wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KONTRAK (TAWARAN, PENERIMAAN, BALASAN)

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

"Suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang." Definisi kontrak ini adalah diambil daripada :

a)

Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950

b)

Seksyen 26 Akta Kontrak 1950

c)

Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950

d)

Seksyen 10 Akta Kontrak 1950

2.

Dalam praktis undang-undang kontrak di Malaysia, selain merujuk Akta Kontrak 1950, kita juga boleh merujuk kepada:

a)

Perlembagaan Persekutuan

b)

Undang-undang Inggeris (Common Law)

c)

Undang-undang Adat

d)

Mahkamah Syariah

3.

Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk melakukan sesuatu, ia adalah dikatakan sedang membuat:

a)

balasan

b)

tawaran

c)

kerelaan berkontrak

d)

penerimaan

4.

Bagi 'unilateral contract', tawaran yang dibuat boleh ditujukan kepada

a)

orang tertentu/spesifik sahaja

b)

kawan sahaja

c)

sesiapa sahaja di seluruh dunia

d)

diri sendiri sahaja

5.

Dalam kes Carlill lawan Carbolic Smoke Ball Ltd, mahkamah menyebelahi plaintif kerana iklan yang dikeluarkan oleh defendan adalah dikira sebagai

a)

tawaran

b)

penerimaan

c)

balasan

d)

ketentuan

6.

Syarat-syarat tawaran adalah:

(pilih 2 jawapan)

a)

mestilah dikomunikasikan

b)

mestilah berbaloi

c)

mestilah jelas dan lengkap

d)

mestilah berharga

7.

Berikut adalah cara sesuatu tawaran ditamatkan, KECUALI:

a)

apabila dibatalkan oleh pencadang dengan notis

b)

apabila luput waktu (expire date)

c)

apabila penerima menolak tawaran itu

d)

apabila pencadang sakit tenat

8.

Sesuatu ajakan atau jemputan kepada pihak lain yang seakan-akan suatu tawaran, disebut sebagai:

a)

penerimaan

b)

pelawaan tawaran

c)

pelawaan balasan

d)

balasan

9.

Contoh pelawaan tawaran adalah seperti berikut, KECUALI:

a)

jualan lelongan

b)

sebut harga atau maklumat

c)

jualan langsung

d)

pamerkan barang di atas rak

10.

Dalam kes Pharmaceutical Society of GB lawan Boots Cash Chemist Ltd, mahkamah memihak kepada defendan kerana ubat dipamer di atas rak adalah:

a)

tawaran

b)

pelawaan tawaran

c)

penerimaan

d)

balasan

11.

Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan, apabila seseorang bersedia untuk menerima suatu tawaran pihak lain, ia disebut:

a)

tawaran

b)

penerimaan

c)

balasan

d)

cadangan

12.

Seksyen 7 Akta Kontrak menyatakan, penerimaan mestilah bersifat mutlak dan tidak bersyarat. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

13.

Dalam kes Hyde lawan Wrench, harga asal tanah $1000 telah ditawar menjadi $950, tetapi penjual (defendan) enggan menerima. Mahkamah memihak kepada defendan kerana:

a)

'tawaran balas' memansuhkan 'tawaran asal'

b)

pembeli lambat respon dengan tawaran

c)

'tawaran asal' memansuhkan 'tawaran balas'

d)

defendan tamak ingin harga tinggi lagi

14.

Berdiam diri tidak dianggap sebagai penerimaan kerana menurut Seksyen 7 Akta Kontrak, penerimaan hendaklah secara biasa dan munasabah. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

15.

Dalam kes Felthouse lawan Bindley, mahkamah memutuskan bahawa defendan(Bindley) tidak bersalah menjual kuda tersebut kerana:

a)

tiada tawaran dibuat oleh Felthouse

b)

tiada penerimaan dibuat oleh anak saudara Felthouse

c)

wujud kontrak antara Felthouse dan Bindley

d)

banyak lagi kuda lain yang boleh dibeli

16.

Kontrak tanpa balasan adalah dianggap sah menurut Seksyen 26 Akta Kontrak 1950. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

17.

Siti Kasim teringat dengan Azhar yang telah membantunya semalam mengangkat barang ke rumahnya. Siti Kasim menelefon Azhar untuk memberi wang sebagai balasan. Ini adalah balasan jenis:

a)

Tersempurna

b)

Eksekutori

c)

Lampau

d)

Berbaloi

18.

Mengapakah balasan tidak semestinya berbaloi?

a)

Balasan bukanlah elemen kontrak

b)

Balasan hanyalah penghargaan

c)

Syarat balasan asalkan ianya bernilai

d)

Balasan tidak wajib ada

19.

Azman menuntut wang daripada Haji Mahadi kerana anak Haji Mahadi iaitu Sabella telah berkontrak untuk membeli kereta dengan Azman tanpa pengetahuan Haji Mahadi. Adalah ia dibolehkan?

a)

Boleh kerana balasan tak semestinya daripada pembuat janji

b)

Tidak boleh kerana Haji Mahadi tiada duit

c)

Boleh kerana Sabella anak kepada Haji Mahadi

d)

Tidak boleh kerana di luar pengetahuan Haji Mahadi

20.

Apakah syarat untuk membolehkan kasih sayang itu dikira sebagai balasan yang sah menurut Akta Kontrak?

a)

berbaloi dan mempunyai nilai

b)

Direkod(ditulis) dan didaftarkan

c)

Disahkan oleh saksi semata-mata

d)

dibuat dengan kehadiran peguam