Worksheetstatabahasa
Total questions: 45
Worksheet time: 45mins
“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.
Saya
Kami
Kamu
Kalian
“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.
Baginda
Tuanku
Patik
Beta
Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.
Memajukan
Mengusulkan
Menyarankan
menganjurkan
Salina lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.
Nyaring
Tegang
Sunyi
Kasar
Patrick berasa ………… apabila memakai baju Melayu untuk membuat persembahan tarian tradisional bersama rakannya yang berbangsa Melayu
Kelu
kaku
jarang
janggal
Mekanik itu sedang ……………. Tayar kereta yang telah bocor akibat terlanggar paku.
Menukar-
menukar
mengalih
mengubah
memindah
Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup
deras
gopoh
lambat
perlahan
Lelaki yang berbadan ………………. itu telah berjaya dalam temu duga menjadi anggota tentera.
kurus
tegap
buncit
gempal
Teksi itu berhenti di …………… jalan untuk menurunkan penumpang
tepi
atas
sudut
tengah
Saiful …………. membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pelajaran atau bekerja di firma guaman.
pernah
belum
masih
baru
Melisa menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.
jika
lalu
agar
serta
Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.
terhadap
antara
sejak
demi
Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .
berpindah randah
berlekak lekuk
bercalar balar
berulang alik
Orang asli itu ................ sumpitnya ke arah seekor rusa tanpa disedari oleh binatang tersebut.
peniup
bertiup
meniup
meniupkan
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
hiruk pikuk
kelam kabut
lintang pukang
compang camping
"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.
cik
beliau
saudara
dia
Apabila Adam mendapat markah terendah dalam ujian Sains, ____________ bimbang dimarahi bapanya.
kita
dia
kamu
beliau
"______________ , makanlah kek yang saya bawa ini!" kata Suzi kepada Suriati.
Nah
Oh
Wah
Hai
Darnessa segera menanggalkan _________nya lalu berlari masuk ke dalam rumah.
topi
kaki
kasut
kepala
Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.
Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?
Bersantap
Bersiram
Mengadap
Berangkat
Para _______________ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa dempa bumi dan tsunami.
hartawan
dermawan
bangsawan
sukarelawan
kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak ______________ tikus.
digerit
digigit
dikesip
diketip
Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu ______ ruang tamu ______ ruang dapur rumahnya.
dari.....ke
dari.....kepada
daripada.....ke
daripada.....kepada
Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit dengan tuduhan jenayah kolar putih.
sungguh percaya benar
teramat percaya benar
sangat percaya benar
percaya benar
Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.
anugerahkan atlet paralimpik
menganugerah atlet paralimpik
menganugerahi atlet paralimpik
menganugerahkan atlet paralimpik
Ayril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
ada hati
bulat hati
besar hati
berat hati
Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
melepaskan batuk di tangga
mencurah air ke daun keladi
alang-alang berdakwat biar hitam
pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Peribahasa yang berikut membawa maksud pasangan yang sama cantik dan sama padan, kecuali
seperti isi dengan kuku
seperti pinang dibelah dua
seperti cincin dengan permata
seperti bulan dengan matahari
Peribahasa cubit peha kanan, peha kiri juga terasa membawa maksud
sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh
jika ahli keluarga mendapat susah, yang lain akan turut susah
bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya akan merugikan diri sendiri
orang yang malu bertanya, akan tersesat di pertengahan jalan
Prestasi Hanim dalam pelajaran makin lama semakin baik.
makin lama makin membaik
semakin lama makin baik
semakin lama semakin baik
makin lama semakin baik
Semua murid-murid lelaki itu sedang membaca buku di perpustakaan.
semua murid lelaki
semua murid lelaki-murid lelaki
murid lelaki-murid lelaki
semua murid-murid lelaki
"Mangsa bencana banjir akan dibantu melalui __________ yang diwujudkan," kata wakil rakyat itu semasa menyampaikan ucapannya di hadapan para penduduk kampung.
sumbangan
simpanan
derma
dana
Emak sentiasa mengingatkan adik yang tinggi lampai itu supaya berjalan dengan ________ badannya agar tidak bongkok sabut apabila tua kelak.
mendirikan
menegapkan
menegakkan
melempangkan
Dompet itu diperbuat ______________ kulit ikan pari.
daripada
oleh
pada
dari
"Titah perintah tuanku terjunjung di atas bahu jemala _______ ," kata Sheikh Shamsuddin kepada Sultan Mansur Syah.
beta
patik
hamba
baginda
" Izinkan .............. mengubati penyakit Tuan uteri Kembang Cina, tuanku," sembah Merah Sulung kepada sultan.
hamba
patik
saya
beta
Pihak sekolah akan memberikan bantuan ................. murid-murid yang kurang berkemampuan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
bagi
pada
untuk
kepada
Jurulatih itu menggunakan ..................... untuk mencatat kepantasan larian anak buahnya semasa ujian kecergasan.
jam randik
jam loceng
jam tangan
jam dinding
Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan itu ......... dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak media.
bercanggah
bertelagah
berubah
bersaing
Rencana yang ditulis oleh Ramlah ........... sahaja tetapi isu yang digarapnya menarik sekali.
singkat
ringkas
senang
mudah
Peragawati itu sedang ............. pakaian yang direka oleh pereka fesyen terkenal.
menunjukkan
mempamerkan
memperagakan
mempersembahkan
Kak Ros menjerit kesakitan kerana kakinya .............. pada bendul pintu sewaktu tergesa-gesa ke dapur.
terselit
terpijak
tersepak
tersadung
Kamsani membantu nenek memasukkan selembar benang ke dalam lubang se .................. jarum.
laras
bentuk
batang
puntung
Mulut kami ............. menghafal doa yang diajar oleh Ustaz Kadir.
gopoh-gapah
kumat-kamit
riuh-rendah
sedu-sedan
Pengarah Jabatan Alam Sekitar itu menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku pada ketika ini berpunca ........... kerakusan manusia merosakkan sumber alam.
dari
oleh
pada
daripada
