NEW
Font size
WorksheetsKuiz Tatabahasa Tahun 4- Imbuhan Akhiran
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Adam suka menonton ___________ kartun sambil makan makanan ringan.
rancangi
rancangan
rancangkan
rancanglah
Jangan __________ kawasan lombong itu.
hampirkan
hampiran
hampirlah
hampiri
____________ ibu bapa harus kita patuhi selalu.
Ajarkan
Ajarlah
Ajari
Ajaran
Pelbagai jenis alat _________ dijual di kedai itu.
mainan
permainkan
maini
mainlah
"Tolong _________ salam saya kepada nenek kamu," kata Mail kepada Dzul.
sampailah
sampaikan
menyampaikan
kesampaian
__________ keputusan peperiksaan boleh dibuat melalui dalam talian.
Semaki
Semakkan
Semakan
Penyemakan
Radio yang rosak itu telah abang Sarah ____________.
baiki
membaiki
baikan
kebaikan
Ahli keluarga yang paling Ijat __________ ialah neneknya.
sayangnya
sayangi
sayangkan
sayanglah
_______ derma yang dilakukan oleh badan kebajikan itu bertujuan untuk membantu golongan anak yatim.
Kutipan
Kutipi
Kutipkan
Mengutip
Tanah tinggi Cameron pernah saya __________ pada tahun lepas.
pelawat
melawat
lawatan
lawati
Persembahan artis yang terkenal itu mendapat __________ yang gemuruh daripada para penonton.
bertepuk
ditepuk
tepukan
menepuk
"__________ kaki kamu mengikut muzik yang dimainkan," kata Cikgu Nazira kepada murid- muridnya.
Hentakan
Hentakkan
Penghentak
Menghentak- hentak
"Tolong __________ kopi itu untuk adik kamu," kata ibu kepada Alif.
berkacau
kacaukan
kacauan
pengacau
"Mimpi yang saya __________ itu sungguh menakutkan," kata Rohaya kepada Maznah.
alami
sealam
pengalaman
berpengalaman
__________ Kumpulan Bestari memang bernas dan sesuai dengan terma.
Cadangan
Bercadang
Mencadang
Mencadangkan
Tolong ________ perkara-perkara penting yang disampaikan oleh guru kelas.
pencatat
catatan
catatkan
dicatat
....... dapat menyihatkan badan kita.
Senaman
Senamkan
Kami haruslah ....... makan buah-buahan.
lebihan
lebihkan
Ali memilih buku rujukan yang saya ........ .
sukai
sukakan
Makanan manis dan berminyak harus kita ....... .
hindari
hindaran
“ ____ satu gambaran buah-buahan yang kamu sukai,” kata Cikgu Lau.
Lukisan
Pelukis
Lukiskan
Melukis
Siapakah yang memasak ....................... yang lazat ini ?
makanan
dimakan
termakan
________________ buku-buku cerita ini dengan teratur di rak buku.
Susun
Susunan
Susunkan
Disusun
Jangan ................ talian elektrik yang terputus.
hampiri
hampirkan
menghampir
Saya ..................... cat pada dinding kelas kita telah luntur.
dapati
dapatkan
dapatan
