Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEMALANGAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah dua (2) punca utama kemalangan?


I) Tindakan yang tidak selamat

II) Tindakan yang kurang selamat

III) Persekitaran kerja yang tidak selamat

IV) Persekitaran kerja yang kurang selamat

a)

A. I dan III

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

2.

Apakah maksud insiden?

a)

A. Siri kejadian yang malang

b)

B. Siri kejadian yang dirancang

c)

C. Siri kejadian yang tidak diketahui

d)

D. Siri kejadian yang tidak dirancang

3.

Apakah maksud teori punca berganda?

a)

A. Sesuatu kemalangan berlaku mungkin disebabkan oleh satu punca.

b)

B. Sesuatu kemalangan berlaku mungkin disebabkan oleh lebih daripada satu punca.

c)

C. Sesuatu kemalangan berlaku mungkin disebabkan oleh dua punca utama.

d)

D. Sesuatu kemalangan berlaku mungkin disebabkan oleh satu pnca utama.

4.

Pilih situasi Tindakan Tidak Selamat.


I) Tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja.

II) Tiada kelengkapan atau pakaian keselamatan pada

mesin yang sesuai.

III) Tanda-tanda amaran bahaya tidak jelas dan tidak

mencukupi.

IV) Tidak menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dari masa ke semasa.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

5.

"Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang tidak selamat"


Apakah kategori punca kemalangan bagi penyataan di atas?

a)

A. Kecuaian pekerja.

b)

B. Tindakan yang tidak selamat.

c)

C. Kelalaian pihak pengurusan.

d)

D. Persekitaran kerja tidak selamat.

6.

Pilih prinsip pencegahan kemalangan.


I) Ada Dasar Keselamatan yang jelas.

II) Perlu kerjasama yang baik antara pekerja sahaja.

III) Amalkan langkah-langkah pencegahan kemalangan dalam aktiviti tertentu.

IV) Usaha untuk meningkatkan keselamatan mesti diterajui oleh orang bertanggungjawab.

a)

A. I dan III

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. II dan IV

7.

Pilih tindakan selamat semasa mengendalikan bahan kimia di dalam Bengkel Pereka Floral.


I) Gunakan bahan kimia dalam ruang yang tertutup.

II) Basuh tangan selepas mengendalikan bahan kimia.

III) Simpan bahan kimia di kawasan yang mudah dilihat.

IV) Elakkan menyentuh bahan kimia menggunakan tangan.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

8.

Apakah langkah yang perlu dilakukan sekiranya tangan terkena gam panas?

a)

A. Lap tangan dengan segera.

b)

B. Bilas tangan dengan segera.

c)

C. Tarik gam pada tangan dengan segera.

d)

D. Melaporkan kepada guru dengan segera.

9.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan persekitaran kerja selamat?


I) Menyusun alat di atas lantai.

II) Mengemop lantai setiap bulan.

III) Menyapu lantai premis setiap hari.

IV) Meletakkan bahan gubahan didalam baldi.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

10.

Apakah langkah pencegahan yang anda perlu dilakukan sekiranya terdapat rakan sekerja yang dibuli?


I) Memberi nasihat kepada pembuli.

II) Membalas dendam kepada pembuli.

III) Memberi sokongan kepada rakan yang dibuli.

IV) Melaporkan tindakan pembuli kepada pihak atasan.

a)

A. I, II dan III

b)

B. I, II dan IV

c)

C. I, III dan IV

d)

D. II, III dan IV