WorksheetsNOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Tiada istilah takut dalam kamus hidupnya.
"Hmm ... anak renjer hutan bukan penakut" Dia berbisik sendiri memujuk diri..
Siapakah lima orang yang berjanji akan membantu Puteri Coleoptera menewaskan Caucasus?
Farhani, James, Chea Mei, Haikal, Devnath
Mira, Kim Yong, Haikal, Devnath, Wei
Farhani, Haikal, Devnath, Kim Yong, Wei
Mira, Muhammad Faris Akmal, Kim Yong, Devnath, Haikal
Tema novel ini ialah
kegigihan Farhani berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan
kegigihan Farhani dan rakan-rakannya berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan
kegigihan remaja berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan
Dia merasakan dirinya umpama duduk dalam keranda.
Nyatakan gaya bahasa bagi perkataan bergaris diatas?
anafora
simile
metafora
repetisi
Farhani sanggup mencari kumbang seorang diri demi melaksanakan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Salimah.
Kenyataan diatas merujuk kepada nilai?
baik hati
kerjasama
tanggungjawab
hormat-menghormati
Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang bersih kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai Komander Caucasus dan tenteranya.
Nilai yang boleh dinyatakan berdasarkan pernyataan tersebut ialah:
Nilai kesungguhan
Nilai baik hati
Nilai kerajinan
Nilai kebijaksanaan
Masyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan Farhani dan Kim Yong. Berita kehilangan mereka mendapat liputan yang meluas dalam media massa dan pegawai daripada jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran serta pegawai penyiasat polis.
Antara berikut, latar masyarakat yang manakah menggambarkan pernyataan di atas?
Masyarakat Yang Rajin Menimba Ilmu Sains
Masyarakat Berbilang Kaum Dan Agama Yang Bersahabat Baik Dan Saling Menghormati
Masyarakat Yang Prihatin Terhadap Keselamatan Murid-Murid Sekolah
Masyarakat Yang Menjalankan Tugas Dengan Penuh Dedikasi
Hilang? Hilang ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa?
Gaya bahasa yang terdapat dalam dialog di atas ialah:
Bahasa istana
repetisi
simile
Kata ganda
Siapakah ibu bapa Farhani?
Encik Zainal dan Puan Salimah
Encik Shukur dan Puan Kiah
Encik Adnan dan Puan Asmah
Encik James dan Puan Mariah
Siapakah tali barut Komander Caucasus yang mendedahkan tempat persembunyian Farhani dan rakan-rakannya di hutan?
Bara
Dara Bintik
Kunang-kunang
Dara Merah
Mengapakah Dara Merah berasa gembira melihat Endosulfan di tangan Farhani?
cecair tersebut adalah baja untuk tanaman yang menjadi makanan kumbang
spesies kumbang memerlukan Endosulfan untuk tumbesaran
Maharaja Tanduk dapat menguasai dunia manusia dengan cecair tersebut
cecair tersebut boleh menewaskan Komander Caucasus
Mengapakah dunia kumbang mencipta serum?
untuk menjadi halimunan ketika mereka memasuki kebun atau hutan manusia
untuk membunuh manusia yang mengurung dan menjadikan mereka sebagai bahan pameran
untuk menajamkan tanduk dan kaki mereka
untuk hidup di dimensi kumbang yang berbeza ketumpatan udara
Mengapakah Farhani dan rakan-rakannya tidak menceritakan tentang dunia kumbang kepada keluarga dan pihak media?
supaya mereka dapat kembali lagi ke dimensi tersebut pada masa akan datang
supaya media tidak menularkan cerita tersebut untuk populariti
supaya kerajaan dimensi kumbang tidak menjadi mangsa serakah nafsu manusia
supaya mereka tidak dipandang serong oleh masyarakat
Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjalankan tugasan yang diberikan.
Apakah contoh peristiwa yang paling tepat untuk menerangkan pengajaran di atas?
Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya yang berketurunan baba dan nyonya
Farhani menjalankan kerja projek yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sainsnya, iaitu mencari kumbang
Farhani menghulurkan air minuman yang diisi dalam tempurung kepada Kim Yong yang begitu dahaga
Encik Adnan dan isterinya melayani kunjungan Cikgu Salimah ke rumah mereka dengan begitu mesra
Semua nilai murni berikut terkandung dalam Novel TKC kecuali
keberanian
hormat-menghormati
kerjasama
cinta akan tanah air
