Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN 2 PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

Total questions: 40

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Sahabat yang berciri positif ialah ...

a)

Mengharapkan balasan

b)

Bersikap prihatin

c)

Mementingkan diri sendiri

d)

Membazir masa

2.

Antara berikut, manakah yang menerangkan tentang sahabat negatif?

a)

Sentiasa memberikan nasihat

b)

Memberikan bantuan dan dorongan

c)

Memberikan pengaruh yang tidak baik

d)

Membentuk tingkah laku yang mulia

3.

" Rakan anda kalah dalam acara sukan yang disertainya"


Apakah tindakan yang wajar anda lakukan?

a)

mengetawakan rakan anda

b)

membelikan hadiah untuk rakan anda

c)

menangis bersama-sama

d)

mendorong dan menasihatinya untuk terus berusaha

4.

Berikut merupakan kebaikan memilih sahabat yang positif, kecuali...

a)

Bersama-sama melakukan aktiviti

b)

Berasa sunyi dan keseorangan

c)

Mendapat bantuan dan sokongan

d)

Dapat belajar bersama-sama

5.

Pemilihan sahabat yang negatif akan memberikan kesan kepada diri seperti kecuali

a)

Tidak disukai orang

b)

Menjejaskan nama baik diri dan keluarga

c)

Menjejaskan masa depan

d)

Pelajaran semakin baik

6.

Berikut merupakan cara menjalinkan persahabatan tanpa mengabaikan keluarga kecuali ...

a)

Meminta izin daripada keluarga sebelum berjanji kepada sahabat

b)

Menerima nasihat daripada keluarga

c)

Mengutamakan keluarga daripada sahabat

d)

Bertindak keterlaluan untuk memenuhi kehendak sahabat

7.

Muthu mengikut ajakan sahabatnya untuk ponteng sekolah setiap hari. Apakah kesan terhadap diri Muthu?

a)

Muthu akan memperoleh keputusan yang cemerlang

b)

Muthu akan diberi hukuman seperti digantung persekolahan

c)

Muthu akan disayangi oleh guru

d)

Muthu akan berjaya pada masa hadapan

8.

Berikut merupakan warga sekolah kecuali?

a)

murid

b)

kerani

c)

Menteri Pelajaran Malaysia

d)

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)

9.

Mengapakah kesejahteraan sekolah perlu dijaga?

a)

Supaya dapat mengumpulkan sumber

kewangan

b)

Supaya warga sekolah berasa selesa dan

dapat mewujudkan suasana yang harmoni

c)

Supaya guru dinaikkan pangkat

d)

Supaya dipuji oleh orang ramai

10.

Berikut ialah sikap yang ditunjukkan oleh warga

sekolah yang sejahtera kecuali

a)

saling tidak mengenali antara satu sama lain.

b)

saling menghormati antara satu sama lain.

c)

saling bekerjasama antara satu sama lain.

d)

saling menyayangi antara satu sama lain.

11.

Berikut merupakan akibat yang mungkin berlaku

jika kesejahteraan sekolah tidak dijaga kecuali

a)

suasana pembelajaran tidak kondusif.

b)

keselamatan murid terjejas.

c)

keputusan akademik meningkat.

d)

wabak penyakit akan merebak.

12.

Warga sekolah yang _____________berusaha untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni.

a)

sibuk

b)

prihatin

c)

matang

d)

bermasalah disiplin

13.

Penyataan berikut merupakan usaha meningkatkan kesejahteraan warga sekolah

"Mewujudkan suasana bilik darjah yang lebih kondusif"

Apakah kepentingan usaha tersebut?

a)

mengatasi jenayah di sekolah

b)

udara menjadi lebih segar dan nyaman

c)

mengeratkan hubungan antara warga sekolah

d)

murid dapat menumpukan perhatian pada pelajaran

14.

Bagaimanakah caranya untuk menjaga

keselamatan murid sekiranya sekolah berada

berdekatan dengan jalan raya yang sibuk?

a)

Menyerahkan aspek keselamatan kepada ibu

bapa

b)

Pentadbir sekolah turut menjaga lalu lintas

c)

Pengawal keselamatan mengawal keselamatan murid dengan membantu mereka menyeberangi jalan dan menaiki bas.

d)

Murid perlu mempelajari cara untuk melintas

jalan raya.

15.

Berikut merupakan ancaman keselamatan yang berlaku di kawasan kediaman kecuali .......

a)

Rusuhan

b)

pecah rumah

c)

penculikan

d)

peras ugut

16.

Apakah tindakan anda jika melihat kejadian jenayah pecah rumah

a)

Menangis

b)

memanggil pihak bomba

c)

menghubungi pihak polis

d)

turut serta memecah rumah jiran

17.

Berikut ialah panduan keselamatan rumah ketika pulang ke kampung pada musim perayaan kecuali ......

a)

tidak meninggalkan sebarang tanda bahawa anda tiada di rumah.

b)

meninggalkan kunci rumah kepada pengawal keselamatan

c)

memaklumkan kepada jiran dan polis sekiranya pulang ke kampung

d)

membatalkan langganan surat khabar

18.

Nyatakan perasaan anda apabila keselamatan di kawasan kediaman anda terpelihara.

a)

A. sedih

b)

B. marah

c)

C. gembira

d)

D. kecewa

19.

Mengapakah keselamatan kawasan kediaman perlu dititik beratkan?

a)

A. supaya keharmonian penduduk dapat dijaga

b)

B. supaya gejala negatif semakin berleluasa

c)

C. supaya penduduk di kawasan kediaman hidup dalam ketakutan

d)

D. supaya penduduk kawasan kediaman menjadi mangsa jenayah

20.

Penyataan berikut merupakan peranan anda dalam menjaga keselamatan anggota keluarga kecuali

a)

menjaga adik -beradik ketika ketiadaan ibu bapa

b)

membiarkan adik bermain di luar rumah tanpa pengawasan

c)

mengunci pintu dan pagar rumah

d)

tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali

21.

Apakah peranan Rukun Tetangga dalam menjaga keselamatan kawasan kediaman?

a)

menyiasat kejadian jenayah

b)

membawa penagih dadah ke pusat pemulihan

c)

bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman

d)

membuat rondaan di sekitar kawasan kediaman pada waktu malam

22.

Kemudahan pendidikan disediakan oleh pihak kerajaan di tempat berikut kecuali

a)

Tadika Perpaduan

b)

University Taylor

c)

SK Pandan Indah

d)

SMK Taman Sea

23.

Pihak yang harus dihubungi sekiranya haiwan liar memasuki kawasan sekolah ialah

a)

polis

b)

bomba

c)

hospital

d)

pejabat pos

24.

Kemudahan awam yang sesuai digunakan untuk menganjurkan aktiviti kemasyarakatan ialah

a)

dewan orang ramai

b)

taman rekreasi

c)

sekolah

d)

hospital

25.

Antara yang berikut, manakah yang menerangkan tentang cara menjaga kemudahan awam?

a)

Tidak mengepam tandas setelah menggunakan tandas awam

b)

Membuang sampah di merata-rata tempat

c)

Menconteng dinding

d)

Mematuhi peraturan yang telah disediakan

26.

Anda ternampak rakan sekelas anda menconteng dinding tandas sekolah. Apakah tindakan anda?

a)

membantu kawan menconteng dinding tandas

b)

melaporkan perbuatannya kepada guru

c)

mendiamkan diri

d)

melarikan diri

27.

Contoh perbuatan vandalisme adalah seperti berikut kecuali

a)

Menconteng dinding dan pintu tandas awam

b)

Merosakkan alat permainan di taman permainan

c)

Merosakkan pam tandas

d)

Mencuri

28.

Penyataan di bawah merupakan beberapa kesan vandalisme kecuali

a)

orang ramai tidak boleh menggunakan kemudahan awam ketika kecemasan

b)

orang ramai tidak memperoleh maklumat yang sepatutnya

c)

orang ramai tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut pada jangka waktu yang lama

d)

orang ramai dapat tiba ke tempat yang ingin dituju tepat pada waktunya

29.

PROGRAM 5R ialah

a)

RETHINK,REPAIR,REDUCE,REUSE

b)

RETHINK,REPAIR,REDUCE,REUSE,REBRANDING

c)

RETHINK,REPAIR,REDUCE,REMIND,REUSE

d)

RETHINK,REPAIR,REDUCE,REUSE,RECYCLE

30.

Program 5R membina nilai-nilai berikut kecuali...

a)

Rasional

b)

Kasih sayang

c)

Bertanggungjawab

d)

Bergaduh di antara satu sama lain

31.

Apakah tindakan yang sewajarnya diambil apabila kita mempunyai banyak surat khabar lama?

a)

Buang sahaja di dalam tong sampah

b)

Membakarnya bersama sampah yang lain

c)

Mengitar semula untuk dijadikan kertas baharu

d)

Simpan di dalam stor

32.

Kesan pencemaran udara ialah

a)

Mengganggu persekitaran

b)

Pemanasan global

c)

Hakisan tanah

d)

Menjejaskan kualiti air

33.

Kesan pencemaran alam sekitar akan menyebabkan situasi berikut kecuali

a)

alam sekitar akan bersih

b)

mendatangkan penyakit

c)

menjejaskan keseimbangan alam sekitar

d)

menyebabkan bencana alam

34.

Di antara berikut kepentingan menjaga alam sekitar kecuali

a)

membekalkan udara yang bersih.

b)

Alam sekitar akan tercemar

c)

mengurangkan kesan pemanasan global

d)

mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera

35.

Antara berikut yang manakah ciri remaja berhemah?

a)

Mementingkan diri

b)

Berakhlak mulia

c)

Bangga diri

d)

Tamak

36.

Remaja yang berilmu pengetahuan akan menunjukkan ciri berikut kecuali

a)

sentiasa berdaya saing

b)

menimba pelbagai kemahiran

c)

meningkatkan prestasi akademik

d)

ketinggalan dalam teknologi terkini

37.

Apakah perasaan anda apabila digelar sebagai remaja berhemah?

a)

Gembira

b)

Sedih

c)

Marah

d)

Simpati

38.

Berikut ialah tindakan remaja berhemah dalam meningkatkan imej negara kecuali

a)

cemerlang dalam bidang sukan

b)

terlibat dalam kegiatan perjudian

c)

cemerlang dalam bidang pendidikan

d)

mencipta hasil inovasi yang berguna kepada masyarakat

39.

Apakah kesan terhadap seorang murid yang menunjukkan tingkah laku tidak berhemah?

a)

Prestasi akademik meningkat

b)

Nama baik sekolah terpelihara

c)

Merugikan masa dan tenaga dengan perbuatan yang tidak berfaedah

d)

Maruah diri dan keluarga terpelihara

40.

Berikut ialah tindakan remaja berhemah demi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kecuali

a)

menghormati amalan agama semua kaum

b)

bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat

c)

iri hati terhadap kecemerlangan dalam kemajuan rakan

d)

menghadiri sambutan perayaan pelbagai kaum