Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Asas Perkhemahan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai kemudahan yang minima.

Penyataan diatas merujuk kepada maksud:

a)

rumah

b)

kereta

c)

kedai

d)

khemah

2.

Pilih gambar bagi khemah bentuk ‘A’

a)
b)
c)
d)
3.

Berikut ialah alatan individu yang perlu dibawa ke perkhemahan:

a)

Kayu pancang khemah

b)

Lampu picit dan wisel

c)

Wayar sambung elektrik

d)

Peti Pertolongan Cemas

4.

Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan, berikut adalah perkara yang perlu diambil kira, KECUALI:

a)

Berhampiran dengan pantai

b)

Kemudahan asas yang mencukupi

c)

Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin

d)

Mudah berhubung dengan pihak polis dan hospital

5.

Khemah jenis ini sesuai digunakan di kawasan tanah rendah. Khemah ini memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas. Jenis khemah ini ialah……

a)

Dome tent

b)

Igloo tent

c)

Bell tent

d)

A tent

6.

Peserta yang menyertai perkhemahan ini akan berasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Perkhemahan ini bertujuan……

a)

Rekreasi

b)

Berorientasi Sosial

c)

Menghargai Alam Semula Jadi

d)

Membuka Mata Perihal Kesihatan

7.

Surat-surat kebenaran perlu disediakan untuk semua aktiviti perkhemahan di sekolah. Antara surat kebenaran yang berikut perlu diperolehi oleh setiap individu sebelum dibenarkan untuk mengikut aktiviti perkhemahan.

a)

Surat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri

b)

Surat kebenaran pihak polis

c)

Surat kebenaran ibu bapa

d)

Surat kebenaran hospital

8.

Kemudahan asas peribadi untuk perkhemahan biasa bergantung kepada jenis dan bilangan hari perkhemahan. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang dibawa oleh anak murid hendaklah ………. daripada berat badan kerana beratan ini adalah sesuai dipikul pada jarak yang jauh.

a)

1/2

b)

1/3

c)

1/4

d)

1/5

9.

Antara jawapan berikut, yang manakah merupakan fungsi bahan bakar

i. Membuat unggun api

ii. Menghalau serangga

iii. Sumber cahaya

iv. Memasak

a)

i,ii,iii

b)

i,ii,iv

c)

ii,iii,iv

d)

i,ii,iii,iv

10.

Mempunyai tiang yang melintang disepanjang bumbung.

-Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dilipat dan dibawa.

Berikut merupakan cici-ciri untuk jenis khemah:

a)

Khemah ridge

b)

Khemah frame

c)

Khemah igloo

d)

Khemah dome

11.

Gambar tersebut merupakan gambar bagi jenis khemah:

a)

khemah ridge

b)

khemah frame

c)

khemah bell

d)

khemah dome

12.

Jawapan di bawah merupakan perkara asas untuk memilih lokasi perkhemahan kecuali:

a)

Ada sumber air berhampiran

b)

Tapak yang lebih tinggi dari punca air

c)

Mudah dapatkan bantuan

d)

mempunyai liputan talian internet

13.

Mengapa kita perlu mengelakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang berdahan atau pokok mati?

a)

Pokok tersebut kurang menghalang cahaya matahari

b)

Risiko untuk dahan mati jatuh menimpa khemah adalah tinggi

c)

Daun pokok tersbut mudah gugur dan berselerak

d)

Pokok tersebut tidak boleh dijadikan bahan bakar.

14.

Api sangat penting semasa perkhemahan. Ia berfungsi untuk:

a)

Membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan, dan memasak

b)

Membakar sampah dan mengeringkan baju

c)

Mendinginkan Kawasan perkhemahan

d)

Dijadikan permainan dan hiburan semasa berkhemah

15.

Peralatan asas perkhemahan merangkumi:

i. Perkakasan Komputer

ii. Perkakasan Perkhemahan

iii. Perkakasan Am dan Barangan Persendirian

iv.Perkakasan Memasak

a)

i,ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i,ii,iii dan iv