wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM PEMAHAMAN SET 3

Total questions: 50

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

"Mari ___________ membantu Ali mencari kucingnya yang hilang itu," kata Chitra kepada Li Li.

a)

kita

b)

anda

c)

kamu

d)

engkau

2.

Jun, Mohan, dan Haraz ________ bernyanyi sebelum tiba hari pertandingan nyanyian di kawasan taman perumahan mereka.

a)

dilatih

b)

pelatih

c)

melatih

d)

berlatih

3.

Aidil memasukkan buku teks Bahasa Melayu dan Sains itu ke dalam __________.

a)

beg duit

b)

beg roda

c)

beg tangan

d)

beg sekolah

4.

Aisyah _________ botol air itu dengan menggunakan berus pencuci botol air.

a)

pembersih

b)

kebersihan

c)

dibersihkan

d)

membersihkan

5.

Farisya suka makan buah-buahan ___________ banyak mengandungi vitamin C.

a)

agar

b)

untuk

c)

kerana

d)

bahawa

6.

Kakak __________ buah tembikai yang dipotong itu untuk membuat jus.

a)

mengisar

b)

memarut

c)

menggaul

d)

memotong

7.

Sikap Farhana yang ___________ menyebabkan dia disukai oleh rakan-rakannya.

a)

angkuh

b)

peramah

c)

cemburu

d)

sombong

8.

Kakak menyapu __________ kering yang gugur di halaman rumah supaya persekitaran rumah bersih.

a)

lelabu

b)

dedaun

c)

bebaling

d)

pepatung

9.

Penduduk Kampung Kayangan sedang mendirikan dua __________ khemah di hadapan balai raya.

a)

biji

b)

buah

c)

batang

d)

bidang

10.

Fei dan ibunya pergi ke taman rekreasi untuk ___________ pada waktu petang.

a)

ambil hati

b)

atas angin

c)

ambil angin

d)

bawah angin

11.

Fateh memakai baju yang nipis semasa cuaca panas.


Pilih perkataan antonim bagi nipis.

a)

licin

b)

tebal

c)

keras

d)

lembut

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Kita perlu bersenam supaya badan kita sihat dan cergas.

a)

Adakah kita perlu bersenam?

b)

Bilakah kita perlu bersenam ?

c)

Mengapakah kita perlu bersenam ?

d)

Di manakah kita dapat melakukan senaman ?

13.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Cikgu Yap meminta Mei Ying dan Sarah membantunya menyusun buku di perpustakaan.

a)

Cikgu Yap, Mei Ying dan Sarah sedang menyusun buku di perpustakaan.

b)

Di perpustakaan, Cikgu Yap membantu Mei Ying dan Sarah menyusun buku.

c)

Mei Ying dan Sarah ingin membantu Cikgu Yap menyusun buku di perpustakaan.

d)

Mei Ying dan Sarah diminta oleh Cikgu Yap untuk membantunya menyusun buku di perpustakaan.

14.

PIlih ayat yang betul.

a)

Aidan menjemur kasut sekolahnya ke halaman rumah supaya cepat kering.

b)

Keluarga Hui bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu yang lalu.

c)

Aiman memberi rantai kunci di Pulau Langkawi untuk diberikan pada kawan baiknya.

d)

Kelas bimbingan kraf tangan itu bermula daripada pukul 10:00 pagi hingga pukul 5:00 petang.

15.

Pilih ayat yang betul. [dua jawapan]

a)

Razia memasukkan buku-buku itu ke dalam beg sekolahnya.

b)

Li Li mencuci tangan dengan sabun supaya tangannya bebas daripada kuman.

c)

Hakimi menjaga postur semasa duduk di kerusi sambil mengelakkan berlakunya ketegangan otot.

d)

Banyak pelanggan suka makan di restoran itu meskipun aspek kebersihan di restoran itu sangat dititikberatkan.

16.

Penganjur larian amal tersebut ialah

a)

orang ramai

b)

Encik Zairi Bin Zainal

c)

Penduduk Taman Makmur

d)

Persatuan Penduduk Taman Makmur

17.

Mengapakah para peserta disarankan supaya segera mendaftar?

a)

Mendapat pengalaman yang tidak ternilai

b)

Mengelakkan daripada dikenakan bayaran

c)

Mendapat hadiah misteri daripada pihak penganjur

d)

Mendapat sehelai jersi larian amal dariapda pihak penganjur

18.

Pilih pernyataan yang benar tentang iklan.

a)

Semua peserta tidak dikenakan bayaran.

b)

Encik Zairi bin Zainal merupakan peserta.

c)

Bilangan penyertaan sebanyak 100 orang.

d)

Larian amal diadakan pada 12 Januari 2020.

19.

Encik Kumaran mahu menyertai larian amal tersebut. Dia menghantar borang penyertaan yang lengkap kepada pihak urus setia empat hari sebelum larian amal dijalankan tetapi permohonannya telah ditolak.


Permohonan Encik Kumaran ditolak kerana

a)

peserta sudah melebihi 100 orang.

b)

lewat menghantar borang penyertaan.

c)

borang penyertaan dihantar melalui urus setia.

d)

borang penyertaan perlu dihantar selepas hari larian tersebut.

20.

Rangkai kata mengumpulkan dana dalam iklan bermaksud

a)

memungut wang

b)

memberikan derma

c)

menghulurkan bantuan

d)

mendapatkan sumbangan

21.

"Tok Penghulu, beta mahu ___________ mengarahkan penduduk Kampung Pinang supaya bergotong-royong untuk membersihkan persekitaran tempat tinggal mereka." titah Sultan Ali.

a)

patik

b)

tuan hamba

c)

hamba

d)

tuanku

22.

"__________ tidak mahu penduduk di kawasan tersebut diserang penyakit berbahaya," titah Sultan Ali.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Beta

d)

Saya

23.

"Ampun, __________. Patik akan menyampaikan titah tuanku ini kepada penduduk Kampung Jaya," kata Tok Penghulu.

a)

kamu

b)

tuanku

c)

engkau

d)

kalian

24.

"____________ menitahkan kita bergotong-royong untuk membersihkan persekitaran tempat tinggal agar tidak diserang penyakit berbahaya," kata Tok Penghulu.

a)

Beta

b)

Hamba

c)

Mereka

d)

Baginda

25.

Pilih perkataan sinonim yang betul dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.


Fitri memberus giginya dengan menggunakan berus gigi mudah lentur.

a)

menghapuskan

b)

menyajikan

c)

menggosok

d)

memeranjatkan

26.

Pilih perkataan sinonim yang betul dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.


Puan Maria mencuci pinggan dengan menggunakan span untuk menghilangkan kotoran pada pinggan.

a)

menghapuskan

b)

menyajikan

c)

menggosok

d)

memeranjatkan

27.

Pilih perkataan sinonim yang betul dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.


Ibu menghidangkan makanan yang berkhasiat kepada kami sekeluarga.

a)

menghapuskan

b)

menyajikan

c)

menggosok

d)

memeranjatkan

28.

Pilih perkataan sinonim yang betul dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.


Berita tentang penularan penyakit demam denggi di kawasan itu sangat mengejutkan Encik Kamal.

a)

menghapuskan

b)

menyajikan

c)

menggosok

d)

memeranjatkan

29.

Haris memasukkan beberapa __________ botol plastik terpakai ke dala kotak.

a)

biji

b)

keping

c)

helai

d)

buah

30.

Puan Ratna memotong buah lemon itu dengan menggunakan se__________ pisau.

a)

kaki

b)

bilah

c)

batang

d)

urat

31.

"Semalam _________ pergi ker rumah nenek di Seremban," kata pasangan kembar itu kepada rakan mereka.

a)

saya

b)

kita

c)

kami

d)

kalian

32.

Di __________ terdapat pelbagai spesies haiwan.

a)

Tugu Negara

b)

Stadium Negara

c)

Zoo Negara

d)

Muzium Negara

33.

Balqis __________ pakaian yang baru dibasuhnya di luar rumah.

a)

mengangkat

b)

menyidai

c)

membasuh

d)

membawa

34.

Ain menunggu adiknya ________ perhentian bas.

a)

pada

b)

ke

c)

dalam

d)

di

35.

Pilih ayat yang betul.

a)

Oh, sampai hati dia menghina keluarga sendiri!

b)

Amboi, jangan kamu ke sini lagi!

c)

Hai, mahalnya bunga kristal ini!

d)

Cis, sayang sekali saya tidak dapat bersama!

36.

Pak Salim sedang sibuk bekerja di ________ kandang.

a)

tengah

b)

bawah

c)

dalam

d)

atas

37.

Guru Besar amat gembira dengan pencapaian pasukan bola sepak yang mendapat tempat _________ dalam kejohanan itu.

a)

kesatu

b)

kedua

c)

kedua-dua

d)

pertama

38.

Faizal membuat persiapan rapi untuk menghadiri _________ sebagai pegawai tadbir.

a)

temu ramah

b)

temu bual

c)

temu duga

d)

temu janji

39.

Para pekebun getah bimbang akan ________ harimau di pendalaman Gua Musang.

a)

ancaman

b)

terancam

c)

diancam

d)

pengancam

40.

Setiap petang mereka terperangkap dalam __________ jalan raya.

a)

sesakkan

b)

sesak

c)

kesesakkan

d)

kesesakan

41.

Ain sedang sibuk mengulang kaji ________ kerana dia akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

a)

penajaran

b)

pembelajaran

c)

pelajaran

d)

pengajaran

42.

___________ Razif agak kabur pada waktu malam.

a)

pelihatan

b)

penlihatan

c)

pemlihatan

d)

penglihatan

43.

Kata-kata Lokman _______ di fikiran Anida.

a)

terbayang-bayang

b)

terngiang-ngiang

c)

tersiang-siang

d)

trcari-cari

44.

Pengemis itu _________ kotak-kotak buruk.

a)

berrumahkan

b)

berumahkan

c)

merumahkan

d)

perumahan

45.

Adik sedang ________ buku cerita di dalam biliknya.

a)

terbaca

b)

membaca

c)

bacaan

d)

pembaca

46.

Husni _________ Husna sebuah buku rujukan.

a)

membelikan

b)

membacakan

c)

membuatkan

d)

mengatakan

47.

Malaysia unik kerana

a)

keenakan makanannya.

b)

kejayaan yang dikecapi.

c)

pemandangannya yang indah.

d)

kepelbagaian budaya kaumnya.

48.

Bagaimanakah cara rakyat Malaysia berkongsi perayaan?

a)

Melalui amalan ziarah-menziarahi dan menghadiri rumah terbuka.

b)

Memakai pakaian tradisional setiap kaum di Malaysia.

c)

Menyediakan hidangan yang istimewa.

d)

Tidak melanggar pantang larang kaum lain.

49.

Apakah pakaian tradisional bagi kaum India?

a)

doti

b)

samfu

c)

ceongsam

d)

baju kurung

50.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

a)

Hanya kaum India yang mempunyai pantang larang.

b)

Malaysia terdiri daripada tiga kaum sahaja.

c)

Setiap kaum di Malaysia mempunyai perayaannya yang tersendiri.

d)

Pakaian tradisional kaum Melayu tidak boleh dipakai oleh kaum lain.