Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PROSA TRADISIONAL : ASAL PADI

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah harta peninggalan yang tidak dicuri?

a)

Kolam ikan

b)

Wang tembaga

c)

Binatang ternakan

d)

Tanah pusaka

2.

Bagaimanakah kondisi Si Sulung?

a)

Matanya buta, telinganya pekak dan tangannya tiada jari

b)

Mulutnya bisu manakala kedua kaki dan tangannya kudung

c)

Gigi jongang, matanya sebelah buta, tangannya sebelah tiada dan kakinya kerekut

d)

kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.

3.

Siapakah yang dilihat oleh Si Bongsu ?

a)

ada tiga wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan

b)

ada enam wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan

c)

ada tujuh wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan

d)

ada sepuluh wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan

4.

Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau seperti emas. Apakah emas itu?

a)

langsat

b)

padi

c)

gandum

d)

kacang tanah

5.

Mengapakah Si Bongsu memasukkan padi ke dalam mulutnya

a)

kerana Si Bongsu sangat lapar

b)

kerana Si Bongsu hendak jual padi itu

c)

kerana Si Bongsu hendak bawa pulang ke bumi

d)

kerana Si Bongsu hendak bawa pulang ke kayangan

6.

mengapakah tumit Si Bongsu itu luka?

a)

terpijak batu

b)

tersadung kayu

c)

terhantuk bucu tangga

d)

terpijak kaca pecah

7.

Bagaimanakah Si Bongsu berjaya membawa pulang padi?

a)

meletakkan dicelah ketiaknya

b)

memasukkan ke dalam mulutnya

c)

memasukkan di dalam lubang luka pada tumitnya

d)

menyumbat ke dalam pusat

8.

Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di bumi. Apa yang dilakukan oleh pipit?

a)

Burung pipit mengambil kesempatan memakan padi tersebut

b)

Burung pipit mengambil sebutir untuk dijadikan bukti

c)

Burung pipit memberi sedekah kepada burung Tekuri

d)

Burung pipit mematuk Si Bongsu hingga mati di sawah

9.

Dalam pertarungan itu pipit telah kalah lalu ................

a)

kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah bepusing ke atas

b)

kerongkongnya dipatahkan dan temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.

c)

kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.

d)

kerongkongnya dipatahkan dan temboloknya telah berpusing ke bawah

10.

Baca petikan di bawah:

Kemudian orang kayangan itu mengambil nasi dan memberikan nasi itu kepada anak yatim piatu yang baru datang itu supaya penduduk bumi itu dapat merasakan betapa lazatnya dan betapa besar faedahnya makanan yang disangkanya emas itu. Setelah anak yatim piatu itu selesai makan, maka barulah ia percaya betapa lazatnya makanan yang aneh itu. Ia ingin memintanya agar ia dapat membawa pulang dan menanam tanaman yang ajaib itu di bumi. Akan tetapi ia yakin bahawa empunya pasti tidak akan mengizinkannya. Oleh sebab tiu, jika ia hendak membawa tanaman yang ajaib itu ke bumi, maka ia harus mencari akal agar ia dapat menyembunyikan tanaman itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya. Akan tetapi ia tidak mempunyai tempat untuk membawa tanaman yang ajaib itu tanpa diketahui oleh sesiapa juga. Lama ia memikirkan hal itu dan akhirnya ia mendapat suatu akal. Padi itu akan dimasukkannya ke dalam mulutnya.


Mengapakah orang kayangan itu memberikan nasi kepada anak yatim piatu ?

(a)  

11.

Baca petikan di bawah:

Kemudian orang kayangan itu mengambil nasi dan memberikan nasi itu kepada anak yatim piatu yang baru datang itu supaya penduduk bumi itu dapat merasakan betapa lazatnya dan betapa besar faedahnya makanan yang disangkanya emas itu. Setelah anak yatim piatu itu selesai makan, maka barulah ia percaya batapa lazatnya makanan yang aneh itu. Ia ingin memintanya agar ia dapat membawa pulang dan menanam tanaman yang ajaib itu di bumi. Akan tetapi ia yakin bahawa empunya pasti tidak akan mengizinkannya. Oleh sebab tiu, jika ia hendak membawa tanaman yang ajaib itu ke bumi, maka ia harus mencari akal agar ia dapat menyembunyikan tanaman itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya. Akan tetapi ia tidak mempunyai tempat untuk membawa tanaman yang ajaib itu tanpa diketahui oleh sesiapa juga. Lama ia memikirkan hal itu dan akhirnya ia mendapat suatu akal. Padi itu akan dimasukkannya ke dalam mulutnya.


Apakah perwatakan anak yatim piatu berdasarkan petikan itu?

a)

Berani meminta padi daripada orang kayangan untuk dibawa ke bumi.

b)

Bijak berfikir untuk mendapatkan cara membawa padi dari kayangan ke bumi.

c)

Bersyukur kerana diberikan peluang oleh orang kayangan menikmati rasa nasi.

d)

Tidak putus asa untuk memujuk orang kayangan agar memberikannya padi.

12.

Baca petikan di bawah:

Kemudian orang kayangan itu mengambil nasi dan memberikan nasi itu kepada anak yatim piatu yang baru datang itu supaya penduduk bumi itu dapat merasakan betapa lazatnya dan betapa besar faedahnya makanan yang disangkanya emas itu. Setelah anak yatim piatu itu selesai makan, maka barulah ia percaya batapa lazatnya makanan yang aneh itu. Ia ingin memintanya agar ia dapat membawa pulang dan menanam tanaman yang ajaib itu di bumi. Akan tetapi ia yakin bahawa empunya pasti tidak akan mengizinkannya. Oleh sebab tiu, jika ia hendak membawa tanaman yang ajaib itu ke bumi, maka ia harus mencari akal agar ia dapat menyembunyikan tanaman itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya. Akan tetapi ia tidak mempunyai tempat untuk membawa tanaman yang ajaib itu tanpa diketahui oleh sesiapa juga. Lama ia memikirkan hal itu dan akhirnya ia mendapat suatu akal. Padi itu akan dimasukkannya ke dalam mulutnya.


Nilai yang ditonjolkan oleh orang kayangan berdasarkan petikan itu ialah

(a)  

13.

Apakah klimaks cerita 'Asal Padi'?

a)

Orang kayangan berasa amat sedih kerana padi di kayangan tidak subur setelah padi itu dapat dicuri dan ditanam di bumi,

b)

Anak yatim piatu dapat membawa benih padi dari kayangan ke bumi dengan menyorokkannya di dalam lubang luka pada tumitnya.

c)

Anak yatim piatu membuat ladang dan menanam benih padi yang dicurinya dari kayangan hingga membuahkan hasil yang lumayan di bumi.

d)

Orang kayangan menghempaskan anak yatim piatu ke tangga pelangi lalu menggeledah dan menjumpai padi yang disembunyikan di dalam mulutnya.

14.

"... Sekarang saya sudah betul-betul jera mengambil apa-apa. Saya sungguh-sungguh sudah bertaubat dan tidak mahu lagi melakukannya."


Maksud perkataan jera dalam petikan di atas ialah ...

a)

serik

b)

ikhlas

c)

jujur

d)

berani

15.

Apakah pengajaran yang terkandung dalam prosa tradisional Asal Padi?

a)

A. Kita hendaklah berani dalam menghadapi cabaran.

b)

B. Kita hendaklah memberi keizinan kepada orang lain untuk mencuri demi kelangsungan hidup.

c)

C. Kita mestilah menjaga binatang ternakan dengan baik.