WorksheetsBAB 8: UNSUR DAN BAHAN (KSSM TING 4)
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Apakah jenis zarah di dalam air?
Molukel
Ion
Atom
Sebatian
Antara bahan berikut, yang manakah kesemuanya terbina daripada atom?
Sulfur, gas oksigen, gas nitrogen
Zink, ferum, karbon
Garam, gula , air
Minyak, alkohol, gas metana
Bahan manakah yang terdiri daripada ion?
larutan gula
larutan garam
paku besi
gas neon
Antara bahan berikut, yang manakah mengandungi unsur hidrogen dalam bentuk ion dan molekul?
Garam dan asid hidroklorik
Garam dan gas klorin
Arang kok (karbon)dan gas karbon dioksida
Asid hidroklorik dan gas metana
Unsur X terletak dalam kumpulan 13 dan kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Apakah unsur X?
Aluminium
Klorin
Argon
Karbon
Mengapakah unsur natrium dan kalium diletakkan pada lajur yang sama dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
Mempunyai sifat fizikal yang sama
Mempunyai sifat kelogaman yang sama
Mempunyai sifat kimia yang sama
Mempunyai bilangan petala yang sama
Unsur Y mempunyai nombor nukleon 16 dan nombor proton 8. Apakah susunan elektron bagi unsur Y?
2.6
2.8
2.8.6
2.8.8
Berikut merupakan kegunaan sebatian yang terbina daripada unsur P dan Q dalam kehidupan seharian sebagai gas memasak dan bahan api kenderaan. Apakah unsur P dan Q yang dimaksudkan?
Karbon dan hidrogen
Hidrogen dan oksigen
Klorin dan oksigen
Natrium dan hidrogen
Jadual 1 menunjukkan nombor nukleon dan bilangan proton unsur-unsur K, L, M dan N.
Unsur manakah merupakan isotop?
K dan L
K dan M
L dan M
M dan N
Antara berikut yang manakah merupakan susunan elektron unsur dalam kumpulan 17?
2.7
2.1
2.4
2.8
Dalam Jadual Berkala, X terletak di bawah Y dalam kumpulan yang sama. Jika bilangan proton atom Y ialah 12, apakah susunan elektron atom X?
2.2
2.8.2
2.8.8.2
2.8.8.8
Rajah 4 menunjukkan simbol perwakilan unsur. Apakah P?
Nombor neutron
Nombor elektron
Nombor proton
Nombor nukleon
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan unsur alkali bumi dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
A
B
C
D
Zarah yang bercas negatif terbentuk apabila atom suatu unsur
melepaskan elektron
menerima elektron
berkongsi elektron
Antara yang berikut, manakah bukan sifat unsur-unsur apabila merentasi kala dari kiri ke kanan?
kekonduksian elektrik berkurang
unsur-unsur berubah dari gas kepada pepejal
nombor proton bagi unsur -unsur meningkat
unsur-unsur berubah dari logam kepada bukan logam
Unsur M boleh membentuk ion positif dengan menderma dua elektron kepada unsur lain. Di manakah kedudukan yang mungkin bagi unsur M dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
Kumpulan 1, Kala 2
Kumpulan 13, Kala 1
Kumpulan 2, Kala 3
Kumpulan 17, Kala 2
Karbon-12 dan karbon-13 ialah dua isotop karbon. Tentukan bilangan neutron dalam karbon-13 sekiranya karbon-12 mempunyai 6 neutron.
6
7
12
13
Isotop ialah unsur tertentu yang atomnya mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan ____________ yang berlainan.
proton
elektron
neutron
nukleon
Sejenis radioisotop digunakan untuk mengawal dan menentukan kandungan baja bagi tanaman berbeza. Apakah radioisotop yang digunakan?
Karbon-14
Natrium-24
Fosforus-32
Kobalt-60
Seorang pesakit kanser mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Dalam rawatannya, sejenis radioisotop telah digunakan. Apakah radioisotop yang mungkin digunakan dalam rawatannya?
Karbon-14
Natrium-24
Fosforus-32
Kobalt-60
