Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara berikut menerangkan tentang kepentingan menghormati amalan beribadat dan kepercayaan jiran?

a)

Hidup bersatu padu dan harmoni

b)

Mewujudkan suasana yang tidak selesa dengan jiran

c)

Kepentingan diri diutamakan dan kepentingan jiran diabaikan

2.

Kamu ternampak Mohan mengherdik anak jirannya, Kamit yang sedang melakukan pemujaan memuji Tuhannya. Apakah tindakan kamu?

a)

Membiarkannya

b)

Menegurnya dan menasihatinya

c)

Menjauhkan diri daripadanya

3.

Tidak saling menghormati amalan ibadat dan kepercayaan jiran mengakibatkan

a)

wujud prasangka buruk terhadap jiran

b)

lahir suasana harmoni

c)

jiran menyayangi kita

4.

Aliman, seorang jiran yang kurang upaya meminta kamu menemaninya pergi ke kedai runcit. Apakah yang patut dilakukan?

a)

Memarahi dan mengejeknya

b)

Segera menemaninya pergi ke kedai

c)

Mencari pelbagai alasan untuk menolak ajaknya

5.

Antara yang berikut, yang manakah yang menunjukkan kamu seorang yang bertanggungjawab?

a)

Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong

b)

Tidak mengambil tahu hal ehwal keselamatan jiran

c)

Tidak prihatin apabila jiran terlantar sakit di hospital

6.

Pilih pernyataan yang betul mengenai amalan baik hati sesama jiran.

a)

Berlaku perselisihan faham

b)

Mendorong kepada hubungan yang tidak harmoni

c)

Memberi sokongan moral dan bantuan dengan ikhlas

7.

Amalan saling bantu-membantu adalah amalan yang mulia kerana

a)

dapat meringankan aktiviti seharian

b)

dapat mewujudkan sikap berlumba-lumba

c)

dapat memupuk sikap prihatin sesama jiran

8.

Kamu ternampak banyak tin-tin kosong di belakang rumah jiran yang menyebabkan nyamuk aedes membiak. Apakah tanggungjawab kamu sebagai jiran?

a)

Memarahi jiran

b)

Buat tidak tahu

c)

Menegur dan menasihati jiran

9.

Pada pendapat kamu, apakah faedah melibatkan diri dalam aktiviti kejiranan?

a)

Jiran berasa bangga dan menghargai sikap kamu

b)

Jiran akan memberikan ganjaran yang besar

c)

Jiran memandang serong terhadap kamu

10.

Amalan pergi ke gereja dan membaca kitab Bible merupakan amalan ibadat jiran yang beragama

a)

Islam

b)

Buddha

c)

Kristian

11.

Jiran saya, Salwa sedang berpuasa hari ini. Saya patut

a)

makan dan minum di hadapannya

b)

tidak makan dan minum di hadapannya

c)

memperlekehkan amalan ibadat dan kepercayaan

12.

Sikap saling hormat-menghormati merupakan amalan yang

a)

tidak perlu dipraktikan

b)

menyusahkan

c)

terpuji dan mulia

13.

Pricilla berpakaian mengikut kesesuaian majlis. Dia juga tidak berpakaian seksi. Pricilla mengamalkan nilai

a)

kesederhanaan

b)

baik hati

c)

kerajinan

14.

Guru akan berasa ........... apabila murid mengamalkan sikap berterima kasih.

a)

sedih

b)

kecewa

c)

bangga

15.

Shashwini beratur semasa membeli makanan di kantin. Dia mengamalkan nilai

a)

cintakan negara

b)

patuh pada peraturan dan undang-undang

c)

berterima kasih

16.

Kita tidak digalakkan memakai pakaian yang berwarna hitam semasa mengunjungi rumah rakan yang berbangsa ........ pada Tahun Baru Cina

a)

Cina

b)

India

c)

Melayu

17.

Individu yang mengamalkan nilai ........... akan mematuhi ajaran agamanya.

a)

kebersihan fizikal dan mental

b)

hemah tinggi

c)

kepercayaan kepada Tuhan

18.

Jimmy dituduh mencuri. Dia berani menegakkan kebenaran bahawa dia tidak mencuri. Jimmy mengamalkan nilai

a)

harga diri

b)

kasih sayang

c)

kesederhanaan

19.

Berikut ialah cara menghargai sumbangan orang lain, kecuali

a)

mengucapkan terima kasih

b)

meminta jiran membalas jasa kita

c)

memberikan kad ucapan tanda penghargaan

20.

Semua yang berikut merupakan amalan yang mulia, kecuali

a)

bertanya khabar

b)

menghormati orang tua

c)

membaling batu ke arah anjing