NEW
Font size
WorksheetsPENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN 2021 PENDIDIKAN MORAL
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Norma masyarakat terdiri daripada seperti berikut kecuali
Amalan agama
peraturan sosial
Tingkah laku yang dianggap wajar
Budaya
Berikut adalah bukan contoh Norma masyarakat kecuali
menghormati orang yang lebih muda
berebut semasa menaiki bas
mengetuk pintu sebelum masuk
makan sambil berjalan
Berikut adalah kepentingan amalan norma masyarakat kecuali
sebagai panduan bertingkah laku
membentuk masyarakat yang teratur
sebagai ukuran tahap disiplin
sebagai ukuran bertingkah laku
Definisi nilai toleransi ialah....
sikap bertolak ansur sabar dan mengawal diri
bersikap adil dan saksama
bertimbang rasa
pertimbangan yang wajar
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang faktor penghayatan Norma masyarakat semakin terhakis sekarang.
Masyarakat terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Agama dan kepercayaan setiap kaum jadi penghalang.
Sikap pentingkan diri sendiri.
Sibuk berkerja mencari sumber pendapatan
Antara berikut merupakan kesan pengabaian Norma masyarakat kecuali ....
bersikap individualistik
hubungan sosial terjejas
keharmonian masyarakat tergugat
manusia lebih beradab
Antara berikut merupakan cadangan nilai untuk Unit 1 KECUALI.....
hemah tinggi
hormat
kesederhanaan
keberanian
Yang manakah merupakan ciri-ciri insan berkeperibadian yang mulia kecuali ?
Ikhlas dan jujur dalam tindakan
berpegang teguh pada nilai moral
sabar dalam semua tindakan
tidak mengakui kesilapan diri
Bagaimanakah cara anda untuk membantu rakan anda memupuk sikap keperibadian mulia dalam diri kecuali ?
menegur kesalahan rakan dengan cara baik
memaafkan kesalahan rakan anda
memberikan peluang pada rakan untuk perbaiki diri
menyalahkan rakan kerana melakukan kesilapan
Bagaimanakah anda untuk mempraktikkan keperibadian mulia dalam masyarakat?
Membantu mangsa bencana alam di kawasan perumahan
menyalahkan jiran yang menyebabkan longkang tersumbat
Memarahi jiran yang membuang sampah merata-rata
Meyindir jiran yang sedang dalam kesusahan
Apakah perasaan anda apabila berjaya memupuk keperibadian mulia dalam diri?
marah
sedih
Gembira
kecewa
Apakah nilai yang sesuai untuk diamalkan dalam memupuk sikap keperibadian mulia?
Nilai hemah tinggi
Nilai patriotisme
Nilai kebebasan
Nilai keberanian
Sekiranya anda melihat rakan anda diragut, apakah tindakan yang paling tepat perlu anda lakukan?
Mengejar peragut tersebut
Melawan dan menumbuk peragut tersebut
Cuba menangkap peragut tersebut
Menelefon polis
JIka rakan anda terlibat dengan dadah, apakah tindakan yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan anda?
membawa rakan berjumpa Guru Kaunselor
Memarahi rakan kerana sikapnya yang alpa
menyalahi rakan kerana gagal mengawal diri
meminta rakan untuk berhenti mengambil dadah
Kerajaan dan pihak swasta juga menyediakan kemudahan awam kepada golongan OKU seperti berikut kecuali
tandas
lif
tempat letak kereta
tangga
Kebanyakan golongan kurang berupaya terlibat dalam pembuatan
muzik.
kraftangan.
perniagaan.
perindustrian.
Prinsip Keadilan Kerajaan Terhadap Golongan Kurang Upaya ialah seperti berikut kecuali ______________________.
Bidang Pelancongan.
Bidang Pendidikan.
Bidang Ekonomi.
Bidang Sukan.
Prinsip Keprihatinan Dalam Pentadbiran Kerajaan adalah seperti berikut kecuali _______________________.
Pembayaran Cukai.
Penyediaan Kemudahan Asas.
FELCRA.
Pembinaan Rumah Kos Rendah.
Pembayaran Cukai dikenakan adalah berdasarkan Prinsip Keprihatinan. Berikut merupakan alasan pembayaran cukai dikenakan kecuali ________________________.
dikenakan terhadap golongan yang berpendapatan tinggi.
tanpa melibatkan jumlah yang membebankan rakyat.
hasil kutipan cukai digunakan untuk pembangunan negara dan membantu rakyat.
untuk mementingkan kemajuan negara sahaja.
Apakah tujuan undang-undang jalan raya dikuatkuasakan?
untuk mengurangkan kadar kemalangan.
untuk mengelakkan kejadian buli.
untuk memantau sikap pemandu.
untuk melancarkan proses pemanduan kereta.
Anda telah menerima sms yang mengatakan anda telah memenangi cabutan bertuah RM50,000.00. Apakah tindakan anda?
tidak memperdulikan sms tersebut.
melompat-lompat sambil berteriak-teriak 'aku menang'
membuang telefon ke dalam tong sampah
menghebahkan kemenangan kepada orang kampung
Kelvin menerima e-mel yang menyerupai laman sesawang bank yang memintanya untuk mengemaskini maklumat akaun. Apakah yang patut dilakukan oleh Kelvin?
Mengikuti arahan daripada laman sesawang itu untuk mengemaskini maklumat akaunnya
Menunggu masa untuk membuat pengemaskinian
Mengabaikan sahaja sms tersebut dan membuat laporan kepada pihak polis
Menelefon laman sesawang tersebut
Apakah maksud hak cipta?
Hak cipta merupakan hak untuk membuat sesuatu barangan
Hak cipta merupakan hak untuk menuntut keadilan
Hak cipta merupakan suatu hak eksklusif bagi seseorang pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka.
Hak cipta merupakan suatu hak untuk menghasilkan sesuatu ciptaan dalam kehidupan
Setia pada keluarga, tidak melakukan penipuan dan giat melakukan kerja kebajikan.
Penekanan sikap integriti tersebut menurut perspektif agama apa?
Agama Islam
Agama Buddha
Agama Hindu
Agama Kristian
Tidak memalsukan sesuatu dokumen untuk kepentingan atau kejayaan.
Penekanan sikap integriti berikut menurut perspektif agama apa?
Agama Islam
Agama Buddha
Agama Hindu
Agama Kristian
Berikan badan yang mencegah gejala rasuah.
Kementerian Luar Negara
Jabatan Imigresen
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Jelaskan implikasi perbuatan individu yang tidak berintegriti terhadap negara KECUALI
mencemarkan nama negara
menjejaskan keharmonian negara
menggalakkan pelaburan asing
menjejaskan kestabilan politik
Apakah usaha kerajaan meningkatkan integriti individu?
i. Manual prosedur kerja
ii. Pemakaian tanda nama
iii. Kad perakam waktu
iv. Anugerah perkhidmatan cemerlang
A. i,ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. semua di atas
Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Kerajinan
Berdikari
Bertanggungjawab
Kerjasama
Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada
hati yang ikhlas. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Hormat
Toleransi
Kerjasama
Kasih Sayang
Berikut merupakan ciri-ciri integriti keluarga, kecuali
Amanah dan berpegang kepada prinsip kekeluargaan.
Mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam keluarga.
Membocorkan rahsia keluarga kepada orang lain.
Menjalin hubungan yang erat antara ahli keluarga.
Bagaimanakah sesebuah keluarga dapat memupuk integriti dalam keluarga masing-masing?
ibu bapa bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.
ibu bapa memberi didikan agama dan nilai-nilai murni kepada anak-anak.
ibu bapa menggunakan kuasa mutlak dalam membuat keputusan untuk anggota keluarga.
anak-anak melawan nasihat ibu bapa dan terlibat dalam gejala sosial.
Berikut merupakan gaya keibubapaan yang berintegriti dalam membentuk keperibadian anak-anak, kecuali
gaya autoritatif
gaya autoritorian
gaya permisif
gaya optimis
Maksud perikemanusiaan ialah satu tindakan atau sifat yang wajar bagi manusia seperti berikut kecuali...............................
bertimbang rasa
tolong-menolong
mengasihani
prihatin
Berikut merupakan perlakuan perikemanusiaan kecuali.....................
membantu mangsa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
memelihara dan memulihara alam sekitar dengan baik.
melayan orang lain dengan baik.
menganiayai haiwan terbiar.
Apakah perbuatan yang tidak harus dilakukan terhadap kanak-kanak.
menyayangi mereka
melindungi mereka
mendera mereka
mengasihi mereka
Setiap warganegara Malaysia diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing-masing terhadap sesuatu perkara tetapi isu-isu sensitif tidak boleh dipersoalkan.
Berdasarkan pernyataan tersebut, warganegara Malaysia perlu mengamalkan nilai kebebasan ketika menyuarakan pendapat mereka. Nyatakan maksud bagi nilai tersebut.
Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang
Hak untuk hidup dan kebebasan diri
Kesamarataan
Kebebasan bersuara
Nilai Patriotisme bermaksud ....
Berupaya menjaga maruah diri
Bangga dan taat setia kepada Raja dan Negara
Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua
Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1 YANG PERTAMA DILAKSANAKAN KERAJAAN MALAYSIA AKIBAT NOVEL CORONA VIRUS MERANGKUMI HAK DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENGENAI
PERKARA 9
PERKARA 14
PERKARA 16
PERKARA 19
Jelaskan perasaan anda apabila dapat melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara.
Sedih
Marah
Bangga
Kecewa
