Font size
WorksheetsKuiz Bahasa Melayu 1
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah.
mengumpul
berkumpul
kumpulan
dikumpul
Bas yang dinaiki oleh Amir telah ____________ dalam kemalangan.
penglibatan
melibatkan
terlibat
dilibat
Pesawah itu _______________ di bawah pokok kerana penat bekerja.
ditidur
tertidur
menidur
ketiduran
Semua borang _________________ hendaklah sampai kepada pihak penganjur seminggu sebelum pertandingan.
disertai
disertakan
penyertaan
menyertai
Pada minggu hadapan Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya akan mengadakan _____________ menulis karangan.
diadu
beradu
mengadu
peraduan
Abang dilarang ________________ dengan budak-budak di simpang jalan itu kerana mereka kacang hantu.
berkawankan
berkawan
dikawani
kawani
Budak lelaki itu menangis kerana _____________ duri pokok bunga kertas.
memijak
berpijak
terpijak
dipijak
Aminah berusaha _________ basikalnya yang rosak.
membaikkan
membaiki
kebaikan
pembaikan
Adik _______ bajunya lalu memasukkannya ke dalam mesin basuh.
menanggalkan
tanggalkan
tanggal
Kebanyakan ________ merebak berpunca daripada sikap masyarakat sendiri yang tidak mementingkan kebersihan.
penyakit
kesakitan
pesakit
menyakiti
Projek yang telah dirancang itu akan melibatkan ______________ orang ibu bapa murid
para
semua
beberapa
sesetengah
Encik Razif sampai di pejabat lewat ___________jam kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
kelima
separuh
setengah
segelintir
Tokoh sukan itu tidak menghiraukan kata-kata negatif__________orang terhadapnya apabila beliau kalah.
para
segala
segelintir
masing - masing
Festival makanan itu mempamerkan ______ jenis kuih tempatan yang terdapata di Malaysia.
sebahagian
seluruh
pelbagai-bagai
pelbagai
_____________________cara dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di pusat-pusat bandar.
Ribuan
Semua
Setengah-tengah
Berbagai-bagai
______________daripada penduduk setinggan di kawasan itu enggan berpindah ke penempatan baharu.
Beberapa
Sebahagian
Setiap
Semua
Buah nangka ini akan dibahagi dua. Jadi, seorang akan dapat _____________.
seperdua
sepertiga
seperempat
seperlima
Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________.
semua
seluruh
separuh
sesetengah
_______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam panas.
Tiga suku..........sekalian
Setengah ....... beberapa
Seluruh....sekalian
Seluruh....setiap
Apabila Cikgu Santhi masuk ke dalam kelas, murid-murid pun mengeluarkan buku Bahasa Melayu _________.
setiap
sebahagian
tiap-tiap
masing-masing
