WorksheetsBM TINGKATAN 1-3 TATABAHASA
Total questions: 53
Worksheet time: 29mins
Pilih kata hubung yang betul.
1. Amira __________ Adira pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran.
dan
lalu
serta
tetapi
7. Hartawan itu __________ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
sampai hati
putih mata
pilih kasih
salah urat
9. Fakhri mengajar adiknya cara-cara bermain gasing, iaitu melilit tali pada gasing sebelum ____________ gasing itu ke tanah.
merejam
melontar
membuang
menghumban
11. Muka Salina berkerut sewaktu meminum kopi yang terlalu ________________ itu.
pahit
sedap
masin
masam
12. Puan Zana sedang menanak nasi ______________ untuk anaknya yang berusia satu tahun kerana anaknya itu masih belum tumbuh gigi.
lembik
panas
sejuk
halus
15. Fahizal sangat mahir akan ______________ jalan di bandar Kota Kinabalu memandangkan dia berasal dari Sabah.
gerak-geri
selok-belok
lalu-lalang
simpang-siur
Kakak pulang awal pada hari ini kerana dia hanya bekerja _____________ hari.
sesetengah
semua
setengah
segala
Pasukan _____________ dari Malaysia telah berlepas ke negara jiran untuk membantu mangsa gempa bumi.
karyawan
sukarelawan
cendekiawan
negarawan
Pejalan-pejalan kaki itu terpaksa mencari tempat ________________ kerana hujan lebat.
bersembunyi
bermalam
berkeliaran
berteduh
Burung helang _ pada dahan pokok sambil memerhatikan mangsanya.
berkokok
bertenggek
berterbangan
berkicau
Wendy menghadiahi ibunya seutas _ emas sebagai tanda sayangnya kepada ibu tercinta.
cincin
anting-anting
permata
gelang
Ibubapa dinasihatkan agar sentiasa memantau perlakuan anak-anak mereka.
ibu bapa
ibubapa
____________ waktu cuti sekolah kamu dengan aktiviti yang berfaedah.
Kosongkan
Muatkan
Penuhi
Isikan
Kerani itu sedang mencetak penyata gaji _________ Encik Majid.
harian
akhiran
rumusan
tahunan
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapan pilihan anda.
1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
keledek goreng
menghidang
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapan pilihan anda.
5. Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.
hal-hal lain
pengurus
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Klik pada jawapan pilihan anda.
3. Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid.
Galakan
ibubapa
Peribahasa yang sesuai yang boleh digambarkan dalam gambar rajah di atas ialah ......
Dimana ada udang di situ ada garam
Ada udang ada garam
Ada udang di sebalik garam
Udang goreng bergaram
Adik saya yang berusia dua setengah tahun sudah petah berkata-kata.
dua sesetengah jam
dua jam setengah
setengah dua jam
setengah jam dua
“Maklumkan kepada Hang Tuah bahawa beta akan berangkat ke Melaka selepas solat Asar,” kata Sultan Mahmud kepada Hang Nadim.
titah
mengatakan
berkata
bercakap
Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita penyakit angin ahmar.
berhari-hari
berabad-abad
bertahun-tahun
berkurun-kurun
Tuan Zaidi mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
sebahagian
sesetengah
beberapa
ribuan
Pilih 2 ejaan yang salah.
1990-an
1990 an
lojistik
logistik
Pilih perkataan yang sinonim dengan perkataan “sunyi”.
bising
riuh
lengang
tenang
Pilih antonim bagi perkataan “rapi”.
kemas
buruk
kusut
elok
Haziq memandu vannya yang ____________ itu dengan berhati-hati.
baharu
usang
uzur
kecil
______merupakan lambang bagi negara Malaysia.
Radio Televisyen Malaysia
Utusan Malaysia
Sukan Malaysia
Jalur Gemilang
Sumbangan idea yang bernas untuk memajukan negara diharapkan daripada para _______________ .
cendekiawan
sukarelawan
dramawan
budayawan
Perlawanan akhir badminton antara Malaysia dengan Indonesia _____ dengan sorakan penonton yang _____ Stadium Negara.
gamat ... membanjiri
sepi ... memenuhi
bising ... memuat
heboh ... mengisi
Sultan Mahmud Syah sedang _____ di singgahsana sambil dihadap oleh hulubalang.
beradu
bersiram
bersantap
bersemayam
Suasana di rumah Puan Shanti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang
bercuti.
riuh-rendah
kucar-kacir
kelam-kabut
huru-hara
Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.
menghempap
menghempas
menghenyak
menghimpit
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.
beratur
berlunjur
bersimpuh
bertingguh
"_____________ tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba!" titah Tuanku Muadzam dengan murka.
Beta
Saya
Patik
Baginda
Mereka ______________ sambil minum petang di anjung rumah.
bertitah
berfikir
bergurau
bersembang
Pegawai itu sedang ___ pingat ke atas seorang pemenang.
mengalungkan
membubuh
memberi
menyampaikan
Ibu sedang ___ bawang untuk memasak.
memotong
menyabit
menebas
menghiris
Mak Cik Khatijah _____ 2 buah bakul yang berisi sayur untuk dijual di pasar.
menjunjung
mengandar
membimbit
menggalas
Setiap hari Jaasvinesh dan Harish ____ beg ke sekolah.
menggalas
menjinjing
menjunjung
membimbit
Pak Man ____ setandan pisang ke pasar untuk dijual.
membimbit
menggalas
menjunjung
memikul
Ibu ____ dulang yang berisi makanan kepada tetamu.
membawa
menatang
memegang
memapah
Yati pandai ____ roti canai sehingga menarik perhatian para pelanggan di kedai makannya...
membaling
menebar
menghayun
mengguling
Seorang lelaki muda sedang _____ basikal kerana tayar basikalnya pancit.
menolak
menuntun
mengayuh
menunggang
Perempuan yang jelita itu _____ biola untuk lagu "Cindai Malam".
menggeser
menarik
menggesek
menekan
Pak Mat _____ semak - samun di belakang rumahnya.
menebang
memotong
menebas
menetak
Penebar roti canai itu _____ tepung untuk hari esok.
menebar
menguli
mengguling
memicit
Ibu _____ buah oren itu untuk sarapan pagi.
kisar
menggisar
mengisar
mengisarkan
Seorang lelaki dewasa ______ anaknya ke sekolah.
membawa
memegang
membimbit
memimpin
Abang sedang _____ ikan kerapu di atas bara api.
membakar
memanggang
memasak
mereneh
