Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perakaunan Kos

Total questions: 25

Worksheet time: 1hrs 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan definisi perakaunan kos menurut Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)?

a)

Sebahagian daripada perakaunan pengurusan yang menyediakan kos yang dibelanjawankan serta kos piawai dan kos sebenar bagi operasi, proses jabatan atau keluaran serta analisis varian, kebolehuntungan dan kegunaan kewangan kepada sosial.

b)

Pemprosesan dan penilaian data kos operasi untuk mengeluarkan maklumat bagi pelaporan kewangan, perancangan dankawalan dalaman dan bagi keputusan-keputusan tertentu.

c)

Proses mengumpul, mengelas, merekod dan mengintepretasi urusniaga mengikut standard yang telah di tetapkan.

d)

Penggunaan prinsip, kaedah dan teknik perakaunandan pengekosan di dalam penentuan kos dan penganalisaan simpanan atau lebih berbanding dengan pengalaman 2 standard yang lepas

2.

Apakah tujuan Akaun Pengeluaran disediakan?

a)

Merancang proses pengeluaran

b)

Mengira untung atau rugi pengeluaran

c)

Menunjukkan kos yang terlibat dalam pengeluaran

d)

Menyatakan kedudukan kewangan firma pengeluaran.

3.

Rumus Bahan langsung...

a)

kos bahan langsung= Inventori Awal Bahan Langsung+Belian Bahan Langsung-Inventori Akhir Bahan Langsung

b)

kos prima + kos overhed

c)

kos bahan langsung+ belanja langsung

d)

kos buruh langsung+kos buruh tak langsung

4.

Butiran manakah merupakan kos buruh langsung ?

a)

Upah pekerja kilang

b)

Gaji penyelia kilang

c)

Upah pengurus kilang

d)

Upah penyelenggaraan kilang

5.

Kos buruh langsung ialah ...

a)

Kos buruh yang terlibat secara langsung dalam proses menukar bahan mentah kepada barang siap.

b)

Kos buruh yang terlibat secara langsung dalam proses menukar barang siap kepada bahan mentah.

c)

Kos yang melibatkan pembersihan sesebuah kilang.

d)

Kos yang melibatkan pentadbiran sesebuah syarikat.

6.

Dalam penyediaan Akaun Pengeluran, komponen yang manakah cap dagangan (paten) akan dicatat?

a)

kos overhed

b)

belanja langsung

c)

kos buruh langsung

d)

kos bahan langsung

7.

Apakah rumus bagi kos prima ?

a)

Kos bahan langsung + Kos buruh langsung – kos overhed

b)

Kos bahan langsung + Kos buruh langsung + kos overhed

c)

Kos bahan langsung + Kos buruh langsung + Kos belanja langsung

d)

Kos bahan langsung + Kos buruh langsung - Kos belanja langsung

8.

Item manakah yang diambil kira dalam

menghitung Kos Prima?


I Belanja alat kecil

II Susut nilai mesin

III Gaji operator kilang

IV Angkutan masuk bahan langsung

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

9.

Berikut merupakan maksud kos overhed KECUALI...

a)

kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi perlu dibelanjakan

b)

sebahagian besar kos overhed adalah kos tetap

c)

contoh kos overhed ialah bayaran royalti

d)

merupakan semua belanja selain bahan langsung, buruh langsung dan belanja langsung

10.
a)

Kos overhed

b)

Kos langsung

c)

Kos pengeluaran

d)

Kos buruh langsung

11.

Upah operator kilang merupakan...

a)

kos prima

b)

kos bahan langsung

c)

kos buruh langsung

d)

kos buruh tak langsung

12.

Antara berikut yang manakah merupakan butiran Kos Overhed?

a)

Loji dan alatan kilang

b)

Susut nilai alatan kecil

c)

Sewa bangunan pejabat

d)

Gaji Operator Pengeluaran

13.

Apakah maksud Titik Pulang Modal?

a)

Satu teknik yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang hasil yang diperoleh bersamaan dengan kos yang ditanggung

b)

Satu teknik yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang perbelanjaan kos tetap

c)

Satu teknik yang digunakan oleh perniagaan untuk mengira harga jualan

d)

Satu teknik yang digunakan oleh perniagaan untuk mempromosikan perniagaan

14.

Yang manakah benar tentang TPM

a)

Jumlah hasil > jumlah kos

b)

Jumlah hasil < jumlah kos

c)

Jumlah hasil = jumlah kos

d)

Jumlah kos > jumlah hasil

15.

Apakah garisan X dan garisan Y?

a)

X : Kos tetap

Y : Kos berubah

b)

X : Jumlah kos

Y : Kos tetap

c)

X : Hasil

Y : Belanja

d)

X : Belanja

Y : Hasil

16.

Penyataan manakah yang menerangkan kos berubah?

a)

Belanja yang berkadar terus dengan perubahan volum pengeluaran

b)

Belanja yang berkadar songsang dengan perubahan volum pengeluaran

c)

Belanja yang tetap dan berubah mengikut perubahan volum pengeluaran

d)

Belanja yang tidak dipengaruhi oleh perubahan volum pengeluaran

17.

Antara berikut yang manakah betul bagi contoh kos berubah?

a)

Sewa kilang

b)

Insurans kilang

c)

Kos bahan langsung

d)

Gaji pengurus kilang

18.

Pernyataan manakah yang menerangkan kos tetap?

a)

Kos yang malar walaupun tingkat pengeluaran sifar

b)

Kos yang berkadaran dengan tingkat pengeluaran

c)

Kos tetap tidak berubah dalam jangka panjang

d)

Kos bahan mentah adalah kos tetap

19.

Syarikat Mega Sports Sendirian Berhad bercadang untuk menghasilkan raket badminton. Maklumat berikut telah diberikan oleh akauntan syarikat untuk menentukan bilangan unit raket yang perlu dikeluarkan.

Sewa Kilang : RM 10 000 sebulan

Kos berubah seunit raket : RM 50

Harga jualan seunit raket : RM 100

Berapakah unit raket badminton yang perlu dikeluarkan untuk mencapai titik pulang modal (TPM)?

a)

A 1200

b)

B 2400

c)

C 4080

d)

D 8160

20.

Maklumat di bawah diperoleh daripada Syarikat ODS Sdn. Bhd.


Kos tetap : RM140,000

Harga sebotol air mineral : RM2.20

Ko berubah seunit : RM0.80


Berapakah botol air mineral yang perlu dijual untuk mencapai Titik Pulang Modal?

a)

A 46 666

b)

B 100 000

c)

C 112 000

d)

D 175 000

21.

Maklumat di bawah berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 30 000 unit produk X.


Kos Tetap : RM360 000

Bahan Langsung : RM150 000

Buruh Langsung : RM120 000


Apakah titik pulang modal (unit) bagi pengeluaran produk X sekiranya harga produk itu ialah RM15 seunit ?

a)

A. 60 000 unit

b)

B. 56 000 unit

c)

C. 42 000 unit

d)

D. 36 000 unit

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 20,000 unit produk T.

Kos tetap : RM300,000

Bahan langsung : RM140,000

Buruh Langsung : RM 100,000

Apakah titik pulang modal (TPM) dalam unit bagi pengeluaran produk T sekiranya harga jualan produk itu ialah RM15 seunit?

a)

A. 60,000 unit

b)

B. 70,000 unit

c)

C. 90,000 unit

d)

D. 100,000 unit

23.

Perniagaan Anna menjual bedak jenama Cantik pada harga RM50 seunit. Kos berubah seunit adalah Rm35 manakala kos tetap adalah RM 300 000.

Berapa unit yang perlu dijual untuk mendapatkan pulangan modal?

a)

A. 20 000 unit

b)

B. 3529 unit

c)

C. 8571 unit

d)

D. 6000 unit

24.

Apakah istilah yang digunakan bagi lebihan harga jualan daripada kos berubah?

a)

Untung

b)

Tokokan

c)

Margin Caruman

d)

Titik Pulang Modal

25.

Maklumat berikut berkaitan kos pengeluaran kerepek oleh Orang Desa Enterprise


Kos tetap RM20 000

Harga jualan RM2 sekilogram

Margin caruman RM5 sekilogram


Berapakah titik pulang modal sekiranya kos tetap meningkat sebanyak RM10 000?

a)

2 000 kilogram

b)

6 000 kilogram

c)

12 000 kilogram

d)

15 000 kilogram