Font size
WorksheetsPEMAHAMAN TAHUN 6 - PERIBAHASA
Total questions: 19
Worksheet time: 10mins
Pak Uteh dan isterinya __________ mengerjakan sawah padi dengan dibantu oleh anaknya.
bermandi peluh
bersengkang mata
memerah otak
bertegang urat
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Orang yang berketurunan baik, ke mana sahaja dia pergi akan baik juga jadinya
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut jadi pulau
Sesuatu perkara tidak akan datang tanpa usaha ...
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Hubungan persaudaraan yang tidak akan putus walaupun berselisihan faham
Air dicencang tidak akan putus
Biduk berlalu kiambang bertaut
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Seperti isi dengan kuku
Pasukan bola baling sekolah saya sentiasa menang kerana mempunyai seorang pemain ________ yang handal.
batu loncatan
anak emas
tulang belakang
ibu keladi
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia____________________.
buta hati
buta huruf
buta gaji
buta mata
Herdiyana dan Fara Asiah ______________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh di batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Almukwan dianggap ________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok bagai
bumi dengan langit
pinang dibelah dua
ular kena palu
aur dan tebing
Zamir Azril tidak mengamalkan sikap ______________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
buang yang keruh ambil yang jernih
segan bertanya sesat jalan
sambil menyelam minum air
bagaimana acuan begitulah kuihnya
Muthu sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Tulisan Muthu juga sukar dibaca kerana seperti _________________.
cakar ayam
tanduk kerbau
lintah darat
kuku besi
Guru Besar ________________ atas kejayaan pasukan hoki sekolah yang berjaya menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri tahun ini.
besar hati
murah hati
panjang akal
manis mulut
Amira merasa ______________ terhadap Susan yang menjauhkan diri dan tidak mahu berkawan lagi dengannya.
kecil hati
sakit hati
hati batu
besar hati
Encik Zainal merupakan seorang yang mudah bergaul dengan masyarakat kerana sikapnya yang ________________.
kepala angin
manis mulut
ringan mulut
mata keranjang
Pilih perumpamaan yang paling sesuai berdasarkan gambar yang diberi.
bagai cincin dibelah dua
bagai aur dengan tebing
bagai menatang minyak yang penuh
bagai ayam berak kapur
Encik Hamim memberikan_________ kepada anaknya, sama ada melanjutkan pelajarannya di luar negara atau bekerja di syarikatnya sebagai pengarah.
kata dua
kata sepakat
kata hikmah
kata putus
Sejak dari kecil Jacob tidak meminati bidang sukan terutamanya sukan bola sepak kerana dia merupakan seorang yang ________________.
ulat buku
ayam tambatan
lipas kudung
kaki bangku
