wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM LATIHAN 5

Total questions: 100

Worksheet time: 57mins

Name
Class
Date
1.

Juruterbang itu mengumumkan kepada semua penumpang, "____________ akan mendarat sekarang."

a)

kita

b)

kami

c)

kamu

d)

kalian

2.

Yang di-Pertuan Agong akan mencemar duli ke majlis bersama rakyat. _____________ akan menghulurkan bantuan kepada rakyat di situ.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Baginda

d)

Tuan hamba

3.

Pemain itu bersiap hendak ______________ pukulan daripada lawannya.

a)

menumpaskan

b)

membalas

c)

mengetuk

d)

mengalahkan

4.

Iqbal ______________ ke telinga kawannya untuk memberitahu rahsia itu.

a)

berbisik

b)

berteriak

c)

bergurau

d)

berborak

5.

Rini ___________ akan kakaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

a)

hiba

b)

gundah

c)

suka

d)

rindu

6.

Kakinya mula terasa sakit kerana terlalu ____________ berdiri semasa menunggu bas.

a)

lampau

b)

lama

c)

lewat

d)

lanjut

7.

Hubungan mereka semakin __________sejak tinggal berjiran.

a)

hampir

b)

jarang

c)

padat

d)

rapat

8.

Berita kebakaran itu telah sampai ______________ anggota bomba yang sedang bertugas.

a)

untuk

b)

kepada

c)

dengan

d)

pada

9.
a)

seberang

b)

hujung

c)

sudut

d)

tengah

10.

Afifi membaca novel ___________menunggu adiknya pulang dari sekolah.

a)

lalu

b)

manakala

c)

sementara

d)

hingga

11.

Seorang ____________ akhbar telah menulis berita tentan kejayaan Suraj dalam pertandingan syarahan peringkat negeri.

a)

peragawan

b)

usahawan

c)

karyawan

d)

wartawan

12.

Dia __________ akan seorang wanita yang seiras dengan wajah guru kesayangannya.

a)

terpandang

b)

memandangkan

c)

berpandangan

d)

pandangan

13.

Harris dilantik sebagai ____________ Persatuan Bahasa Melayu di sekolahnya.

a)

Kakitangan

b)

Setiausaha

c)

Sukarela

d)

Warganegara

14.

Encik Darul membeli __________ berasa dari kedai itu untuk didermakan.

a)

berlonggok-longgok

b)

berdozen-dozen

c)

berkarung-karung

d)

berbungkus-bungkus

15.

Mak Cik Rozita menjual __________ yang segar di pasar tani.

a)

lauk-pauk

b)

kuih-muih

c)

sayur-mayur

d)

rempah-ratus

16.

Peniaga itu meletakkan ___________ telur rebus di atas nasi lemak yang dijualnya.

a)

seulas

b)

seurat

c)

seruas

d)

sepotong

17.

Pak Karim berjaya memperoleh hasil tangkapan yang banyak.


Pilih perkataan seerti bagi memperoleh.

a)

memungut

b)

mendapat

c)

menyimpan

d)

menghimpun

18.

Bangunan yang usang di bandar raya itu akan dibaik pulih.


Pilih perkataan berlawan bagi usang.

a)

baharu

b)

unik

c)

cantik

d)

indah

19.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. [dua jawapan]

a)

Bilik saya jelas apabila lampu dibuka.

b)

Kawasan semak samun itu jelas setelah ditebas.

c)

Hutang saya pada Rohit telah jelas.

d)

Saya telah jelas dengan perkara yang diterangkan tadi.

20.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. [ dua jawapan ]

a)

Ibu mencuci pakaian sehingga baik.

b)

Masni baru sahaja baik daripada demam.

c)

Hubungan antara Hani dan Gayah memang baik.

d)

Surat itu saya terima dengan baik pagi semalam.

21.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.


Di manakah pertandingan bercerita peringkat daerah tahun ini akan diadakan?

a)

Pertandingan bercerita itu akan berjalan dengan lancar.

b)

Pertandingan bercerita itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.

c)

Pertandingan bercerita itu akan berlangsung di Dewan Bunga Raya.

d)

Pertandingan bercerita itu akan diajalan di dewan orang ramai setiap tahun.

22.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.


Murid-murid dibenarkan ke kantin pada waktu rehat sahaja.

a)

Apakah sebab murid-murid dibenarkan pergi ke kantin ?

b)

Bilakah murid-murid dibenarkan pergi ke kantin?

c)

Siapakah yang pergi ke kantin pada waktu rehat?

d)

Mengapakah murid-murid dibenarkan pergi ke kantin?

23.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


Mereka berteduh di dalam pondok itu sementara menunggu hujan berhenti.

a)

Ketika berteduh di dalam pondok itu, hujan berhenti.

b)

Mereka menunggu pondok teduhan sementara hujan berhenti.

c)

Hujan berhenti apabila mereka berteduh di dalam pondok itu.

d)

Di dalam pondok itu mereka berteduh sehingga hujan berhenti.

24.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


Puan Lim menegur anaknya yang masih tidur kerana matahari sudah tinggi.

a)

"Alahai, matahari sudah tinggi! Sudah lama bangun?" tegur Puan LIm.

b)

"Matahari sudah tinggi. Bangunlah cepat," Puan Lim menegur anaknya.

c)

"Matahari sudah tinggi, baru bangun tidur?" Puan Lim menegur anaknya.

d)

"Mengapakah baru bangun? Matahari sudah tinggi," tegur Puan Lim kepada anaknya.

25.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kereta api itu bergerak ke arah selatan.

b)

Dia memberi senyuman mesra dengan kami.

c)

Diva suka menonton televisyen bila di rumah.

d)

Encik Kamil tinggal di situ daripada dua tahun yang lalu.

26.

Pilih ayat yang betul.

a)

Amri dan Joseph tetap pergi ke sekolah walaupun hari hujan.

b)

Saiful selalu mencuci tangan ketika berdoa sebelum makan.

c)

Ayah membaca surat khabar lalu ibu memasak di dapur.

d)

Benny suka bermain badminton tetapi bermain catur.

27.

Pilih ayat-ayat yang betul. [dua jawapan]

a)

Seua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan

b)

Rajan mendapatkan tempat pertama dalam pertandingan catur di sekolah.

c)

Cikgu Badli sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang.

d)

Arif membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman.

28.

Pilih ayat-ayat yang betul. [dua jawapan]

a)

"Usah conteng dinding tandas itu," nasihat Ravi kepada Chee Fong.

b)

"Tolong jangan bising," nasihat pengawas perpustakaan kepada murid-murid .

c)

"Harap sila bersabar kerana kamu akan dilayan sebentar lagi," kata jururawat itu.

d)

"Jemput makan kuih karipap itu," pelawa ibu kepada Puan Siti.

29.

Pemuda itu seperti ____________ apabila mewarisi semua harta pusaka peninggalan orang tuanya.

a)

tikus jatuh ke riba

b)

kera mendapat bunga

c)

rusa masuk kampung

d)

cicak makan kapur

30.

Budak itu ___________ orangnya kerana mudah memahami pelajaran yang diajarkan oleh gurunya.

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

putih mata

d)

terang hati

31.

"Sebagai murid yang bakal menjadi pemimpin negara, ___________ perlu memahami dan mematuhi Rukun Negara," kata Cikgu Norzamri kepada murid-muridnya.

a)

kita

b)

kami

c)

kamu

d)

tuan

32.

"Petikkan _________ sekuntum bunga mawar yang mekar itu," titah Puteri Balkis kepada inang istana.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuan hamba

33.

Pada masa ini, kita boleh ___________ dengan sahabat kita melalui Internet.

a)

bersalam

b)

bertanya

c)

berkirim

d)

berhubung

34.

Jalan di sekitar Dataran Merdeka telah ____________ dengan lampu yang berwarna-warni sempena pesta flora tahun ini.

a)

dihiasi

b)

dihujani

c)

dilimpahi

d)

direntangi

35.

"Kamu perlu memberikan isyarat kepada saya apabila masa permainan ___________ tamat," kata pengadil bola jaring itu kepada penjaga masa.

a)

mesti

b)

jarang

c)

hampir

d)

nyaris

36.

Keadaan __________ yang berlaku dalam mesyuarat itu dapat diselesaikan dengan baik dan kembali _____________.

a)

riuh ... selesa

b)

tegang ... aman

c)

bising ... senyap

d)

kecoh ... sihat

37.

Laluan pejalan kaki itu dibina dengan permukaan yang _________ bai menjamin keselamatan penggunanya.

a)

licin

b)

halus

c)

kesat

d)

lembab

38.

Budak lelaki itu ____________ tergelincir ketika hendak mengambil tanda nama yang jatuh di _________ longkang.

a)

nyaris ... tepi

b)

hampir ... atas

c)

dekat .... sisi

d)

cemas ... pinggir

39.

ERina mengangkat kain di jemuran ___________ hari hendak hujan.

a)

meskipun

b)

walaupun

c)

sementara

d)

tatkala

40.

Bantuan kerajaan telah pun diterima oleh __________ daripada penduduk kampung yang menjadi mangsa bencana banjir itu.

a)

setiap

b)

sebahagian

c)

seluruh

d)

semua

41.

Aira amat rindu ___________ kakaknya yang belajar di luar negara.

a)

kerana

b)

dengan

c)

tentang

d)

akan

42.

Kursus yang dihadiri oleh ahli pengakap itu merupakan __________ daripada kursus yang lalu.

a)

ikutan

b)

turutan

c)

pindaan

d)

sambungan

43.

Abang Zaidi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temu duga ____________ segulung ijazah yang dimilikinya.

a)

berbekalkan

b)

berlandaskan

c)

bersandarkan

d)

berpandukan

44.

Para penyelidik sedang membuat kajian di kawasan yang dipercayai mempunyai bahan _________ itu.

a)

pracetak

b)

prasarana

c)

prasejarah

d)

pramasa

45.

Suasana di Stadium Bukit Jalil menjadi ________ sebaik sahaja pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol.

a)

keluh-kesah

b)

hingar-bingar

c)

mundar-mandir

d)

segar-bugar

46.

Ariana ________ untuk membuat keputusan sama ada hendak mengikuti rombongan ke Melaka itu atau tidak.

a)

teragak-agak

b)

ternanti-nanti

c)

tertanya-tanya

d)

tercengang-cengang

47.

Helmi runsing kalau-kalau permohonannya ke universiti tidak berjaya.


Pilih perkataan seerti bagi runsing.

a)

geram

b)

gerun

c)

gugup

d)

gelisah

48.

Inspektor Hasbullah menyanggah keterangan pemuda itu tentang punca berlakunya kemalangan tersebut.


Pilih perkataan berlawan bagi menyanggah.

a)

menyarankan

b)

menyetujui

c)

memahami

d)

mendapatkan

49.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. [dua jawapan]

a)

Kenangan manis ketika bersekolah dahulu masih segar lagi dalam ingatan.

b)

Badannya terasa segar kembali setelah mandi.

c)

Fadli berasa segar apabila dapat menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

d)

Buah mangga yang dikupas oleh Fauzan itu segar rasanya.

50.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. [dua jawapan]

a)

Ibu menyalin kuih yang dihantar oleh Puan Ratna ke dalam piring.

b)

Puan Nurul telah selamat menyalin seorang bayi lelaki di Hospital Taiping.

c)

Roslina menyalin perangai ibunya yang gemar menjahit baju pada masa lapang.

d)

Kamarul menyalin nota yang ditulis oleh Cikgu Rosyati ke dalam buku latihannya.

51.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Ahli perniagaan itu akan mendirikan sebuah chalet yang berkonsepkan perkampungan tradisional di kawasan Air Terjun Gunung Ledang.

a)

Mengapakah ahli perniagaan itu akan mendirikan sebuah chalet di kawasan Air Terjun Gunung Ledang ?

b)

Apakah konsep chalet yang akan didirikan oleh ahli perniagaan itu di kawasan Air Terjun Gunung Ledang ?

c)

Bagaimanakah ahli perniagaan chalet itu akan mendirikan sebuah perkampungan tradisional di kawasan Air Terjun Gunung Ledang?

d)

Bilakah chalet ahli perniagaan yang berkonsepkan perkampungan tradisional di kawasan Air Terjun Gunugn Ledang itu akan didirikan?

52.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Bilakah awak mula memakai cermin mata?

a)

Sudah sepuluh tahun saya memilikinya.

b)

Saya memakainya apabila saya suka.

c)

Sejak umur saya sepuluh tahun.

d)

Saya memerlukannya kerana mata saya rabun.

53.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Puan Salina belum menjahit kain batik sarung yang dibelinya.

a)

Puan Salina belum membeli kain batik sarung yang berjahit.

b)

Puan Salina telah membeli kain batik sarung yang belum berjahit.

c)

Kain batik sarung yang belum dijahit telah dibeli oleh Puan Salina.

d)

Kain batik sarung yang dibeli oleh Puan Salina belum dijahitnya lagi.

54.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Menanam pokok bunga untuk mengindahkan kawasan rumah ialah hobi saya," kata Kak Lin kepada kami.

a)

Kami menerangkan kepada Kak Lin bahawa mengindahkan kawasan rumah dengan menanam pokok bunga ialah hobi saya.

b)

Kak Lin menjelaskan kepada saya bahawa menanam pokok bunga untuk mengindahkan kawasan rumahnya ialah hobi kami.

c)

Kami dimaklumkan oleh Kak Lin bahawa mengindahkan kawasan rumah dengan menanam pokok bunga ialah hobinya.

d)

Kak Lin memberitahu bahawa menanam pokok bunga untuk mengindahkan kawasan rumahnya ialah hobi kami.

55.

Pilih ayat yang betul.

a)

Razif belum hendak ke sana semalam.

b)

Cintanya terhadap negara tidak perlu dipertikaikan.

c)

Setiap ahli anggota Tunas Puteri dikehendaki berbaris.

d)

Kami bukan berani menghampiri kucing yang garang itu.

56.

Pilih ayat-ayat yang betul. [dua jawapan]

a)

Ayah perigi di sekolah abang semalam.

b)

Selepas makan letakkan pinggan kamu ke singki.

c)

Banyak tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan itu.

d)

Acara sukaneka itu berlangsung dari pagi hingga petang.

57.

Pilih ayat yang betul.

a)

Industri pelancongan ke negara kita telah berkembang dengan pesatnya.

b)

Pencemaran air berpunca oleh sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab.

c)

Setelah sampai pada simpang tiga, belok kiri dan jalan hingga melepasi jambatan.

d)

Surat permohonan biasiswa yang dihantar oleh Nooraihan dialamatkan ke Jabatan Pelajaran Negeri.

58.

Pilih ayat yang betul.

a)

Guru diminta murid-murid menyiapkan kerja sekolah.

b)

Amir tidak tahu ayahnya akan pulang bilakah?

c)

Setiap murid perlu sayang akan sekolah mereka.

d)

Kita haruslah saling hormat-menghormati jiran tetangga.

59.

Perbuatan duduk-duduk tanpa tujuan dan berbual-bual kosong di perhentian bas dianggap ____________ sahaja.

a)

cangkul angin

b)

ambil angin

c)

naik angin

d)

ada angin

60.

Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi.


Dalam mesyuarat Kelab Sains pada minggu lepas, semua ahli telah bersetuju untuk membina Taman Sains.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bersatu teguh bercerai roboh

c)

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

d)

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

61.

Shahid pergi ke kebunnya setiap hari. ________ seorang yang rajin.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Awak

d)

Beta

62.

___________ sultan amat berpuas hati dengan keadaan rakyatnya.

a)

Beliau

b)

Baginda

c)

Dia

d)

Tuanku

63.

Zairel ___________seketul batu lalu jatuh.

a)

terpegang

b)

tercuit

c)

terlanggar

d)

tersentuh

64.

Adik Mimi ___________ mengikut rentak lagu.

a)

menjerit

b)

menangis

c)

menari

d)

melompat

65.

Helmi ___________ basikalnya dengan laju.

a)

kayuh

b)

mengayuh

c)

terkayuh

d)

dikayuh

66.

____________ pelajar mesti mematuhi peraturan sekolah.

a)

Beberapa

b)

Sekalian

c)

Semua

d)

Separuh

67.

Saiful ___________ secawan kopi dan makan sekeping roti sebelum ke sekolah.

a)

menelan

b)

menyedut

c)

minum

d)

menghisap

68.

Juliana telah berjanji dengan Aida untuk bertemu di __________ bas.

a)

dihentikan

b)

perhentian

c)

pemerhatian

d)

memberhentikan

69.

Perkembangan sains dan teknologi pada hari ini telah banyak memberi manfaat _____________ manusia.

a)

demi

b)

untuk

c)

kepada

d)

bagi

70.

Pada setiap cuti hujung minggu, Khairul akan memancing ikan di sungai ___________ di sawah.

a)

atau

b)

tetapi

c)

lalu

d)

dan

71.

Sungguhpun mempunyai sistem pengangkutan awam yang serba canggih, ___________ kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur tetap menjadi masalah.

a)

sementara

b)

tetapi juga

c)

namun

d)

tetapi

72.

___________ tidak sihat, namun Amani tetap mahu pergi ke sekolah.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Walaupun

c)

Jangankan

d)

Entah

73.

Majlis ________ itu akan diadakan di Hotel Mawar.

a)

dipisahkan

b)

memisahkan

c)

berpisahan

d)

perpisahan

74.

Suhaimi ___________ ikan-ikan itu ke dalam bakul.

a)

mengeluarkan

b)

memasukkan

c)

membuangkan

d)

mengangkatkan

75.

Ustaz Harraz yang baru menamatkan pengajiannya telah mengadakan kelas agama di ____________.

a)

balai raya

b)

jalan raya

c)

hari raya

d)

lebuh raya

76.

Adik suka makan ____________ yang manis itu.

a)

agar-agar

b)

obor-obor

c)

guli-guli

d)

tupai-tupai

77.

Elyana berasa kenyang setelah makan beberapa __________ durian.

a)

buku

b)

keping

c)

ulas

d)

batang

78.

Datuk sedang _________kayu itu dengan sebilah kapak.

a)

mengerat

b)

memotong

c)

membelah

d)

menghiris

79.

Jawatankuasa kampung ditugaskan _________ menjaga kebajikan orang kampung.

a)

untuk

b)

kepada

c)

dan

d)

dari

80.

Hujan ____________ yang turun sejak tiga hari yang lalu menyebabkan kawasan itu ditenggelami air.

a)

lebat

b)

laju

c)

deras

d)

renyai-renyai

81.

Apakah suasana yang digambarkan dalam puisi tersebut ?

a)

Meriah

b)

Damai

c)

Selesa

d)

Tenang

82.

Tujuan gerai-gerai dibina adalah sebagai tempat

a)

datang membeli

b)

menawar harga

c)

menjual hasil

d)

mengutip hasil

83.

Pembeli sanggup membeli buah dengan harga yang tinggi kerana dapat

a)

memberikan keuntungan

b)

menambahkan rezekinya

c)

membeli buah setiap tahun

d)

menikmati kelazatan rasanya

84.

Pilih pernyataan yang benar tentang puisi tersebut.

a)

Pemborong menanti buah gugur.

b)

Harga yang ditawarkan sangat tinggi.

c)

Pemborong membeli hasil tanaman di dusun.

d)

Pelanggan datang untuk merasai buah-buahan.

85.

Rangkai kata mulut manis menawan hati dalam puisi bermaksud

a)

menanti pelanggan dengan sabar.

b)

melayan pelnaggan dengan mesra.

c)

menegur pelanggan dengan tenang.

d)

menyambut pelanggan dengan gembira.

86.

Mengapakah barangan kraf tangan Malaysia mendapat permintaan yang tinggi?

a)

Dihasilkan mengikut kreativiti seseorang

b)

Diproses hanya di kawasan desa

c)

Barangan dibuat oleh golongan muda

d)

Barangan bermutu tinggi dan unik

87.

Golongan muda dapat menambah wang saku dengan cara

a)

membantu penduduk desa.

b)

menyimpan hasil kraf tangan.

c)

membuat barangan kraf tangan.

d)

menolong kerajaan mengurangkan pengangguran.

88.

Apakah harapan peserta syarahan tersebut?

a)

Menyayangi hasil penduduk desa

b)

Mencintai barangan kraf tangan negara

c)

Membeli semua barangan kraf tangan yang ada

d)

Meminati dan menyimpan barangan kraf tangan

89.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang penghasilan kraf tangan.

a)

Dapat mengisi masa lapang yang terluang

b)

Memerlukan kemahiran dan kreativiti

c)

Para pelancong mendapat peluang pekerjaan

d)

Memberikan pendapatan yang baik kepada pengusahanya

90.

Rangkai kata secara sambilan dalam petikan bermaksud

a)

kerja lebih masa

b)

kerja sementara

c)

kerja tambahan

d)

kerja sampingan

91.

Bapa Mahsuri merupakan seorang

a)

petani dan penyair

b)

pesawah dan peniaga

c)

peladang dan pahlawan

d)

penghulu dan pedagang

92.

Apakah hubungan Mahsuri dengan Pandak Mayah dan Wan Yahya?

a)

Ayah dan mentua

b)

Anak dan suami

c)

Mentua dan ayah

d)

Menantu dan anak

93.

Mengapakah ibu mentua Mahsuri berasa curiga?

a)

Wan Mat Deris keluar dari Langkawi untuk berperang.

b)

Seorang penyair yang terkenal tinggal di rumah Mahsuri.

c)

Mahsuri pulang untuk tinggal bersama-sama ibu bapanya.

d)

Keayuan dan budi pekerti yang dimiliki oleh Mahsuri.

94.

Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan tersebut.

a)

Wan Hakim ialah anak seorang penyair yang terkenal.

b)

Deramang telah dikenali sebagai seorang pahlawan tempatan.

c)

Mahsuri menyumpahi Pulau Langkawi selama lima keturunan.

d)

Pulau Langkawi telah diserang oleh tentera Siam.

95.

Rangkai kata diasuh dengan tatasusila berdasarkan petikan bermaksud

a)

diajar ilmu yang berguna.

b)

dibimbing dengan penuh disiplin.

c)

dididik dengan adab yang baik.

d)

dijaga dengan penuh kasih sayang.

96.

Dari manakah Adat Pepatih berasal?

a)

Negeri Sembilan

b)

Pagar Ruyung

c)

Tanah Melayu

d)

Sarawak

97.

Siapakah yang berkuasa dalam Adat Temenggung?

a)

Yam di-Pertuan Besar

b)

Undang

c)

Buapak

d)

Sultan

98.

Hukuman yang dikenakan kepada pesalah dalam kedua-dua adat bertujuan untuk

a)

mengajar masyarakat tentang adat istiadat.

b)

memulihkan kehidupan masyarakat

c)

melindungi anggota masyarakat

d)

mendidik masyarakat supaya bertimbang rasa.

99.

Pilih pernyataan yang tidak benar dalam petikan.

a)

Adat Perpatih dan Adat Temenggung tidak mempunyai perbezaan.

b)

Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang mengasaskan Adat Perpatih.

c)

Adat Perpatih lebih bersifat demokrasi dari segi pentadbirannya.

d)

Sahabat penulis surat ini menetap di negeri Sarawak.

100.

Perkataan diwarisi dalam petikan bermaksud

a)

diagihkan

b)

diperturunkan

c)

diamanahkan

d)

diserahkan