Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 10

Total questions: 30

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk di Sabah dan Sarawak mempunyai hubungan dengan masyarakat lain di Alam Melayu. Hubungan tersebut bermula sejak ________________

a)

sebelum Masihi

b)

abad kedua

c)

abad kelima

d)

abad keempat

2.

Apakah bukti yang menunjukkan Santubung muncul sebagai kerajaan yang mempunyai pelabuhan di lembah sungai Sarawak?

a)

Penemuan peralatan tembikar zaman Dinasti T’ang dan Sung

b)

Peralatan logam yang ditemui di Sungai Rajang

c)

Jumpaan gendang jenis Moko di Santubung

d)

Penemuan artifak di Gua Niah

3.

Siapakah yang memainkan peranan menyebarkan agama Islam di pantai timur Sabah?

a)

Kerajaan Majapahit

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Sambas

d)

Kesultanan Sulu

4.

Setiap kaum di Sarawak mempunyai ketua dan gelaran yang berbeza.

Apakah gelaran ketua bagi masyarakat Iban?

a)

Peran Lepo

b)

Laih Rayeh

c)

Hipun Uma

d)

Tuai Rumah

5.

Apakah bentuk kerajaan di kawasan tersebut?

I Ketua Kampung

II Wakil Raja

III Kerajaan

IV Pembesar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Apakah peranan Bobohizan bagi kaum Kadazandusun dan Bobolian bagi kaum Murut?

a)

Menjaga keamanan kampung

b)

Ketua angkatan perang

c)

Mengurus harta pusaka

d)

Mengurus soal adat

7.

Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan tugas tersebut?

a)

Ketua Bebas

b)

Wakil Raja

c)

Orang Tua

d)

Bobolian

8.

Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan harian bagi masyarakat di Sarawak dan Sabah?

a)

Dasar pemerintah

b)

Bentuk muka bumi

c)

Permintaan pasaran

d)

Kepercayaan masyarakat

9.

Gambar berikut merupakan aktiviti pembuatan sagu di Sarawak.

Apakah yang terlibat dalam aktiviti tersebut?

a)

Iban dan Bisaya

b)

Kelabit dan Kayan

c)

Kedayan dan Punan

d)

Melanau dan Melayu

10.

Apakah masyarakat tersebut?

a)

Iban

b)

Melayu

c)

Melanau

d)

Bidayuh

11.

Antara berikut, yang manakah berkaitan kaum Bajau/Sama yang tinggal di kawasan pantai barat Sabah?

I Berasal dari Sambaungan

II Budaya menunggang kuda

III Terkenal dengan tarian Magunatip

IV Kebanyakannya tinggal di Sungai Sugut

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah kepentingan Pasar Tamu kepada masyarakat Sabah?

a)

Pertemuan para peniaga

b)

Pusat jualan barang basah sahaja

c)

Pertemuan kaum-kaum di Sabah

d)

Dimonopoli oleh satu kaum sahaja

13.

Apakah peranan patung tersebut kepada kaum Iban?

a)

Pelindung masyarakat

b)

Lambang kepahlawanan

c)

Lambang status masyarakat

d)

Sumber pendapatan masyarakat

14.

Apakah etnik yang menghasilkan tiang tersebut?

a)

Bajau

b)

Murut

c)

Rungus

d)

Orang Ulu

15.

Apakah fungsi Pida dalam kalangan masyarakat tempatan di Sabah?

a)

Upacara perkahwinan

b)

Memotong rumput

c)

Memburu binatang

d)

Menuai padi

16.

Apakah tujuan kaum Melanau mengadakan Pesta Kaul?

a)

Meraikan perkahwinan

b)

Meraikan semangat padi

c)

Mengelak malapetaka buruk

d)

Mengeratkan perpaduan kaum

17.

Apakah pesta yang berkaitan dengan pertandingan tersebut?

a)

Pesta Regata Lepa

b)

Pesta Kaamatan

c)

Pesta Babulang

d)

Pesta Kaul

18.

Apakah tarian tersebut?

a)

Magunatip

b)

Bermukun

c)

Sumazau

d)

Limbai

19.

Apakah tujuan Tarian Ngajat ditarikan oleh kaum Iban dan Orang Ulu?

a)

Upacara keagamaan

b)

Lambang kegembiraan

c)

Memuja semangat padi

d)

Memberi semangat kepada pejuang

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan rumah panjang kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak?

I Tujuan keselamatan

II Tempat menyimpan senjata

III Tempat menyimpan tengkorak

IV Bukti wujud kerjasama masyarakat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah kegunaan lepa yang dihasilkan oleh kaum Bajau/Sama di pantai timur Sabah?

a)

Kubu pertahanan

b)

Tempat pemujaan

c)

Tempat kediaman

d)

Tempat menyimpan senjata

22.

Apakah nama kerajaan yang pernah menjadikan Santubong sebagai pusat pentadbiran?

a)

Saribas

b)

Sawaku

c)

Melano

d)

Samadong

23.

Dayang Hubu dan Dayang Ruku pernah mengetuai pentadbiran kerajaan tempatan di Sarawak. Apakah kerajaan tersebut?

a)

Kalka

b)

Melano

c)

Sawaku

d)

Samadong

24.

Kerajaan Saribas terletak di Lembah Sungai Saribas dan Sungai Rimbas. Kerajaan tersebut wujud pada ____

a)

abad ke-11

b)

abad ke-13

c)

abad ke-14

d)

abad ke-15

25.

Gelaran Orang Kaya merupakan satu gelaran yang digunakan oleh pemimpin kaum Dayak di Sarawak. Gelaran tersebut diberikan oleh ______

a)

Kesultanan Sulu

b)

Kesultanan Melayu Brunei

c)

Kesultanan Melayu Melaka

d)

Kesultanan Majapahit

26.

Apakah kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Kenyah di Sarawak?

a)

Menanam padi

b)

Mengusahakan sagu

c)

Membuat perahu

d)

Menangkap ikan

27.

Kaum X mendiami kawasan lembah sungai di Sarawak. X adalah kaum

a)

Kayan

b)

Kelabit

c)

Bisaya

d)

Punan

28.

Kesenian yang terdapat pada Tiang Totem dihasilkan oleh

a)

orang Iban

b)

orang Ulu

c)

orang Melayu

d)

orang Bidayuh

29.

Istilah "Petara" mempunyai kaitan dengan kepercayaan masyarakat Sarawak. Istilah tersebut bermaksud

a)

nenek moyang

b)

jejaka tampan

c)

tuhan

d)

roh

30.

Ruangan 'Ongkob' diwujudkan dalam seni bina rumah kaum Rungus. Ruangan tersebut berfungsi sebagai

a)

ruang bilik keluarga

b)

ruang tempat bersantai

c)

ruang tempat pertemuan

d)

ruang untuk tarian