WorksheetsAkta Keselamatan & Kesihatan 1994
Total questions: 10
Worksheet time: 9mins
Apakah prinsip Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994.
I) Perundingan
II) Perundangan
III) Peraturan kendiri
IV) Kerjasama dan penglibatan pekerja
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Bilakah AKKP 1994 telah diwartakan?
A. 15 Januari 1994
B. 25 Januari 1994
C. 15 Februari 1994
D. 25 Februari 1994
Mengapakah AKKP 1994 digubal?
I) Mengatasi kelemahan Akta Kerja 1955.
II) Mengurangkan kadar pemberhentian pekerja.
III) Mengatasi kelemahan Akta Kilang dan Jentera 1967.
IV) Mengurangkan statistik kemalangan di tempat kerja.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
"Dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak di atas mereka yang bekerja dengan bahaya tersebut dan mereka yang mewujudkan bahaya tersebut."
Berdasarkan penyataan di atas, siapakah yang dirujuk sebagai "mereka yang mewujudkan bahaya tersebut"?
A. Majikan
B. Pekerja
C. Penyelia
D. Pengurus
Apakah tujuan Akta Keselamatan & Kesihatan 1994?
I) Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang bekerja.
II) Mewujudkan persekitaran pekerjaan yang bersesuaian
dengan kehendak fizikal pekerja sahaja.
III) Mewujudkan satu sistem perundangan berdasarkan
peraturan-peraturan dan tataamalan industri.
IV) Melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Apakah skop Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994?
A. Semua skop pekerjaan mengikut Jadual Pertama.
B. Semua skop pekerjaan mengikut Jadual Berkala.
C. Semua skop pekerjaan yang terdapat di Malaysia.
D. Semua skop pekerjaan di Malaysia dan Antarabangsa.
Siapakah "majikan" yang terkandung dalam Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994?
I) Majikan Utama
II) Majikan Pertama
III) Majikan langsung
IV) Majikan tidak langsung
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Apakah penalti yang dikenakan sekiranya majikan melanggar AKKP di bawah Seksyen 15 (1)?
A. Denda sehingga RM5,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.
B. Denda sehingga RM5,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya.
C. Denda sehingga RM50,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.
D. Denda sehingga RM50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya.
Apakah syarat bagi majikan untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja?
A. Jumlah pekerja melebihi 20 orang.
B. Jumlah pekerja melebihi 40 orang.
C. Jumlah pekerja melebihi 60 orang.
D. Jumlah pekerja melbihi 80 orang.
Apakah penalti yang dikenakan sekiranya majikan memecat pekerjanya yang membuat aduan tentang keselamatan di tempat kerja?
A. Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
B. Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
C. Denda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
D. Denda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
