wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN SAINS

Total questions: 89

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Alatan perlindungan yang manakah digunakan untuk melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap?

a)
b)
c)
d)
2.

Satu kebakaran dalam makmal sains melibatkan logam reaktif seperti natrium dan kalium. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut?

a)

Alat pemadam kebakaran air

b)

Alat pemadam kebakaran buih

c)

Alat pemadam kebakaran serbuk kering

d)

Alat pemadam kebakaran karbon dioksida

3.

Apakah langkah yang perlu dilakukan apabila melihat seseorang yang sedang memegang leher dengan kedua-dua tangan dengan keadaan bibir dan muka kebiruan dan mengalami kesukaran bernafas?

a)

Jalankan Heimlich Manoeuvre

b)

Hentak belakang individu tersebut

c)

Lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR)

d)

Panggil 999 untuk menghubungkan anda kepada ambulans

4.

Apakah fungsi alat dalam gambar ini?

a)

Menentukan suhu badan

b)

Menentukan tekanan darah

c)

Mendapatkan bacaan indeks jisim badan

d)

Mendapatkan suhu dan tekanan bilik

5.

Apakah nama alat ini?

a)

Sfigmomanometer

b)

Barometer

c)

Termometer

d)

Anemometer

6.

Termometer jenis apakah ini?

a)

Termometer klinik

b)

Termometer makmal

c)

Termometer inframerah

d)

Termometer rektal

7.

Apakah termometer yang paling sesuai untuk mendapatkan suhu bayi?

a)

Termometer klinik

b)

Termometer makmal

c)

Termometer rektal

d)

Termometer inframerah

8.

Seorang pelajar baru sahaja selesai berlari. Apakah kemungkinan bacaan nadi pelajar ini?

a)

45 per minit

b)

65 per minit

c)

85 per minit

d)

105 per minit

9.

Indeks Jisim Badan (BMI) dihitung menggunakan formula  Jisim (kg)Tinggi2 (m2 )\frac{Jisim\ \left(kg\right)}{Tinggi^2\ \left(m^2\ \right)} . Seorang pelajar mempunyai jisim 50 kg dan tinggi 1.60 m. Hitung BMI pelajar ini.

a)

1.95

b)

2.56

c)

19.53

d)

31.25

10.

Salah satu simptom bagi pesakit COVID19 (2019 Novel Coronavirus) ialah demam melebihi 3 hari. Oleh sebab itu, saringan kesihatan dibuat bagi mengelakkan penularan virus COVID19 dengan cara mengambil suhu badan pesakit di kawasan-kawasan berpopulasi tinggi seperti lapangan terbang dan pusat membeli-belah. Antara termometer berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk membuat saringan suhu badan manusia bagi mengelakkan penularan penyakit ini?

a)
b)
c)
d)
11.

Antara berikut, faktor manakah mempengaruhi kadar denyutan nadi seseorang individu?

(Tandakan SEMUA jawapan yang BETUL)

a)

Umur

b)

Jantina

c)

Aktiviti

d)

Cuaca

12.

Antara berikut, kaedah manakah paling sesuai untuk memastikan indeks jisim badan dalam keadaan terbaik?

(Tandakan DUA jawapan)

a)

Tidak makan pada waktu malam dan tengah hari

b)

Mengurangkan makanan bergoreng

c)

Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

d)

Makan makanan yang kaya dengan protein dan pelawas sahaja

13.

Yang manakah merupakan kepentingan Teknolgi Hijau?

(Tandakan DUA jawapan sahaja)

a)

Menambahkan masalah kemusnahan alam sekitar

b)

Mengurangkan pengeluaran karbon

c)

Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia

d)

Menggunakan bahan api fosil dengan lebih baik

14.

Farhana ingin mengaplikasikan konsep Teknologi Hijau di rumah. Antara berikut yang manakah langkah yang boleh dilakukan? (Tanda semua jawapan yang BETUL)

a)

Tidak menggunakan telefon bimbit semasa ianya dicas

b)

Membawa bakul sendiri semasa membeli sayur-sayuran di pasar

c)

Buang sampah ke dalam tong kitar semula

d)

Tidur selalu untuk menjimatkan tenaga dalam badan

15.

Omar membeli barangan elektrik yang mempunyai label 5 bintang cekap tenaga. Pada pendapat anda, sektor apakah dalam Teknologi Hijau yang cuba diutamakan oleh Omar?

a)

Sektor Tenaga

b)

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa

c)

Sektor Perindustrian dan Pembuatan

d)

Sektor Pengangkutan

16.

Bilakah kita perlu menjalankan Kadiopulmonari Resusitasi (CPR)? (Tandakan DUA jawapan sahaja)

a)

Apabila melihat seseorang tercekik makanan

b)

Apabila seseorang tidak bernafas selepas diselamatkan dari lemas

c)

Apabila orang itu dipanah petir dan jantungnya tidak berdegup

d)

Apabila kawan anda tidak memberikan respon kepada anda kerana marahkan anda

17.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Pemadam api jenis (a)   sesuai digunakan untuk memadamkan semua jenis kebakaran.

18.

Namakan alat yang digunakan untuk melindungi kita daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap serta debu?

(a)  

19.

Apa itu mitosis?

a)

Membentuk 2 sel anak tidak seiras

b)

Membentuk 2 sel anak yang seiras

c)

Membentuk 3 sel anak yang seiras

d)

Membentuk 3 sel anak tidak seiras

20.
  1. Rajah menunjukkan satu proses yang berlaku dalam meiosis. Apakah proses yang ditunjukkan di atas?
a)

Perpisahan

b)

Pindah silang

c)

Replikasi

d)

Variasi

21.
  1. Mengapakah mitosis penting kepada manusia?
a)

untuk menghasilkan gamet

b)

untuk menentukan jantina bayi

c)

untuk menghasilkan variasi baharu dalam manusia

d)

untuk menghasilkan sel baharu bagi menggantikan sel yang lama dan rosak.

22.

Apakah persamaan antara mitosis dengan meiosis?

a)

Kedua-dua proses menghasilkan dua sel anak

b)

Kedua-dua proses menghasilkan empat sel anak

c)

Pindah silang berlaku dalam kedua-dua proses

d)

Kedua-dua proses melibatkan penggandaan kromosom

23.

Rajah menunjukkan satu struktur kromosom semasa pembahagian sel. Bahagian yang berlabel P ialah

a)

sentriol

b)

kromatid

c)

sentrosom

d)

kiasma

24.

Satu organisma P mempunyai 44 kromosom dalam sel kulit. Berapakah bilangan kromosom dalam sel sperma untuk organisma itu?

a)

22

b)

44

c)

66

d)

88

25.

Apakah kromosom yang wujud pada sel kulit seseorang lelaki?

a)

22 + Y

b)

22 + X

c)

44 + XX

d)

44 + XY

26.

Berapa kalikah pembahagian sel dalam meiosis?

a)

3

b)

1

c)

2

d)

5

27.

Which of the following is caused by gene mutation?

Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen?

a)

Down’s syndrome/Sindrom Down

b)

Colour blindness /Buta warna

c)

Turner’s syndrome/ Sindrom Turner

d)

Klinefelter’s syndrome/

Sindrom Klinefelter

28.
Apakah kebaikan mutasi?
What is the advantage of mutation?
a)
kemandirian spesies/survival of species
b)
kecantikan spesies/beutifulness of species
c)
kekuatan spesies/strength of species
d)
kerosakan spesies/damage of species
29.

Rajah atas menunjukkan satu peringkat semasa

mitosis.

Berapakah bilangan kromosom dalam setiap

sel anak setelah proses mitosis selesai?

a)

Dua

b)

Tiga

c)

Enam

d)

Dua belas

30.

Rajah atas menunjukkan kromosom yang

terdapat dalam sel kulit seorang bayi.

Apakah penyakit genetik yang dihidapi oleh

bayi tersebut?

a)

Sindrom Down

b)

Albino

c)

Buta warna

d)

Sindrom Turner

31.

Terdapat dua kaedah untuk mengesan penyakit gangguan gen iaitu :

1) A------------

2) KA_ _ _ _ _

(a)  

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan TERAPI GENETIK

a)

Teknologi ini menggabungkan gen daripada dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan organisma termodifikasi genetik.

b)

pengumpulan genetik untuk menentukan salasilah atau susur galur tentang keluarga

c)

Teknik yang bertujuan untuk membaiki gen gen mutan (abnormal/cacat

d)

teknologi yang menggabungkan dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetic baharu

33.

Apakah yang dimaksudkan dengan GENELOGI GENETIK

a)

Teknologi ini menggabungkan gen daripada dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan organisma termodifikasi genetik.

b)

pengumpulan genetik untuk menentukan salasilah atau susur galur tentang keluarga

c)

Teknik yang bertujuan untuk membaiki gen gen mutan (abnormal/cacat

d)

teknologi yang menggabungkan dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetic baharu

34.

Apakah yang dimaksudkan dengan DNA Rekombinan

a)

Teknologi ini menggabungkan gen daripada dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan organisma termodifikasi genetik.

b)

pengumpulan genetik untuk menentukan salasilah atau susur galur tentang keluarga

c)

Teknik yang bertujuan untuk membaiki gen gen mutan (abnormal/cacat

d)

teknologi yang menggabungkan dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetic baharu

35.

Apakah yang dimaksudkan dengan Organisma Termodifikasi Genetik (GMO)

a)

Teknologi ini menggabungkan gen daripada dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan organisma termodifikasi genetik.

b)

pengumpulan genetik untuk menentukan salasilah atau susur galur tentang keluarga

c)

Teknik yang bertujuan untuk membaiki gen gen mutan (abnormal/cacat

d)

teknologi yang menggabungkan dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetic baharu

36.

Antara haiwan berikut yang manakah mempunyai rangka dalam

a)

Obor-obor

b)

Cengkerik

c)

Udang

d)

Ikan

37.

Organisma yang mana mempunyai graf berbentuk seperti rajah?

a)

Kucing

b)

Lintah

c)

Burung

d)

Lipas

38.

Bahagian berlabel yang manakah menunjukkan pertumbuhan negatif

a)

0-3

b)

3-13

c)

20-65

d)

65 ke atas

39.

Rangka adalah sistem sokongan kepada semua jenis haiwan termasuk manusia.

a)

BETUL

b)

SALAH

40.

Tandakan jenis rangka yang terlibat bagi setiap jenis haiwan VETEBRATA

a)

Rangka Luar

b)

Rangka Dalam

c)

Rangka Hidrostatik

41.

Berikut adalah fungsi-fungsi bagi rangka dalam:

a)

menyokong berat badan

b)

mengawal bentuk badan

c)

melindungi organ dalaman

d)

mengekalkan bentuk badan

42.

Berikut adalah fungsi-fungsi bagi rangka hidrostatik:

a)

mengekalkan bentuk badan

b)

mengawal bentuk badan

c)

berperanan untuk pergerakan haiwan tersebut

d)

menyokong berat badan

43.

Peringkat ekdisis ini menyebabkan graf lengkung pertumbuhan haiwan tersebut berbentuk tangga.

a)

BETUL

b)

SALAH

44.

Haiwan seperi lipas dan belalang akan menanggalkan rangka luar berulang kali sehingga mencapai peringkat dewasa menerusi proses ekdisis.

a)

BETUL

b)

SALAH

45.

Bahagian melintang ( I, II, III , IV dan IV ) menunjukkan peringkat pertumbuhan sifar ( tiada pertumbuhan berlaku ) dan disebut sebagai

(a)  

46.

Manakah antara berikut, yang dikoordinasi oleh sistem endokrin?

a)

Pertumbuhan

b)

Ingatan dan pemikiran

c)

Pertuturan

d)

Berjalan

47.

Kelenjar yang manakah boleh mengawal semua kelenjar yang lain?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

48.

Fungsi kelanjar B?

a)

Mengawal kelenjar lain

b)

mengawal metabolisma badan

c)

Mengawal aras gula dalam darah

d)

Mengawal semasa kecemasan

49.

Pernyataan yang manakah benar tentang hormon?

a)

Mengawal tindakan refleks

b)

Dihasilkan di dalam otak sahaja

c)

Dirembeskan oleh kelenjar tanpa duktus

d)

Dihasilkan pada peringkat orang dewasa sahaja

50.

Zurin menjerit apabila dikejar oleh seekor angsa. Kelenjar endokrin yang manakah telah dirangsang?

a)

Pituitari

b)

Tiroid

c)

Adrenal

d)

Pankreas

51.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang koordinasi hormon?

a)

Koordinasi hormon melibatkan gerak balas pantas.

b)

Koordinasi hormon melibatkan kelenjar endokrin.

c)

Koordinasi hormon melibatkan pengaliran darah.

d)

Koordinasi hormon mempunyai kesan yang lama.

52.

Dadah manakah yang boleh meningkatkan kadar metabolisme?

a)

Nikotin

b)

Ekstasi

c)

Gam

d)

Barbiturat

53.

Apakah kesan dadah penenang ke atas koordinasi badan?

a)

Merosakkan otak

b)

Meningkatkan kadar metabolisme

c)

Mengaktifkan sistem saraf

d)

Melambatkan gerak balas terhadap rangsangan

54.

Apakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi minda?

a)

Tekanan kerja

b)

Masalah keluarga

c)

Kesesakan lalu lintas

d)

Pengambilan Dadah

55.

Bilakah rembesan insulin bertambah?

a)

Apabila seseorang mencapai peringkat akil baligh

b)

Selepas seseorang makan ais krim

c)

Apabila seseorang dalam keadaan marah

d)

Apabila seseorang perempuan hamil

56.

Masalah haid, sembelit, sakit kepala dan keguguran rambut pada wanita adalah kesan kekurangan hormon

a)

estregon

b)

Testosteron

c)

Progesteron

d)

tiroksina

57.

Anak lelaki Encik Nasri mengalami kekerdilan sejak kanak-kanak. Apakah punca kepada masalah tersebut?

a)

Terlalu banyak hormon antiduresis

b)

Terlalu banyak hormon testosteron

c)

Kekurangan hormon tiroksina

d)

Kekurangan hormon progestron

e)

Kekurangan hormon pertumbuhan

58.

Rajah menunjukkan leher yang bengkak disebabkan oleh suatu kelenjar. Kelenjar manakah yang terlibat?

a)

Testis

b)

Pancrease

c)

Kelenjar tiroid

d)

Kelenjar pituitari

59.
Nyatakan tugas utama sistem otot pada tubuh manusia ?
a)
Menyimpan mineral
b)
Pergerakan
c)
Sokongan
d)
Perlindungan
60.

Rajah menunjukkan lengan manusia.

Sekirannya X terputus,

a)

lengan tidak dapat membengkok

b)

tangan tidak dapat menggenggam

c)

tulang tidak diikat bersama

d)

sendi siku terkehel

61.

Rajah menunjukkan keratan rentas bahagian toraks seekor burung.

Apakah yang berlaku sekiranya otot X tercedera?

a)

Burung tidak boleh terbang ke hadapan

b)

Burung tidak boleh terbang ke belakang

c)

Burung tidak boleh mengibaskan sayapnya ke atas

d)

Burung tidak boleh mengibaskan sayapnya ke bawah

62.

(a)   ialah tisu penghubung yang kenyal dan kuat yang menyambungkan dua tulang

63.

(a)   bertindak sebagai kusyen pelindung sendi.

64.

Bahan manakah yang terdiri daripada ion?

a)

larutan gula

b)

larutan garam

c)

paku besi

d)

gas neon

65.

Unsur manakah yang boleh wujud dalam pelbagai bentuk zarah?

a)

Unsur oksigen dalam gas oksigen dan air

b)

Unsur hidrogen dalam asid sitrik dan gas hidrogen

c)

Unsur ferum dalam karat dan garam ferum(II) sulfat

d)

Unsur natrium dalam garam biasa dan serbuk penaik

66.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan unsur alkali bumi dalam Jadual Berkala Unsur Moden?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

67.

Berdasarkan rajah di atas, berapakah bilangan elektron valens dalam atom natrium?

a)

1

b)

2

c)

8

d)

11

68.

Apakah susunan elektron bagi atom X dengan nombor proton 9 dan nombor nukleon 19

a)

2.7

b)

2.8

c)

2.8.9

d)

2.8.8.1

69.

Atom kalsium mempunyai 20 elektron. Bagaimanakah atom kalsium membentuk ion?

a)

Menerima 6 elektron untuk menjadi ion negatif

b)

Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion negatif

c)

Menerima 6 elektron untuk menjadi ion positif

d)

Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion positif

70.

Antara berikut, yang manakah bukan cara mencegah pengaratan besi

a)

Pengaloian

b)

Penggalvanian

c)

Pempolimeran

d)

Penyaduran timah

71.

Suatu atom W mempunyai 3 petala dengan 3 elektron valens. Diberi bahawa bilangan neutron dalam atom W ialah 14. Apakah nombor nukleon bagi atom W?

a)

11

b)

13

c)

17

d)

27

72.

Natrium-23 dan natrium-24 ialah isotop. Bilangan neutron dalam natrium-24 ialah 13. Berapakah bilangan neutron dalam natrium-23?

a)

11

b)

12

c)

23

d)

24

73.

Isotop Q boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan mengawet makanan dan buah-buahan. Apakah isotop Q?

a)

Iodin-131

b)

Karbon-12

c)

Kobalt-60

d)

Natrium-24

74.

Isotop T boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan mengesan abnormaliti pada kelenjar tiroid. Apakah isotop T?

a)

Iodin-131

b)

Karbon-12

c)

Kobalt-60

d)

Natrium-24

75.

Isotop ialah atom-atom bagi unsur yang mempunyai bilangan _________yang sama, tetapi mempunyai bilangan _________ yang berbeza.

a)

neutron, proton

b)

proton, neutron

c)

nukleon, neutron

d)

elektron, neutron

76.

Contoh penggunaan isotop dalam bidang nuklear ialah

a)

Uranium-235

b)

Plumbum-210

c)

Natrium-24

d)

Fosforus-32

77.

Mak cik Kiah didapati menghidap penyakit kanser tulang. Apakah isotop yang dapat digunakan untuk merawat mak cik Kiah?

a)

Hidrogen-3

b)

Kobalt-60

c)

Fosforus-32

d)

Iodin-131

78.

Unsur X dan Y adalah isotop. Jika Unsur X mempunyai nombor nukleon 14 dan bilangan neutron 8. Apakah nombor proton bagi Y?

a)

6

b)

8

c)

14

d)

22

79.

Apakah isotop yang digunakan untuk mengawal ketebalan kertas?

a)

Uranium-235

b)

Karbon-14

c)

Amerisium-241

d)

Kobalt-60

80.

Apakah isotop yang digunakan untuk mengkaji usia artifak purba (pentarikhan karbon)?

a)

Uranium-235

b)

Karbon-14

c)

Amerisium-241

d)

Kobalt-60

81.

Oksigen - 18 mempunyai 8 proton berapakah bilangan neutronnya?

a)

10

b)

8

c)

18

82.

Jika unsur Z mempunyai 6 proton dan 7 neutron, apakah nombor nukleon unsur tersebut?

a)

6

b)

7

c)

13

83.

Jika nombor nukleon unsur K ialah 22 dan bilangan neutronnya ialah 11, berapakah bilangan proton unsur tersebut?

a)

22

b)

11

c)

10

84.

Isotop yang digunakan dalam mengkaji kadar penyerapan baja fosforus ialah ...

a)

fosforus-32

b)

uranium-235

c)

iodin-131

85.

Isotop yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik di stesen janakuasa ialah

a)

kobalt-60

b)

amerisium-241

c)

uranium-235

86.

....... digunakan untuk mengkaji lintasaan karbon dalam proses fotosintesis bagi tumbuh-tumbuhan.

a)

natrium-24

b)

fosforus-32

c)

karbon-14

87.

Helium merupakan atom yang stabil apabila mencapai susunan elektron (a)  

88.

Atom natrium mencapai kestabilan dengan menderma ______ elektron valens dan menjadi ion bercas ______________

a)

dua, positif

b)

satu, positif

c)

dua, negatif

d)

satu, negatif

89.

Atom gas neon dan argon mencapai kestabilan kerana mencapai susunan elektron ______________

a)

duplet

b)

oktet