Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
Jurang perbezaan yang terlalu besar
Bagai tikus jatuh ke beras
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai langit dengan bumi
Orang yang selalu bertengkar
Bagai aur dengan tebing
Air dicincang tidak akan putus
Seperti anjing dengan kucing
Bagai dihiris sembilu
Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan
Seperti rumput di tepi jalan
Bagai tikus jatuh ke beras
Berpantang maut sebelum ajal
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Malang tidak berbau
Bagai telur di hujung tanduk
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud
Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.
Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.
Seseorang yang mengalami kerisauan.
Bagai dihiris dengan sembilu bermaksud
keadaan yang pilu, sedih atau sakit sekali
Keadaan kesakitan yang tiba-tiba
Muka pucat kerana kesakitan
Mencari arah tujuan
Bagai bulan jatuh ke riba bermaksud
Perkara khayalan
Angan-angan yang tidak akan menjadi kenyataan
Mendapat keuntungan besar dengan tiba-tiba
Mendapat kecelakaan
Berpantang maut sebelum ajal bermaksud
tidak akan menyerah kalah walaupun ajal
berusaha untuk mengelak sesuatu
tidak akan meninggal dunia jika belum tiba waktunya
berjaga-jaga dengan kehidupan mendatang.
Seperti halilintar membelah bumi
bunyi yang sangat kuat
hari penghabisan
seseorang yang terlalu marah
suasana cerah tiba-tiba
Perasaan yang sangat sedih, sakit dan pilu
bagai halilintar membelah bumi
bagai bulan jatuh ke riba
bagai dihiris dengan sembilu
bagai telur di hujung tanduk
Bagai isi dengan kuku bermaksud
Hubungan yang sangat rapat
Persahabatan yang sering merasa kesakitan
Selalu bertengkar
Tidak dapat dipisahkan
Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah
Bagai halilintar membelah bumi
Bagai isi dengan kuku
Bagai anjing dengan kucing
Air dicincang tidak akan putus
Peribahasa yang paling tepat untuk gambar tersebut ialah
Bagai isi dengan kuku
Bagai dakwat dengan kertas
Bagai cincin dengan permata
Bagai bulan dipagar bintang
Peribahasa yang paling tepat untuk gambar tersebut ialah
Bagai isi dengan kuku
Bagai dakwat dengan kertas
Bagai cincin dengan permata
Bagai bulan dipagar bintang
Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah
Bagai pinang di belah dua
Bagai aur dengan tebing
Bagai menatang minyak yang penuh
Bagai bulan jatuh ke riba
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah
kerana dia .
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Alex tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap _____________.
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik _____________ .
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Siti ___________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
pekak badak
lepas tangan
makan hati
tidur mati
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana ____________semasa mengadili perlawanan tersebut.
banyak mulut
berat sebelah
angkat kaki
lepas tangan
Siti Norhana dan Nurul Amirah ___________________kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
melepaskan batuk di tangga
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ______________kerana mereka tidak mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak
kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Oii Sik Lee dianggap ______________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
bukit sama didaki,lurah sama dituruni
bersatu bertambah mutu
seperti gula dengan semut
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,tulis satu peribahasa yang sesuai.
Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung chempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.
bagai aur dengan tebing
muafakat membawa hikmat
bersih amalan mulia
kebersihan separuh daripada iman
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Datuk Salim menentang hebat sikap isterinya yang suka membezakan saudara-mara berdasarkan pangkat dan kedudukan.
kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
enggang sama enggang,pipit sama pipit
ilmu pelita hati
ada bau ada bangkainya
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Pengurus syarikat itu telah dipecat daripada jawatannya setelah Lembaga Pengarah mendapati pengurus tersebut telah menyalahgunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi.
harapkan pagar,pagar makan padi
lain padang ,lain belalang
bagai bumi dengan langit
bagai cendawan tumbuh selepas hujang
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.
carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga
seperti kucing dengan anjing
bagai hempedu lekat di hati
bagai inai dengan kuku
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Anggota keselamatan di negara ini diseru supaya menjauhi amalan rasuah kerana sikap segelintir antara mereka boleh menjejaskan imej keselamatan tersebut.
kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
bagai telur dihujung tanduk
bagai duri dalam daging
bagai gergaji bermata dua
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Ibu berasa bosan dan kecewa dengan sikap anak-anaknya yang membuat kerja rumah hanya apabila disuruh dan dipaksa.
seperti pahat dengan penukul
bagai itik pulang petang
banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya
bapa borek anak rintik
Nyatakan peribahasa yang sesuai
Berwaspada selalu apabila berurusniaga dengan orang lain.
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
hati gajah sama dilapah
Wafiya __________ pada pagi ini kerana bangun lewat.
mandi kerbau
mandi ayam
mandi peluh
mandi manda
Keluarga Encik Azmi hanya mampu ____________ setelah kesemua barangan mereka hangus terbakar setelah kediaman mereka dijilat api malam semalam.
mata biru
ringan tulang
berputih mata
mata keranjang
Golongan muda mudi pada zaman sekarang semakin ___________ kerana dimanjakan oleh ibu bapa masing-masing.
kepala angin
kuku besi
ambil hati
besar kepala
bagai dakwat dengan kertas
sesuai benar/ tidak boleh berpisah
serasi benar/ tidak boleh berpisah
sesuai benar/ tidak boleh bertemu
sesuai benar
bagai menghitung bulu kambing
tenaga yang sia-sia
nasIhat yang sia-sia
perangai yang sia-sia
usaha yang sia-sia
bagai isi dengan kuku
sangat rapat
sangat kuat
sangat bersatu
sangat renggang
Munirah ingin menjadi guru sandaran terlebih dahulu sebagai _______ untuk mengikuti Ijazah Pendidikan di universiti.
batu loncatan
batu asas
kepala batu
hati batu
Peribahasa-peribahasa berikut mempunyai makna yang hampir sama kecuali .....
sediakan payung sebelum hujan
ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan
Sikap remaja yang suka merosakkan tempat permainan kanak-kanak di taman itu tidak ubah ______ kerana mereka tidak tahu menghargai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
seperti kera mendapat bunga
seperti kera kena belacan
seperti sibuta mendapat tongkat
seperti si kudung mendapat cincin
