WorksheetsMoral Tahun 2 Unit 8
Total questions: 43
Worksheet time: 22mins
Ain dan adiknya tidak mengemaskan ruang tamu rumah selepas bermain
Apakah tindakan ibu Ain dalam situasi ini?
Memarahi Ain kerana tidak membersihkannya
Menyuruh Ain dan adiknya sama-sama mengemaskan ruang tamu
Mengemas sendiri ruang tamu
Menyuruh kakak sulung Ain untuk membersihkan ruang tamu
Setiap hari ibu akan menyediakan masakan dan menghidangkan makanan kepada keluarga.
Keluarga yang bersikap adil akan ________________________________________.
membiarkan hanya seorang sahaja ahli keluarga untuk melaksanakan tugasan di rumah
membantu meringankan tugas di rumah jika perlu sahaja
menganggap bahawa tugas itu memang tanggungjawab ibu sahaja
melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama di rumah
Apakah kepentingan bersikap adil dalam keluarga?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Menjadikan ahli keluarga rasa terbeban
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Mengelakkan perasaan tidak puas hati
Menjadikan ahli keluarga bersikap mementingkan diri sendiri
Apakah perasaan apabila keluarga mengamalkan sikap adil?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Bahagia
Cemburu
Dihargai
Susah hati
Ibu bapa haruslah _________________________________________.
memberikan kasih sayang dengan adil kepada semua anak
menyayangi anak yang lebih pandai sahaja
melebihkan perhatian kepada salah seorang anak
membiarkan anak-anak tanpa kasih sayang
Penny dan Polly sering berebut untuk menggunakan komputer riba di rumah.
Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka?
Membahagikan masa menggunakan alat tersebut dengan adil
Meminta ayah membelikan komputer riba untuk setiap seorang
Penny harus mengalah dengan Polly kerana dia seorang kakak
Polly harus mengalah dengan Penny kerana dia seorang adik
Laila membelikan 6 biji kek cawan untuk dia dan dua orang adiknya.
Apakah yang perlu Laila lakukan untuk membahagikan kek cawan tersebut?
Memberikan 1 biji kek cawan kepada adik-adiknya untuk dikongsikan
Laila mengambil 4 biji kek cawan untuk diri sendiri kerana dia yang membelinya
Adik-adiknya akan mengambil semua kek tersebut
Membahagikan sama rata iaitu setiap orang akan mendapat 2 biji kek
Abang sedang tidur dengan lena di biliknya semasa ahli keluarga yang lain sedang sibuk menyediakan jamuan untuk keluarga.
Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan?
Membiarkan abang kerana ahli keluarga lain boleh melakukan semua tugasan
Membangunkan abang dari tidurnya supaya bersama-sama membantu keluarga
Membiarkan abang tidur supaya dia tidak mengikuti jamuan keluarga
Memarahi abang kerana tidak membantu keluarga apabila dia bangun
Katil dalam bilik tidur Nana dan Nini tidak dikemaskan setiap kali bangun dari dari tidur.
Apakah tindakan Nina sebagai seorang kakak?
Memarahi Nana kerana tidak mengemaskan katil selepas bangun dari tidur
Memarahi Nini kerana tidak mengemaskan katil selepas bangun dari tidur
Memarahi Nana dan Nini kerana tidak mengemaskan katil selepas bangun dari tidur
Mengemaskan katil tersebut
Encik Tan mahu membelikan hadiah untuk anak-anaknya sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka dalam pembelajaran.
Apakah tindakan adil yang harus dilakukan oleh Encik Tan?
Membelikan hadiah kepada anak yang paling pandai sahaja
Membelikan hadiah paling istimewa untuk anak yang paling pandai dan hadiah biasa untuk anak yang lain
Membelikan hadiah kepada semua anak-anaknya
Menyuruh anak yang masih lemah dalam pembelajaran untuk berusaha jika ingin mendapat ganjaran hadiah
Lee Cheong sering kali memberi pinjam permainannya kepada adik lelakinya tetapi tidak suka memberinya kepada adik perempuannya.
Apakah kesan daripada tindakan Lee Cheong?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Lee Cheong bersikap adil kepada adik-adiknya
Lee Cheong bersikap tidak adil kepada adik-adiknya
Adik lelakinya akan berasa tidak disayangi
Adik perempuannya akan berasa tidak puas hati
Puan Helena memberi wang saku secara _______________________ dan _______________________.
(Pilih 2 jawapan sahaja)
pilih kasih
adil
berbeza
sama rata
Encik Daljit meminta anak-anaknya membasuh kereta pada waktu petang.
Apakah kebaikan sikap Encik Daljit?
Menyuruh anak-anaknya melakukan sesuatu tugasan tanpa pilih kasih
Menyebabkan anaknya berasa tidak puas hati kerana terpaksa melakukan tugasan
Encik Daljit hanya menyuruh anak yang sulung sahaja untuk melakukan semua tugasan
Anak-anaknya berasa kurang senang kerana disuruh melakukan tugas yang berat
Nyatakan kelebihan menjalankan aktiviti bersama-sama keluarga.
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli keluarga
Tugasan yang berat akan menjadi ringan apabila dilakukan bersama
Menunjukkan sikap adil yang diamalkan dalam keluarga
Hubungan keluarga akan menjadi renggang
Nyatakan kepentingan bersikap adil terhadap keluarga.
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Ahli keluarga akan rasa dihargai
Mewujudkan sikap pentingkan diri sendiri
Menimbulkan rasa tidak puas hati
Tulis 'Adil' atau 'Tidak adil' pada pernyataan di bawah.
Walaupun abang dan kakak lulus cemerlang, saya mengucapkan tahniah kepada kakak sahaja.
(a)
Tulis 'Adil' atau 'Tidak adil' pada pernyataan di bawah.
Saya menasihati adik-adik saya supaya belajar bersungguh-sungguh.
(a)
Tulis 'Adil' atau 'Tidak adil' pada pernyataan di bawah.
Saya memeberikan makanan kepada semua haiwan peliharaan keluarga saya.
(a)
Antara dua situasi di bawah, manakah cara bersikap adil terhadap keluarga yang betul?
Ibu membahagikan kerja rumah tanpa pilih kasih
Ibu membahagikan kerja rumah secara pilih kasih
Antara dua situasi di bawah, manakah cara bersikap adil terhadap keluarga yang betul?
Kakak telah membahagikan masa yang lebih untuknya menggunakan komputer
Kakak telah membahagikan masa menggunakan komputer sama rata dengan adik, iaitu setiap seorang 15 minit
Antara dua situasi di bawah, manakah cara bersikap adil terhadap keluarga yang betul?
Abang telah membeli gula-gula untuk saya dan adik sebanyak tiga biji setiap seorang
Abang telah membeli gula-gula sebanyak dua biji untuk saya dan empat biji untuk adik
Semasa hari jadi kamu, ibu dan ayah tidak membeli hadiah untuk kamu tetapi mereka membeli hadiah untuk adik semasa hari jadinya
TIDAK ADIL
ADIL
Ain dan adiknya tidak mengemaskan ruang tamu rumah selepas bermain
Apakah tindakan ibu Ain dalam situasi ini?
Memarahi Ain kerana tidak membersihkannya
Menyuruh Ain dan adiknya sama-sama mengemaskan ruang tamu
Mengemas sendiri ruang tamu
Menyuruh kakak sulung Ain untuk membersihkan ruang tamu
Pilih "BETUL" pada pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap keluarga dan "SALAH" pada sikap yang sebaliknya.
1.Saya tidak pilih kasih dan akan menyayangi semua ahli keluarga saya.
BETUL
SALAH
Pilih "BETUL" pada pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap keluarga dan "SALAH" pada sikap yang sebaliknya.
1.Saya akan berkongsi permainan bersama adik.
BETUL
SALAH
Pilih "BETUL" pada pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap keluarga dan "SALAH" pada sikap yang sebaliknya.
1.Saya tidak menghiraukan ayah yang ingin menggunakan tandas yang sedang digunakan oleh saya.
BETUL
SALAH
Pilih "BETUL" pada pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap keluarga dan "SALAH" pada sikap yang sebaliknya.
1.Saya dan kakak menggunakan komputer secara bergilir-gilir.
BETUL
SALAH
Pilih "BETUL" pada pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap keluarga dan "SALAH" pada sikap yang sebaliknya.
1.Saya hanya menyayangi ibu tetapi tidak menyayangi ayah.
BETUL
SALAH
Pilih "BETUL" pada pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap keluarga dan "SALAH" pada sikap yang sebaliknya.
1.Saya meminjam alat tulis kepada abang, kakak, dan juga adik.
BETUL
SALAH
Pilih "BETUL" pada pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap keluarga dan "SALAH" pada sikap yang sebaliknya.
1.Saya melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan dalam keluarga.
BETUL
SALAH
Pilih "BETUL" pada pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap keluarga dan "SALAH" pada sikap yang sebaliknya.
1.Saya hanya memberikan buah epal itu kepada abang dan membiarkan adik menangis.
BETUL
SALAH
Setiap hari ayah memberikan wang saku sebanyak RM5 kepada setiap orang anaknya yang bersekolah. Perlakuan ini menunjukkan sikap yang :
Adil
Tidak adil
Ibu sentiasa memastikan yang Nani dan adiknya mengambil giliran menonton rancangan televisyen kegemaran mereka. Ibu seorang yang :
Adil
Tidak adil
Tan suka memberi pinjam permainannya kepada adik lelakinya , tetapi tidak memberi izin kepada adik perempuannya untuk meminjam permainan yang sama. Tan bersikap _______ terhadap adik perempuannya.
Adil
Tidak adil
Alina membeli 10 batang pensil. Dia memberi 5 batang pensil kepada abangnya , manakala kakaknya mendapat 3 batang sahaja. Perlakuan Alina menunjukkan sikap :
Adil
Tidak Adil
Menjelang Tahun Baru Cina , Puan Tay membelikan 2 pasang baju dan 2 pasang kasut untuk kesemua anak-anak beliau. Puan Tay telah menunjukkan sikap yang :
Adil
Tidak adil
Sally asyik membaca buku di biliknya sedangkan kakaknya sibuk mengemas rumah. Sally bersikap _____________terhadap kakaknya.
Adil
Tidak adil
Ayah menghadiahkan Dani sebuah komputer pada harijadinya , tetapi kakak dan adiknya tidak mendapat hadiah pada harijadi mereka. Ayah bersikap __________terhadap anak-anaknya.
Adil
Tidak adil
Pilih pernyataan yang menunjukkan sikap adil.
Pn Ana hanya membelikan basikal untuk anak sulungnya.
Puan Mary sentiasa melebihkan anak bongsunya.
Puan Lina membelikan kasut sukan jenama yang sama kepada semua anak-anaknya.
Apakah kepentingan bersikap adil dalam keluarga ?
Memudahkan berlakunya perselisihan faham
Mewujudkan keluarga bahagia dan harmoni.
Menjadikan anak-anak tidak berakhlak mulia.
Apakah perasaan anda jika semua ahli keluarga bersikap adil ?
Gembira
Sedih
Tidak puashati
Wong sentiasa membantu adik lelakinya membuat kerjarumah tetapi enggan membantu adik perempuannya. Sikap Wong akan membuatkan adik perempuannya berasa :
Gembira
Sedih
Bangga
Nenek membelikan cenderahati yang sama untuk kesemua cucunya. Sikap nenek membuatkan semua cucu semakin ___________padanya.
Benci
Marah
Sayang
