Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Kesihatan Tahun 2 : Pastikan Selamat

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah perkara yang perlu dibuat bila hendak keluar rumah?

a)

Memberitahu dan meminta izin ibu dan bapa terlebih dahulu.

b)

Terus keluar tanpa perlu memberitahu dan meminta izin.

2.

Mengapa kita perlu meminta izin dengan ibu bapa sebelum keluar?

a)

Supaya ibu bapa tahu pergerakan dan aktiviti kita.

b)

Supaya kita boleh berbuat jahat dan melanggar peraturan.

c)

Supaya kita mudah diculik.

3.

Mengapa kita perlu berkata TIDAK MAHU?

a)

Untuk mengelakkan diri dari aktiviti berbahaya.

b)

Untuk memudahkan kita melakukan perkara yang salah.

4.

Bolehkah kita mendekati orang yang tidak dikenali?

a)

BOLEH

b)

TIDAK BOLEH

5.

Apakah yang mungkin berlaku jika kita mengikuti orang yang tidak dikenali?

a)

Kita mungkin akan diculik.

b)

Kita akan dibawa ke sekolah.

6.

Adakah BERBAHAYA mengikut orang yang tidak dikenali?

a)

YA SANGAT BAHAYA

b)

TIDAK MERBAHAYA

7.

Bolehkah kita menaiki kenderaan orang yang kita TIDAK KENALI?

a)

BOLEH

b)

TIDAK BOLEH

8.

Apakah perkara buruk yang boleh berlaku jika kita membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah?

a)

Orang boleh merompak dan menculik kita.

b)

Orang hanya duduk dan minum air.

9.

Maksud orang yang dikenali bermaksud orang yang ___________ dengan diri kita.

a)

rapat

b)

jauh

c)

musuh

d)

asing

10.

Siapakah orang yang tidak dikenali?

a)

Penyamar

b)

Jiran

c)

Guru

d)

Rakan

11.

Ketika Ganesh pergi ke kedai, seseorang yang tidak dikenali telah memanggilnya. Apa tindakan Ganesh yang sepatutnya?

a)

Ganesh menaiki kereta bersama-sama orang itu.

b)

Ganesh menolak ajakan orang itu untuk ke kedai bersama-sama

c)

Ganesh menjerit mengejek orang itu.

d)

Ganesh mengambil gula-gula yang diberi orang itu.

12.

Seorang lelaki mengajak menarik tangan kamu untuk menaiki keretanya. Apakah tindakan kamu?

a)

Menjerit meminta tolong.

b)

Mengucapkan terima kasih.

c)

Naik kereta dengan gembira.

d)

Bertanya khabar lelaki itu.

13.

Apakah akibat mengikut orang yang tidak dikenali?

a)

Mungkin mendapat hadiah

b)

Mungkin mengenali kawan baharu

c)

Mungkin menjadi kaya raya

d)

Mungkin diculik orang.

14.

Pilih 2 jawapan yang betul.


Apabila orang yang tidak dikenali secara tiba-tiba memberi barang seperti ais krim, kita hendaklah __________________________.

a)

menolak pemberian tersebut.

b)

mengambil pemberian tersebut.

c)

beredar secara cepat ke tempat yang lebih selamat.

15.

Aktiviti manakah yang selamat untuk anda lakukan bersama-sama kawan?

a)

Membawa kawan bermain congkak di rumah.

b)

Menerima ajakan kawan mandi sungai di hujung kampung.

c)

Mengajak kawan bermain basikal lajak pada tengah hari.

d)

Mengayuh basikal sambil bergurau senda.

16.

Apakah yang perlu kita lakukan jika orang tidak dikenali datang ke rumah?

a)

Membenarkan mereka masuk

b)

Memberitahu ibu bapa

17.

Bagaimanakah cara menjaga keselamatan dari orang yang TIDAK dikenali berdasarkan gambar di atas?

a)

Menolak pelawaan jiran itu dan menaiki bas awam ke sekolah.

b)

Menolak pelawaan orang yang tidak dikenali itu dan lari ke tempat yang selamat.

18.

Perkara manakah yang membuatkan ibu bapa risau apabila apabila kamu keluar berseorangan?

a)

Bertemu rakan sebaya di perpustakaan.

b)

Bertemu seseorang di pasar malam.

c)

Bertemu cikgu di kelas tambahan.

d)

Bertemu atok dan nenek di kampung.

19.

Apakah tindakan yang patut kamu ambil sekiranya ada rakan yang mengajak kamu bermain dengan api?

a)

Menolak ajakan rakan dan mengelakkan diri daripada aktiviti berbahaya.

b)

Bersetuju untuk bermain api bersama-sama.

20.

Jika ada orang yang tidak dikenali hendak memberikan mainan kepada kamu, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan?

a)

Mengambil mainan tersebut.

b)

Katakan "tak nak" dan segera pergi jauh dari orang itu.