

b)

lompat dekam dan lompat ketingting

c)

bangkit tubi dan lompat jauh berdiri

d)

naik turun bangku dan lari pecut 30 meter

3.

Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan?

a)

bangkit tubi

b)

tekan tubi

c)

ayun tangan

d)

jangkauan melunjur

4.

Latihan kekuatan otot boleh memberi beberapa faedah kepada semua individu. Antara yang berikut, manakah bukan faedah latihan kekuatan otot?

a)

dapat mengawal berat badan

b)

mengurangkan risiko mendapat kecederaan

c)

Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis

d)

Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang

5.

Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap kelenturan yang baik. Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat membantu membina kelenturan?

a)

Aktiviti angkat tumit untuk bahagian kaki

b)

Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang

c)

Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan belakang badan

d)

Aktiviti bengkok sisi untuk bahagian abdomen, belakang badan, dan bahagian kaki

6.

Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk melakukan aktiviti naik turun bangku selama 15 minit tanpa henti. Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut?

a)

pelajar akan berasa seronok

b)

pelajar akan bertambah mahir

c)

pelajar akan mengalami kecederaan otot

d)

pelajar berpuas hati dengan pencapaian

7.

Kelenturan berubah mengikut ________.

a)

usia

b)

masa

c)

kaum

d)

berat badan

8.

Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali sebagai ________.

a)

kekuatan otot

b)

daya tahan otot

c)

komposisi badan

d)

daya tahan kardiovaskular

9.

Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah yang membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan?

a)

Ginjal

b)

Hidung

c)

Jantung

d)

Paru-paru

10.

Aktiviti kekuatan otot adalah bersifat ________.

a)

aerobik

b)

kalistenik

c)

anaerobik

d)

senamrobik

11.

Antara yang berikut manakah merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor?

a)

Kelajuan

b)

Kelenturan

c)

Daya tahan otot

d)

Daya tahan kardiovaskular

12.

Antara yang berikut manakah merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan?

a)

Kelajuan

b)

Ketangkasan

c)

Daya tahan otot

d)

Masa tindak balas

13.

Ahli sukan selalu mengamalkan aktiviti memanaskan badan ________.

a)

sebelum

b)

semasa

c)

selepas

d)

sepanjang

14.

Tekan tubi dan bangkit tubi adalah aktiviti yang dilakukan untuk membina ________.

a)

kelenturan

b)

daya tahan otot

c)

ketangkasan

d)

daya tahan kardiovaskular

15.

Berikut adalah aktiviti yang berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular.

a)

Berenang

b)

Lari pecut

c)

Lompat tinggi

d)

Lari berpagar