NEW
Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA-TAHUN 5
Total questions: 50
Worksheet time: 26mins
"Sudah lama _________ sekeluarga berpindah ke kampung ini,"kata Pak Samad kepada pegawai itu.
kita
kami
dia
kalian
Cikgu Kamaruddin __________ menyiapkan kertas kerja lawatan ke Muzium Negara walaupun hari telah lewat malam.
boleh
masih
sudah
telah
Sekolah kami telah ____________ dengan pelbagai prasarana moden yang disumbangkan oleh seorang dermawan.
kelengkapan
melengkapkan
dilengkapi
melengkapi
Cikgu Suriani menegur Zahid supaya membaiki tulisannya yang _____________ itu.
kaki ayam
lipas kudung
cakar ayam
buta huruf
Jalan tar yang rosak teruk di Kampung Bahagia itu sudah pun ___________ dengan tar oleh pihak Jabatan Kerja Raya.
diganti
diturap
dibubuh
ditampal
Keropok di dalam tin itu masih ____________ lagi kerana penutupnya ditutup dengan rapat.
rangup
garing
lemau
rapuh
Adilah masih makan di kantin ________ loceng sudah berbunyi.
semenjak
lantaran
sewaktu
meskipun
Yuran penyertaan pertandingan itu agak murah iaitu RM5 _____________.
hanya
juga
lagi
sahaja
Puan Sharmela menggunakan ___________ khas untuk melazatkan masakannya.
rumput-rampai
rempah-ratus
lauk-pauk
sayur-mayur
Karim telah menerima ______________ setelah dia tidak menjelaskan bayaran bulanan keretanya selama dua bulan.
surat aduan
surat akuan
surat amaran
surat sumpah
Kamil menasihati adiknya agar tidak berputus asa walaupun gagal dalam __________ itu.
temu bual
temu duga
temu jodoh
temu muka
Kempen derma darah _________ salah sebuah syarikat televisyen tempatan itu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.
beranjur
anjuran
penganjur
penganjuran
Pelampung adik telah menjadi ______________ setelah tercucuk dengan sebatang kayu yang tajam.
kempis
susut
nipis
kecil
5. "Mari kita duduk di ____________," kata Mira kepada Sonia.
ini
sana
itu
sini
6. Hasil tunjuk ajar ayahnya, Nazim berjaya menulis empat ____________ sajak.
untai
utas
potong
patah
7. Kita perlu menjaga kebersihan sungai ____________ sungai kita tidak tercemar.
kerana
bahawa
hingga
supaya
8. Bau longkang itu busuk ____________ kerana sudah lama tidak dibersihkan.
agak
terlalu
benar
paling
9. Ibu Hazim selalu menegur sikap ____________ Hazim yang selalu membazirkan sabun ketika mandi.
bengis
liar
buruk
hodoh
10. Beberapa orang ____________ sedang mengutip sampah di kawasan air terjun.
sejarawan
sukarelawan
sukarelawati
budayawan
11. "Saya sebagai ____________ Kelab Alam Sekitar ingin mencadangkan agar kita mengadakan program kitar semula di sekolah ini," kata Fauzan.
setiausaha
warganegara
kakitangan
sukarela
12. Saya tidak ____________ melihat anak kucing itu kelaparan di tepi jalan.
ada hati
jauh hati
sampai hati
bulat hati
14. Ibu memasukkan se_____________ garam dalam kari ikan yang dimasaknya.
genggam
cubit
jambak
berkas
19. Anak-anak yang _______________ di sungai itu lari _______________ apabila mendengar bunyi ngauman itu.
mandi-mandi, kelam-kabut
mandi-manda, lintang-pukang
mandi-manda, hoyong-hanyang
mandi-mandi, gopoh-gapah
20. Tulang bumbung itu dipasang _____________ supaya kukuh dan tidak mudah ditiup angin.
kekisi
jejari
tetupai
kekuda
Encik Goh dan keluarganya berkunjung ke rumah saudaranya pada Tahun Baharu Cina.
Perkataan yang bergaris bermaksud ____________
tidur
berbual
melancong
melawat
Semua murid Tahun Enam Bestari mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR ___________ Wei Seng.
sekiranya
kecuali
atau
walaupun
________ menunggu ketibaan jurulatih, para pemain bersembang di bawah sebatang pokok yang rendang.
Manakala
Kalau
Jika
Sementara
Harta benda mangsa-mangsa banjir telah _________ air bah.
kehanyutan
berhanyutan
menghanyutkan
dihanyutkan
Bunyi yang mersik boleh menyebabkan kerosakan pada _________ telinga.
gegendang
lelangit
jejari
dedaun
Pekerja-pekerja sangat menghormati Encik Lim yang bersikap adil itu kerana beliau tidak pernah _____________ antara mereka.
tahi minyak
senyum kambing
pilih kasih
perang mulut
"____________ mahu beberapa orang pengawal berkawal di hadapan pintu masuk," titah sultan.
Beta
Tuanku
Hamba
Patik
Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun akan dilakukan secara _________________.
riuh-rendah
kacau-bilau
gotong-royong
lintang-pukang
Encik Wong bertugas sebagai _____________ di Perpustakaan Negara sejak tahun 1995.
olahragawan
pramugara
pustakawan
jutawan
Pak Haji membeli beberapa _____________ buluh dan lima ______________ kelapa untuk membuat lemang.
batang ... buah
ruas ... biji
rumpun ... ulas
potong ... butir
Helen memberitahu Siti bahawa _______________ daripada penduduk di situ ialah golongan tua.
semua
sepertiga
keempat
beberapa
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Pihak polis akan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang.
Undang-undang perlu dipatuhi oleh pengguna jalan raya dan pihak polis.
Pengguna jalan raya akan mengambil tindakan kepada pihak polis yang tidak mematuhi undang-undang.
Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang akan dikenakan tindakan oleh pihak polis.
Pihak polis yang mematuhi undang-undang akan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya.
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai cincin dengan permata
Pasangan yang sama tetapi tidak cantik dan sepadan
Pasangan yang sama cantik dan sepadan
Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.
menanak ... menjerang
memasak ... mendidihkan
menanak ... merebus
mengukus ... menjerang
Kasihan Amri. Sudahlah bas sekolah meninggalkannya, tayar basikalnya pula pancit. Peribahasa yang sesuai ialah
sudah jatuh ditimpa tangga
biar lambat asal selamat
sudah terhantuk baru terngadah
nasi sudah menjadi bubur
Beberapa kuntum bunga ros di halaman rumah Fatin telah ______________ serta mengeluarkan bau yang sungguh harum.
mekar
rimbun
kuncup
kembang
Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.
comot ... terputus
pudar ... tertatal
lusuh ... meretas
kusam ... mengoyak
Ibu menumbuk cili itu sehingga ____________ hanya dengan menggunakan lesung batu.
lumat
pecah
hancur
lembut
Sarah membantu ibunya ______________ bawang putih untuk ditumis ke dalam periuk.
membelah
menghiris
menyiang
mencantas
____________, kamu terpilih untuk menyertai pertandingan hafazan kali ini !
Syabas
Amboi
Aduh
Aduhai
Pilih ayat yang betul.
i. Rezza ialah adik kandung saya.
ii. Minum arak ialah salah di sisi agama.
iii. Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam.
iv. Masjid adalah rumah ibadah bagi umat Islam.
ii dan iii
i dan iii
i, ii dan iii
i, ii, dan iv
Dua orang pencuri diberkas oleh polis kerana _____________ telah meragut beg tangan seorang wanita.
dia
beliau
mereka
baginda
Amalan menabung hendaklah dipupuk dalam kalangan murid sejak kecil seperti _________________________.
menarik rambut dalam tepung
alah membeli menang memakai
anjing dengan kucing
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Pilih ayat yang betul.
Cikgu Tan tampalan poster tentang Hari Keusahawanan pada papan kenyataan sekolah.
Nina memasukkan baki wang belanjanya ke dalam tabung.
Kedai coklat Puan Liza itu terletak ke bandar Kajang.
Kakak menggunakan lima buah telur untuk membuat kek mentega.
