wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 4

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.
Pihak polis mengambil______________ pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
a)
jawapan
b)
maklum balas
c)
keterangan
d)
perangkaan
2.

Amri tidak hadir ke sekolah kerana mengikut keluarganya menghantar abangnya melanjutkan pelajaran di ____________ .

a)

Hospital Sultanah Aminah

b)

Pulau Langkawi

c)

Universiti Kebangsaan Malaysia.

d)

Dataran Merdeka

3.
Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Osman telah berkunjung ke daerah Kluang. _______akan merasmikan pembukaan Sekolah Sains Kluang pada hari ini.
a)
Patik
b)
Baginda
c)
Tuanku
d)
Beliau
4.
"Sekiranya rajin berusaha, ________pasti akan berjaya," pesan Cikgu Suhaimi kepada para pelajarnya.
a)
kita
b)
kami
c)
mereka
d)
beliau
5.
Murid-murid segera mengambil tempat ___________ selepas mendengar suara Guru Besar sedang bercakap.
a)
setiap
b)
kedua-dua
c)
satu pertiga
d)
masing-masing
6.
_____________ pelancong gemar berkunjung ke Malaysia kerana mempunyai banyak tempat yang bersejarah.
a)
Separuh
b)
Setengah
c)
Para
d)
Segala
7.
Amira memetik tiga ____________ bunga mawar di halaman rumah.
a)
kuntum
b)
kumpulan
c)
pasang
d)
helai
8.
Kakak membeli se_________ anggur di pasar.
a)
ekor
b)
gugus
c)
ketul
d)
tongkol
9.
Kanak-kanak bermain layang-layang dengan gembira di taman permainan kerana angin pada petang itu bertiup dengan ________.
a)
kencang
b)
perlahan
c)
deras
d)
cepat
10.
Abang menjumpai sebiji bola ragbi yang berbentuk ____________ sewaktu bermain di taman permainan.
a)
bulat
b)
bujur
c)
lonjong
d)
lengkuk
11.
Bulan Bahasa yang dirasmikan pada hari ini akan berlanjutan ____________ hujung bulan ini.
a)
pada
b)
dari
c)
sehingga
d)
daripada
12.

Beg tangan berharga ratusan ringgit itu dijahit dengan teliti menggunakan benang yang diperbuat ___________ emas.

a)

dari

b)

pada

c)

dalam

d)

daripada

13.
Walaupun hari telah larut malam, namun kakak ______________ belum pulang ke rumah.
a)
telah
b)
juga
c)
masih
d)
dapat
14.
"Kamu ______________ memberikan sesuatu hadiah kepada Ratna sebagai tanda terima kasih kerana dia telah banyak membantu kamu untuk mendapatkan pekerjaan ini," kata ibu.
a)
akan
b)
masih
c)
sedang
d)
perlu
15.

Aktiviti 1 Murid 1 Sukan telah berjaya ______________ bakat-bakat baharu dalam kalangan murid sekolah.

a)

menyemai

b)

memupuk

c)

menarik

d)

mencungkil

16.
Abang ______________ beg sekolahnya yang berat itu ke sekolah.
a)
mengelek
b)
menggalas
c)
membimbit
d)
menatang
17.
Pat Mat masih menggunakan seekor kerbau untuk ______________ sawahnya kerana dia tidak mampu membeli traktor.
a)
menyemai
b)
menuai
c)
membajak
d)
mengairi
18.
______________, sakitnya dahiku!
a)
Aduh
b)
Wah
c)
Aduhai
d)
Cis
19.
“ _____ murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat cikgu Mark.
a)
Hai
b)
Eh
c)
Wahai
d)
Wah
20.
_____, ambilah buku cerita yang kamu mahu!
a)
Amboi
b)
Hai
c)
Nah
d)
Eh
21.
Chee Lam tidak akan membuat kerja sekolah _____________ disuruh oleh ibunya.
a)
lalu
b)
apabila
c)
kecuali
d)
dan
22.
Kawasan yang berhampiran dengan sungai ini sering dinaiki air _______________ hujan tidak lebat.
a)
walaupun
b)
kerana
c)
manakala
d)
sementara
23.
Kita mesti elakkan pembiakan nyamuk aedes._________________,elakkan air daripada bertakung.
a)
Sebelum itu
b)
Selain itu
c)
Oleh sebab itu
d)
Tambahan pula
24.
Chun Kit telahpun makan ubat. __________________, demamnya masih belum reda.
a)
Sebelum itu
b)
Walau bagaimanapun
c)
Oleh sebab itu
d)
Tambahan pula
25.
Ibu cuba menyediakan makan malam secepat mungkin kerana hari sudah lewat petang. __________________, ibu terpotong jarinya ketika memotong sayur.
a)
Meskipun
b)
Malangnya
c)
Lantaran itu
d)
Tambahan pula
26.
Sejak Pak Atan hilang di lautan, isterinya sering __________ memikirkan nasib anak-anknya yang masih kecil lagi.
a)
bermenung
b)
termenung
c)
memenung
d)
memenungkan
27.
Orang ramai berpusu-pusu mengisi minyak di stesen minyak apabila mengetahui __________ harga minyak bermula esok.
a)
dinaiki
b)
menaiki
c)
kenaikan
d)
penaikan
28.
Ibu bapa __________ peranan penting dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang mencukupi.
a)
pemain
b)
bermain
c)
dimainkan
d)
memainkan
29.
Adik menangis apabila __________nya tertusuk tulang ikan.
a)
sesiku
b)
lelangit
c)
rerambut
d)
gegendang
30.
Pak Cik Ahmad _____ untuk memanggil burung layang-layang yang hinggap di atas pokok mangga itu.
a)
bersiul-siul
b)
berjerit-jerit
c)
meronta-ronta
d)
berpura-pura
31.

Sewaktu baginda duduk ___________ , baginda dihiburkan dengan tarian tradisional oleh para penari istana.

a)

beradu

b)

bersiram

c)

santap

d)

gering

32.

Puan Siti __________ apabila suaminya menyuruhnya memilih cincin bertatahkan berlian di kedai emas itu.

a)

putih mata

b)

sakit mata

c)

cahaya mata

d)

rambang mata

33.
Abang membawa keluarganya __________ di Tanah Tinggi Cameron.
a)
ada angin
b)
naik angin
c)
buang angin
d)
makan angin
34.
Pelajar gempal yang __________ itu telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik UPSR tahun lalu.
a)
otak cair
b)
otak-otak
c)
otak udang
d)
kepala batu
35.

Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Pengguna jalan raya mesti berwaspada semasa berada di jalan raya.

a)

cuai

b)

lalai

c)

berhati-hati

d)

abai

36.

Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melayu yang masyhur.

a)

istimewa

b)

terkenal

c)

bijak

d)

baik

37.

Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Pergerakan pemain itu sungguh lincah.

a)

cergas

b)

cepat

c)

cerdas

d)

cekap

38.

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.


Budak yang angkuh itu tidak mempunyai banyak kawan.

a)

tampan

b)

tekun

c)

segak

d)

ramah

39.

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.


Nelayan pergi menangkap ikan apabila air laut pasang.

a)

cair

b)

masin

c)

kecut

d)

surut

40.

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.


Perpustakaan awam itu terletak di hujung jalan.

a)

akhir

b)

tepi

c)

pangkal

d)

permukaan

41.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan di bawah:


"Adakah kamu mengenali wanita yang memakai topi keledar berwarna merah itu?"

a)

Ya, wanita yang memakai topi keledar merah itu ialah jiran saya.

b)

Saya mengenali lelaki yang memakai topi keledar merah itu sejak di bangku sekolah lagi.

c)

Wanita itu memakai topi keledar merah bagi melindungi kepalanya daripada sebarang kecederaan .

d)

Wanita yang memakai topi keledar biru itu sering menunggang sebuah motosikal.

42.
Ibu menggunakan _______________untuk mengesat mulut adik yang comot setelah makan ais krim.
a)
sarung tangan
b)
sapu tangan
c)
air tangan
d)
buah tangan
43.
Para pengakap mendirikan khemah di tepi sebatang _____________ di tapak perkhemahan itu.
a)
anak sungai
b)
hulu sungai
c)
kuala sungai
d)
tebing sungai
44.
Ai Ling membancuh air oren itu untuk dihidangkan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumahnya.
a)
Dimanakah Ai Ling membancuh air oren itu?
b)
Adakah Ai Ling membancuh air oren itu?
c)
Bagaimanakah Ai Ling membancuh air oren itu?
d)
Mengapakah Ai Ling membancuh air oren itu?
45.
"Buku cerita saya ada pada Kesavan,"kata Afeeq.
a)
Buku cerita memberitahu bahawa Afeeq ada pada Kesavan
b)
Afeeq melarang Kesavan meminjam buku cerita.
c)
Afeeq menyatakan bahawa buku ceritanya ada pada Kesavan
d)
Kesavan meminta izin untuk meminjam buku cerita Afeeq
46.

Pilih ayat yang betul.


I. Adik minum air kerana dia sangat haus.

II. Anak kecil itu haus akan kasih sayang seorang ibu.

III. Tapak kasut sekolah telah haus.

IV. Ibu saya sedang haus ikan di dapur.

a)

I , II dan III

b)

I , III dan IV

c)

II , III dan IV

d)

I, II dan IV

47.

Pilih ayat yang betul.


I. Buah rambutan di atas pokok itu sudah masak semuanya.

II. Adik saya sudah masak kasut sekolahnya di halaman rumah.

III. Saya sangat masak dengan perangai adik saya yang nakal itu.

IV. Jangan lupa masak buku latihan itu ke dalam beg.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan III

48.

Ayat sama maksud.


Siau Chui menyapu sampah di halaman rumahnya.

a)

Sampah disapu oleh Siau Chui di halaman rumahnya.

b)

Halaman rumahnya disapu oleh sampah Siau Chui.

c)

Siau Chui menyampah sapu di halaman rumahnya.

d)

Sampah menyapu halaman rumah Siau Chui.

49.

Ayat sama maksud.


Kamu perlu menyiapkan kerja sekolah itu.

a)

Kerja sekolah itu perlu disiapkan oleh kamu.

b)

Kerja sekolah itu perlu kamu siapkan.

c)

Menyiapkan kerja sekolah itu perlu kamu.

d)

Kerja sekolah kamu itu perlu disiapkan.

50.

Pilih perkataan yang sesuai menggantikan perkataan yang digariskan.


Ainul sedang menyanyikan sajak di atas pentas.

a)

melukiskan

b)

mendeklamasikan

c)

mengail

d)

melafazkan