WorksheetsBM TAHUN 3 - KATA MAJMUK
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
_________________ memaparkan Sang Kancil sebagai haiwan yang pintar.
Cerita benar
Cerita rakyat
Cerita lucu
Cerita palsu
Kesesakan _________________ di negara ini dapat diatasi jika amalan berkongsi kereta diamalkan.
laluan mudah
lalu lintas
laluan pintas
laluan pejalan kaki
Kamil membeli sebotol gam dan sebatang pembaris di kedai ___________________ itu.
alat solek
alat ganti
alat bantu
alat tulis
Semua _________________ yang dijumpai di sungai itu akan diserahkan kepada pihak polis.
harta karun
harta dunia
harta benda
harta rampasan
Puan Laila mengalihkan almari perhiasannya dari ________________ ke dalam biliknya.
ruang bilik
ruang legar
ruang tamu
ruang lingkup
Abang sering mengulang kaji pelajaran hingga ________________.
larut hati
malam gelap
larut malam
malam panjang
________________lagu "Negaraku" dikatakan ditulis oleh Saiful Bahari.
Seni kata
Seni lukis
Seni kraftangan
Seni persembahan
Tembikar ini diperbuat daripada __________________ bermutu tinggi.
tanah pusaka
tanah keras
tanah lembut
tanah liat
Alexson telah kehilangan _______________ nya malam tadi apabila rumahnya dimasuki pencuri.
telefon tangan
telefon bimbit
telefon awam
telefonis
Guru besar menggunakan _______________ untuk berucap di padang sekolah.
peti suara
kotak suara
pembesar suara
penguat suara
Ibu membawa __________________ ke Majlis Makan Malam anjuran Syarikat Jentayu malam tadi.
beg tangan
beg sandang
beg galas
beg bimbit
Pakcik Rahman menjual sayur-sayuran yang ditanamnya di _________________.
pasar tani
pasar malam
pasar gelap
pasar raya
Jualan murah itu diadakan di ________________ pasar raya Boulevard.
ruang angkasa
ruang sempit
ruang tertutup
ruang legar
Daniel menghadiahkan _________________ kepada isterinya sempena ulangtahun perkahwinan mereka.
jam randik
jam loceng
jam dinding
jam tangan
Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Sabah.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
Pak Cik Mohan menerima sepucuk ________________ perkahwinan daripada rakannya Pak Cik Rosli.
kad undangan
surat rasmi
kad nama
kad pengenalan
Hafiz memasukkan sepucuk sampul surat ke dalam ______________.
tong sampah
peti aduan
tong air
peti surat
Kesesakan _________________ berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi.
lebuh raya
jalan pintas
jalan raya
lorong kecemasan
Swee Lin mengulang kaji pelajaran dengan menggunakan __________________ yang baru dibelinya.
buku rujukan
buku catatan
buku lima
buku kedatangan
Larian Marathon Merdeka itu terbuka kepada _________________ Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.
warga asing
antarabangsa
warganegara
orang asing
